Friday, December 14, 2012

SiSa hIdUp 8 MiNgGu!!!


Assalamualaikum w.b.t.


Cactus tak dapat nak meneruskan niat untuk tulis novel atas sebab-sebab tertentu... So kali ni Cactus cuma nak kongsi satu mimpi, mimpi umpama realiti.

Semalam Cactus mimpi yang Cactus baru dapat tahu bahawa Cactus ada satu penyakit degenerative disease tahap akhir yang membawa pada kematian. Jangka hayat sementara sistem badan Cactus masih boleh berfungsi macam biasa cuma tinggal lagi 8 minggu... Maksudnya lepas 8 minggu,dgn izin ALLAH Cactus akan pergi meninggalkan dunia ini.

Tak dapat Cactus gambarkan perasaan Cactus waktu tu. Bergenang air mata tapi tak dapat menitis, hati sebak,perasaan bercampur baur. Cactus terbayang wajah mama, abah & famili tersyg. Cactus terbayang pembelajaran Cactus kat kolej, kawan-kawan,impian yang belum tercapai. Macam mana Cactus nak jalani hidup selama 8 minggu? Bagaimana Cactus harus isi masa 8 minggu itu? Cactus jadi buntu.

Selepas itu Cactus bangun dari tidur untuk tunaikan solat Subuh. Sampaikan waktu Cactus dah berada di dunia realiti punmasih terasa mimpi tadi umpama suatu kebenaran. Hingga kini Cactus tak tenang memikirkan mimpi tu. Memang mimpi tu mainan tidur, gangguan syaitan kata orang. Tapi macam mana Cactus nak buang perasaan ni?

Baru kini Cactus faham perasaan kalau kita semua tahu tarikh mati masing-masing. Bukan sekadar tahu melalui lisan tapi kini Cactus dapat merasainya melalui hati. Sebab itu ALLAH rahsiakan kematian kita semua. Mungkin ada yang dapat tahu tarikh kematian sendiri berdasarkan diagnosis kesihatan seperti penyakit kanser, HIV, degenerative disease mcm cerita "One Litre Of Tears"... Tapi tetap ajal maut dengan izin  ALLAH... Kita hanya mampu berikhtiar. Bersediakah kita?

#Masih terasa nyawa ini hanya tinggal 8 minggu :"( 
Syukur ALHAMDULILLAH hanya mimpi. Mungkin amaran dari ALLAH agar tak terus lalai.
ASTAGHFIRULLAHALAZIM... Hanya ALLAH pemilik yang HAK.

Monday, November 12, 2012

TOP 4...

Assalamualaikum w.b.t.

Tak payah teka pun dah tau la sapa yg p0st lg... Kompem Cactus... Ye saya! Hehe...
Sampaikn kwn2 cactus ckp, blog ni dh mcm blog cactus sorg je... Takpe, ahli 7Flowers len xkisah pun kan... So dari blog yg penuh kisah suka duka kitorg ni bersawang ngan labah2, better cactus post je pape pun... Lgpun admin(dahlia) dah kasi greenlight kat cactus... ;-)

1st topic:
HORMATI RUMAH ALLAH

Cactus tgk berita hari Sabtu(10 nov) psl bdk2 berkhatan & ada 2 beradik bangsa Cina (nonmuslim) dihntr ibu dia utk join berkhatan sekali... Ms tgk wartawan temuramah ibu dia kat masjid tu, ibu dia bertudung & menutup aurat... Yela menghormati masjid iaitu tmpt beribadat org Islam... 

TAPI apa yg membuatkan Cactus sedih, org Islam sendiri tak hormat rumah Allah, tmpt ibadat... Kenapa Cactus ckp mcmni, kalaupun kamu tidak menutup aurat di luar tapi adakah dikira hipokrit jika kamu tetap tidak menutup aurat semasa berada di KAWASAN masjid/surau, masa solat pandai pulak pakai telekung... Is that hipokrit atau biadap? Tell me... 

For me it is very RUDE manner as a muslim & of course sbg hamba ALLAH... Dahla tak nak ikut perintah Allah tutup aurat(hipokritla konon) lepas tu masuk KAWASAN masjid/surau pun tak mau juga tutup aurat... Please be ashamed even little bit. Tolong ingat sikit dalam minda kalian, masjid/surau tu rumah Allah, tmpt ibadat bukannya rumah kwn korg... (Maaf kasar coz geram sgt) Malu sikit (MALU BANYAK2), org bkn Islam boleh hormat rumah ibadat kita, mengapa kita sbg hamba Allah sombong & bongkak sgt hah? Who are you? Tell me, even if u mak datin ke jwtn atau pgkt plg tinggi pun, kalau tak hormat tmpt suci sndr, buang je la gelaran yg dibangga-bangga sgt tu...

