Diari lama hadiah dari abah dan mama hilang semasa kami berpindah rumah pada 4 tahun lepas. Sejak itu aku dah lama tak luahkan perasaan pada diari. Walaupun aku seorang yang ceria, namun tiada siapa tahu lara di hati ini. Mungkin kerana aku lebih suka melihat senyuman di wajah orang lain. Entahla.
Aku teringin nak luahkan pada sesiapa yang sudi mendengar, namun tiada yang memahami aku. Mungkin sebab itu aku lebih banyak mendengar luahan orang daripada aku sendiri meluahkan. Memang sejak dari tingkatan 3 lagi, aku mula berdoa semoga dipertemukan dengan jodoh yang baik dan bla bla bla….
Sehinggakan semasa aku menunggu keputusan SPM, aku memohon semoga Allah mempertemukan aku dengan jodoh aku sekurang-kurangnya aku tahu kewujudannya. Nampak macam ‘desperate’ kan. Aku ingat kalau aku tau kewujudan jodoh aku, aku akan lebih senang atau bahagia. Namun kini aku mengerti kenapa aku tak dipertemukan dia dengan begitu awal.
Siapa sangka dalam jangka masa yang amat singkat, aku mengenali ‘seseorang’ dari sebuah laman sembang. Sememangnya aku tidak percaya pada orang-orang internet namun dari situ ada beberapa orang yang boleh aku anggap sebagai kawan. Aku memang tak kisah berkawan dengan sesiapapun, asalkan mereka bukannya kawan-kawan yang tak senonoh. Seronok berkenalan dengan mereka serta melihat gelagat-gelagat mereka.
Aku pernah tanya pada diri sendiri, wujud ke cinta internet?? Semua tu hanya tipu dan mainan semata-mata. Kan dah banyak kes penipuan disiarkan di akhbar-akhbar. Mana mungkin kita boleh jatuh cinta pada orang yang kita tak kenal apatah lagi kalau kenal hanya melalui ‘chatting’. Tak logik kan. Memang itulah kata aku.
Namun, aku tiba-tiba diberi ujian oleh Allah apabila tanpa aku sangka ada ‘seseorang’ dari kenalan rakan sembangku itu rupa-rupanya menaruh hati padaku. Aku cuba mengubah topik dan bermain tarik tali dengan harapan semoga ‘seseorang’ itu hanya ingin menguji aku dan mungkin bergurau.
Tapi sangkaan ku meleset bila dia perlahan-lahan mendekati dan mengenali diri aku serta kehidupan aku. Begitu juga aku, mula mengetahui serba sedikit tentang dirinya. Perlahan-lahan dia mula merisik-risik diri ini untuk disunting menjadi suri hidupnya. Aku agak terkesima dengan pengakuan itu. Banyak kali juga aku menampar-nampar pipi serta mencubit-cubit tangan, mungkin aku sedang bermimpi. Namun sebenarnya aku dalam keadaan sedar. Bukan mimpi.
Seumur hidup aku, inilah kali pertama ada lelaki berani mendekati aku dan meminati aku. Tapi aku tetap tak yakin, mana mungkin kita boleh sukakan seseorang hanya kerana dari kata-kata dan berbual dalam laman sembang??? Mustahil atau lebih tepat tak logik! Apatah lagi kakak ku sendiri sudah banyak kali dikecewakan lelaki dari laman sembang. Lagilah aku susah nak percaya. Bak kata orang, mulut lelaki manis macam gula. Aku sokong kata-kata tu.
Lama-kelamaan, dia cuba untuk mengenali keluarga aku pula. Aku lebih gentar lagi. Pastinya keluarga aku amat menentang keras jika aku katakan ada ‘seseorang’ yang aku kenal dari internet mahu berkenal rapat dengan mereka. Aku amat yakin itu! Dan setelah ku utarakan pada keluarga aku, jangkaan aku tidak meleset. Tepat dengan apa yang aku bayangkan. Ayah tazkirah aku panjang lebar begitu juga kakak aku. Apatah lagi abang ipar aku. Itu belum lagi aku beritahu mak. Kalau tak, lagi panjang kuliah yang diberi.
Namun setiap kata-kata mereka aku sokong. Apa yang mereka katakan itu memang betul. Lelaki bermulut manis. Mana mungkin dia boleh sukakan aku dengan hanya ber’chatting’. Kata-kata keluarga aku juga diulang oleh teman-teman ku apabila aku bertanya pandangan mereka. Aku bukannya hidup dalam kisah dongeng untuk mempercayai aku dilamar putera kayangan. Aku amat sedar itu.
Walau bagaimanapun, setelah aku lihat kesungguhan dia, aku tergerak hati untuk memberi peluang pada dia untuk buktikan kejujuran dan keikhlasan dia. Aku tahu aku mengambil risiko besar jika aku berbuat begitu, tapi sekurang-kurangnya kita patut beri peluang sekali untuk dia buktikan kata-katanya. Malah aku harap, dia takkan sia-siakan kepercayaan aku padanya.
Dan untuk kali ini, aku akan cuba berikan kepercayaan aku walaupun bukan sepenuhnya untuk dia buktikan kata-katanya. Aku akan cuba beri dia peluang untuk mendekati keluarga aku walaupun mereka susah nak terima. Biarlah ibubapa aku saja yang menilai jika suatu hari dia benar-benar bertemu mereka.
Aku percaya dengan janji Allah bahawa perempuan yang baik jodohnya lelaki yang baik juga. Malah aku juga berdoa, jika dia bukan jodoh aku, jauhkanlah aku darinya. Jika dia jodoh aku, permudahkanlah segala urusan. Sekarang, aku hanya menjadi pemerhati serta penunggu setia untuk mengetahui pengakhiran kisah ini. Good luck to ‘seseorang’!
Moral of the story: Belajarlah dulu, jangan teruja sangat nak jumpa jodoh korunk. Kalau jumpa pada masa yang tak sesuai, contohnya masa korunk tengah study. Tak ke susah nak kena tunggu sampai habis study. Tapi kata orang, kalau jodoh tak ke mana. Kalau jodoh datang awal tu redha je la.
No comments:
Post a Comment