2nd topic:
STOP YOUR UNREALIZED DISCRIMINATION

Mungkin post kali ni akan menyinggung banyak pihak termasuk teman terdekat Cactus even for me, but i just wanna shout out since im not good to debate in verbal, then i just wrote here. I know ramai yg suka "hentam" budak sekolah agama yg dulunya bertudung labuh but then woo free hair, tudung nmpk dada baju ketat, mengandung luar nikah, minah rempit, hati busuk mcm bangkai, talam bermuka-muka, such a great playgirl ever, kejap tutup kejap seksi skett & so on...

Sampaikan ada yg mengeluarkan ayt2 sebegini:

QUESTION: Ingat budak2 tudung labuh tu semua baik ke? Thats why aq tak nak pakai tudung labuh, aq tak nak jadi cam diorg, tunggula sampai aq dah betul2 bersedia...

ANSWER: Sebab bdk2 tudung labuh pun manusia biasa sama mcm org lain, bezanya cara berpakaian & kita tak tahu the main reason diorg start pakai tudung labuh.Lagipun amalan setiap orang,kita tak boleh tentukan melalui luaran atau apa yg kita nampak saja kerana mungkin ada yg beribadah secara senyap. Kita takkan pernah tahu niat serta amalan sebenar mereka melainkan diri mereka & ALLAH je yg tahu. Kalau niat awalnya ada dicemari dgn tujuan lain yg xsepatutnya, maka lama-kelamaan tetap akan terserlah jua keikhlasan dia... Tapi kadang2 ada yang tak tahan diuji, maka mula berubah. One more thing, if you not really ready to wear 'tudung labuh' yes its ok, but please still cover your aurah walaupun dgn selendang/tudung bawal biasa. Its really ok. But never blame others' mistake who makes you not going to change coz it is actually you are the one who not really into it.

Cactus masih ingat salah satu topik dalam AlQuran & Sunnah, mungkin Cactus tak ingat ayat tepatnya tapi yg pasti salah satu perkara yang jatuh hukum Mempersenda Agama ialah mengumpat wanita yang menutup aurat... Untuk penerangan lebih lanjut & padat, byk2lah membaca ye atau buka la balik buku teks PQS.
(sila cari bukti kebenaran statement diatas dgn merujuk pada sumber2 dipercayai jika anda ragu2)

Even me, not a good example for others, i never care what people said coz they never know how much i love tudung labuh. But i still try to improve myself or at least maintain not going far away from ALLAH. Macam sorg kwn Cactus ckp, i think the first time we met, you are gangster... Hahaha such funny words, i never know how to beat people, how can i be a gangster, my friend? But maybe i am a cheeky girl ;) Hahaha (mentang-mentangla Cactus ni bkn gadis melayu terakhir kan)

3rd topic:
FAHAMAN SONGSANG???

Cactus agak risau sebab dengar2 ura dlm kalangan remaja sekolah & IPTA sekarang ada tersebar bermcm2 fahaman songsang dr ajaran agama. Wallahualam sebab Cactus masih belum kenal mn2 teman yg berpegang pd fhmn songsang ni cuma dgr desas desus. Contoh fahaman songsang ni ialah kalau bkn hari "datang bulan" xpayah tutup aurat pun xpa, bley wat suka hati, tapi bila "datang bulan" kena jaga aurat, kena jaga tingkahlaku... Cactus tak berani nak bercakap lebih disini, cuma Cactus amat2 berharap feedback dari sapa2 je yg terbaca post ni, benar ke ada fhmn2 songsang seumpama ni berleluasa sekarang? Just wondering...

4th topic:
BERIKAN SEMANGAT...

Sejak kebelakangan ni feel Cactus utk berkarya mcm zmn sekolah dulu2 tetiba je menerjah ke lubuk jiwa ini TAPI satu masalah la kalau nak buat story ni. Kalau dulu watak-watak lelaki & perempuan, Cactus cuma bygkan sendiri dan ambil dr pemerhatian org sekeliling tapi sekarang disebabkan Cactus dah bergaul & berkawan dengan skop lebih besar, Cactus takut ada watak2 tu mcm similar je ngan diorg. Alaa spoil la camni... Hahahaha... But do i care, my own story so ske atyla nak tulis apapun :P

Lepas ni, mungkin Cactus akan lebih kerap post cni, tp mungkin post cite khayalan terbaru Cactus... hehe
Lets dream with me >wif luv<




Thursday, September 20, 2012

Minat, Suka, Sayang, Cinta... Mana satu???


Assalamualaikum w.b.t.

Maafla sbb cactus lg yg post kali ni... hehe... i know my post dh terlalu overload kat cni... 
But i have secret to reveal & share with u... hehe(gelak bermakna)

Since we 7flowers from girls school so we don’t have guy to admire with. Tapi at our “cute”hostel, we have “unique” TV to watch movie, of course kitorg slh gunakan tgok cerekarama, Melodi & drama Jepun Korea Taiwan... hehe

This is the starting of my craziest admire to the guy. Zaman tu, drama Taiwan plg top selain Korea & of course cactus lyn je semua... Drama yg membuatkan kecintaan cactus terhadap katak lebih2 lagi mendalam berbanding sblmnya ialah drama “The Prince Who Turns Into A Frog”... luv it sooo much...


 I want this ring for my engagement or marriage~ hope so...

Hah! Sapa yg kenal cactus since high school, matrics & till now (KSKBJB), u should recognize something... So familiar & become my “cop mohor”...

Yesss!!! That cutie frog there... Serious i love it... haha~


Cactus minat story ni bkn sebab katak tu je tp sebab jln cerita, hero & that heroin... Best sgtt :D 
Sweet couple & best friend(even luar filem) ever :)
Dan dr drama ni jugak terlalu byk kebetulan yg membuatkan cactus makin minat2 & suka2 sgt kedua2 hero & heroin ni...


Sebab pertama...

Ming Dao(hero) ni sbnrnya penyanyi kumpulan 183club... Why i like their group so much is because my birthday is on 18th march(18.3)... Besides that, lagu diorg best2 walaupun cactus xfhm maksud dia... thats why im searched for translation...


Sebab kedua...

Heroin drama ni pun penyanyi gak, kebetulan nama group dia 7Flowers... See, same as us Ainanisyiradamira, The Happy 7Flowers... Mungkin org akan ingat kami ambik nama 7flowers sempena kump ni wujud dulu tp serius kitorg tau nm grup ni pun lepas dh tubuhkn 7Flowers... I love combination of 183club & 7Flowers...hehe


Lama-kelamaan, zaman kegemilangan drama Boys Over Flowers pun muncul... Of course cactus minat watak protagonist yg jahat tu... Even Ji Hoo amat sweet tapi kalu ditimbal-timbal apa kurangnya Jun Pyo, sweet abes~


Tapi sebenarnya drama paling awal yg mempunyai storyline serupa ialah Meteor Garden Taiwan yg dilakonkan oleh ahli kumpulan F4... Diorg jadi group F4 sbb berlakon drama Meteor Garden... Lepas tu diikuti Hana Yori Dango Jepun (cactus ske gak hero Jepun ni, haha)

Cactus suka storyline kedua-dua versi sebab watak hero yg kebosanan mencari sesuatu dlm hidup & ego yang tinggi sebab berada di zon selesa tapi akhirnya kalah dengan hati sendiri... haha nmpk klise tp sapa yg ada minat sama ngan cactus will understand it. Kan...

                

Dah jauh sgt terbang ke oversea, cactus kembali ke tanah air dengan meminati drama “Juvana” yg hot abess... Maybe sesetengah parents tak bagi anak-anak tengok cte ni sbb unsure-unsur ganas katanya... Its ok, obey your parents... But for me, cte mcm ni la yg cactus tggu2 selama ni... Cte tentang kehidupan realiti yg lain dr lain...



Mesti ramai minat watak Daim kan... haha tapi still pilihan cactus yg jht2 la sapalagi kalau bukan watak Botak & friends... plg cactus minat watak si botak la & ternyata jangkaan awal cactus tentang watak dia xsilap bila sampai episod akhir(tgokla episode akhir, best)... mesti semua org benci watak kejam botak kan, but have u seen his pure side deep there(even ni  cuma drama, but bila cactus berminat menonton, cactus akan dalami setiap watak yg ada)


Selain dari cita-cita nak jadi pakar sakit jiwa(walaupun jd bahan ketawa org lain), cactus ada gak simpan hasrat masa mohon perguruan dulu... Kalu cactus dpt jadi cikgu, cactus nak mengajar kat sekolah budak nakal... pelikkan! Padahal cactus membesar kat sekolah yg xda masalah disiplin(elit la jugak an) tapi still macam arghh budak pandai boring arr mengajar, still best mengajar bdk nakal coz cara nak ajar diorg berbeza dari ajar bdk pandai... I think so... But maybe cactus ni lebih sesuai rawat org sakit, then my destiny is here(medical).

sedutan tiongman di hospital tampoi(skunk dh tkr nm jd hosp permai) dlm "Keluangman"

The latest cactus minat sekarang adalah game show terkenal dari Korea, Running Man (RM) gara2 pengaruh rakan sekelas...
Hiburan kami sekelas & serumate serta toiletmate adalah RM... Even hari exam, still RM... haha


See how cute he is~ arghhh im crazy... haha dlm ramai2, cactus minat “komander” jong kook... Sebab... bkn sbb dia watak jahat ke nakal ke... ni bukan drama...tapi sebab...

-kesungguhan dia masa main game, amat mengujakan serta menaikkan semangat sukan(walaupun cactus plg xsuka sukan)

-dia cepat marah tapi cactus suka tengok dia marah, geli hati la... haha~ (guling2)

-org yg muka ganas ni, bila senyum cute sbnrnya(ace tengok pic atas)

-kalau korg pun peminat setia RM, mesti korg dpt lihat sudut baik hati dia... perasan x???

-selalu kan ahli2 RM yg takut ngan dia, tp bila dia ada pesaing, sukanya tengok reaksi dia bertemu “rival”

-even nampak  ganas tp sebenarnya suara dia kecik je but still u are my oppa jong kook, lebih2 lagi bila dia marah kat ahli group tyme diorg main2... haha (kelakar tgok reaksi dia marah & tension)

-pastu tyme dia kena buli ngan ahli lain tanpa dpt protect diri... hahaha

perghh describe mcm jatuh cinta je kan... :P


-dia ni sebenarnya penyanyi, agak2 apa genre lagu yg dia bwk??? Cactus xtahu sgt pasal apa core lagu yg dia selalu nyanyi tapi yg pasti antaranya lagu sweet2  lovey dovey gtu... haha (dun wori oppa, i love ur song)


See he’s being bullied by other RM team... so cute of him~ be yourself oppa... haha
Lepas ni nak minat sapa pulak ek??? Sementara tu jong kook tetap di hati...  
“Roarrr~ Sparta~” <<< soundtrack utk Joong Kook dlm RM

P/S: Bak kata abg ipar cactus, "lelaki yg x bersunat tu jugak yg ko berkenan"

Minat, Suka, Sayang, Cinta membawa maksud berbeza, all above there at the stage of Suka... 
^_~  saranghae Ming Dao oppss no! no! 
it must be Joong Kook(latest)...haha


Monday, September 17, 2012

kkppoopp


salam sejahtera ku ucapkan kepada semua :)
its officially me DAHLIA doing my comeback here as an admin yang tak bertauliah! haha..
sorry sorry aku sangat mengaku aku tinggalkan blog ni bersarang sebab aku prefer nak luah anything to twitter..but now kenalah always online facebook sebab sekarang dunia IT (-_-) all notes announce bagai from my kulliyyah di buat di situ..
btw, alhamdullillah syukur kepada Pencipta Alam Semesta atas rezeki yang dikurniakanNYA kepadaku..
I got to further my study in Bachelor of Pharmacy (Honour) in International Islamic University Malaysia Kuantan Campus or Indera Makhota Campus (eksyen skit IM campus) hak~^^
nak story azam baru,, aku suka duk hostel..sebab aku rasa diri aku dekat sangat dengan Maha Pencipta..insyaALLAH.. Y? sebab kat hostel, kita perlu sentiasa berjaga2, need to ALWAYS be patient dengan segala dugaan,, kat rumah pun sama tapi kat hostel lebih lagi.. :)
aku dapat hostel Maimunah 5 (M5) tingkat 4 bilik atas hujung sekali..nak kata pa??? hakk..kulliyyah plak xde la jauh xde lah dekat..sedang-sedang saja..cafe? yeap naik turun tangga gak lah.. also known as pabila selesai makan insyaAllah ber excersice sedikit..hik ^^
homesick? not really..ada pengalaman nangis di tempat baru?? hak opkus for the first time aku menitikkan air mata di bumi Kuantan ini, during ta'aruf week because of FRIEND!!!!!!!!!! but now aku dah tabah dan "do I care much?''
ok this is my kulliyyah (looks like shopping complex kan?) panjang dari kiri ke kanan..kalau kulliyyah of medicine bentuk square..kulliyyah dentist and allied health science aku tak pasti sebab tak berkesempatan nak pergi lagi..huhu..kawasan Uni aku ni berbukit bukau skit and banyak binaan yang sedang dilakukan :)
-for me spending my time here from 8 am till 6 pm every week days-
my tujuan asal post ni adalah nak share one story..attention, sila ambil tahu admin DAHLIA adalah BIGGGG BIGGG fans of Korean pop okay,, no offense so kalau taknak tahu story, sila berangkat keluar ;)
nak dimulakan story,, friends aku kat twitter banyak yang have same interest like me EverLastinngFriends for SJ (ok mira slalu memang takleh blah dgn suju dia)..everything about my life and suju I posted there at my twitter..nak dikisahkan, one day during lunch break dekat kulliyyah of pharmacy, at the canteen, I saw her phone wallpaper Infinite (korean idol group, boyzzz) then I asked her "minat infinite eyh? saye pun suke je dorang especially woohyun (one of the members)" then she smiled at me "ye ke? alaa minat woohyun jugak, tak aci! ><" STTTOPP THERE! c takde yang menarikkan kat sini? huhuk..before that aku ada nampak she wrote hangul in her note and lukis lambang Infinite..and for sure aku tahu dia memang minat kpop cam aku!
lets see here..for me as a BIG fans of SUPER JUNIOR, memang susah sangat nak cari ELF kat sini..sedih tau sensorang (hak =P)..tapi bila I met her,, I guess we share the same feeling.. tak caye???? cer tgk screen capture twitter mine and her profile!
seriously tak sangka kebetulan, she baru je followed me kat twitter.. *read our tweets and conversation* xD
-hers-

-mine-
''click the pic to enlarge to read the tweets''
nak add pulak, kitaorang pernah sekelas dulu kat matrik IIUM BUT NEVER TALK TO EACH OTHER!!!! tengok2 senyum je..haiyaaa..jodoh as a friend kalau kuat, bertemu jugak even late ;)
:: KPOP UNITE US ::
it is so true I get to know many people because of kpop..kita layan2 tapi yang baik kita ikut lah cam diorang hormat orang tua, polite, hargai kawan..yang buruk tu takyah nak ikut (jgn gediksss sangat)..after making friend, we can share things and advice each other..tak salahkan erat silaturrahim :) janji jangan melampaui batas and ALWAYS jaga hati kawan.. :D
SALAM SAYANG :: DAHLIA ::

CrAzY Me DuRiNg ExAm TyMe X_x !

Assalamualaikum w.b.t.

Sepatutnya tyme2 gini org semua dh tdo ataupun sibuk study... Tapi tengokle apa yg cactus ngarut sensorg sini... adeii =.="

Setelah menguji kesabaran yg mendalam, akhirnya cactus berjaya letak video klip lagu2 fav cactus... hehe... rasanya dh lama gila x tukar lagu kan flowers? hoho~

Esok(Selasa) Cactus exam tapi cactus x stat study pun lg... huuu~ mood entah melayang pegi mn ntah... Come here bebeh...haha

Byk mende jadi spnjg lepas cuti raya, yg lawak ada, yg malu pun ada, yg terharu pun ada, yg terkejut pun ada, yg mcm2 yg laaa... tapi xdpt nak taip cni sbb... sbb... erm sbb... malas nak taipla + ngantuk lg... Let just stick in my memory...hoho

I really hope my classmate will do their best & get good pointer... I hope I can do well.... eh bukan2... very2 well too.. ;) Just pray for us, may ALLAH bless u <3

Thursday, August 30, 2012

KECOH RAYA CACTUS 2012


Assalamualaikum w.b.t.

Yeah! Cactus kembali dgn kisah beraya sakan… Hoho~

Sehari sebelum hari raya…

Cactus sampai kat Stesen Bas Kulim ngan Wan Su (rumate tercinta) dalam pukul 9.13pagi camtu… Gilerla perjalanan yg sepatutnya cuma 8j je jadi  10j 15min gara-gara “jem” raya… Papepun asal sempat smpi umah sblm pagi raya, syukurlah J

video
video
video
Ni video menyambut kepulangan cactus ke kg. halaman… kakak cactus smpi stgh jam awl, dia punye keje la merakam video ni… rasa cam artis plak..hoho…

Pastu cactus & my sis yg baru tiba dr JB ke tandas utk cuci muka ala P. Ramlee sbb kitorg nk pegi shopping raya last minit.. Kalau x bagitau, takkan ada org tau km dua org xmandi..hehe


Tgok van putih cute blkg tu… Tu kenderaan feveret abah cactus… Almaklum bley angkut mknn lembu sekali on the way balik “kebun”.. hehe.. Hah! Beg plastik pink bunga2 tu lak baju raya utk abah cactus yg dibeli di Larkin…


Ni kakak cactus yg duduk JB gak tu… saje pose kat baju tu, padahal dia ada dh baju raya… Kak Ayu ni plg “keding” antara kami adik beradik sbb tu dia suke pggl cactus “gemuk”… huh =.=”


Eh! Ni bkn “pampers” utk cactus ye.. ni kitorg shopping “pampers” utk icha (anak sedara cactus yg Penang).. almaklumla icha pun nak “pampers” raya juga…tapi malangnya “pampers” promotion sume dh abes… isk3


MALAM raya…

Nilah Icha atau nm penuhnya Nur Afina Alisya… Cactus tolong kakak Cactus yg sulung (Kak Ina) buat Almond London, si kecik Icha ni pun tlg gak, tlg men”comot”kn… (teringat Cactus masa kecik2 dulu kacau mama Cactus wat Almond London.. sejibik..haha.. bgus2, Icha ikut jejak acik)


Nilah family Cactus… Belakang dari kiri: Mama(my biological mom), Abah(my biological father), Mak(my step mom) Depan dari kiri: Aku(single), Kak Ina (my first sister-married) & Kak Ayu (my 2nd sister-single)
Sepatutnya Cactus ada abang plg sulung tapi tahun ni dia xbalik beraya, almaklum dh kawen… gilir2 la balik umah mertua plak…


HARI raya 1ST

Pagi raya, cactus pakai jubah lama je, selendang tu je baru beli smlmnya.. Kak Ayu la yg dandan Cactus ni, harapkan Cactus tobat tak berfesyen la…


Wee… Abah pakai baju yg cactus hadiahkan… psgn anak beranak plg ideal raya ni…hoho~ korg ade?

Mak & abah yg romantis di pagi raya…muahahaha~ jgn jeles aaaa…

Lepas beraya di kebun, kami pun bertolak untuk beraya di rumah tok ayah di Permatang Pauh, Penang.


Ni sepupu sepapat tiri Cactus… sbnrnya ramai, tp ni je hantu bergambar.. pantang ada kamera, adala diorg…


Tok ngan tok yah tiri Cactus… Cactus dah xde atuk ngan nenek belah mama ngan abah, tapi Cactus ada diorg…


Ni semua sedara mara tiri Cactus… meriah giler la… mcm nk pecah rumah tok yah… hoho

video
Ni video asal yg dirakam secara tak sengaja (Kak Ayu tertekan video rakam) di waktu maghrib depan rumah tok yah… video ttg penampakan langsuir… kitorg dh try positif thinking tp mmg “benda” tu la… 1st sedara mara km xda yg pakai baju putih, pastu plg penting sume yg berbaju kurung pakai tudung tp lam video tu, “benda” tu berambut panjang paras dada… Wallahualam…

But then my cousin yg tau komputer & kamera tell something dan inilah hasil edit serta kajiannya >>> ghost on eid mubarak


Raya KEDUA…

Hari raya kedua Cactus beraya kat Penang(pulau) pulak sebab nak beraya ngan 7Flowers… Weyh ni kisah pasal korg lak… Haha akhirnya… Sepatutnya Cactus ada kat umah Dahlia pukul 9.30 pg tapi Cactus terlajak tido pulak lepas solat Subuh(konon2 tido kejap je) maka Cactus smpi umah Dahlia pukul 10.30 pagi camtu… Sempatla Cactus melantak sarapan pagi kat umah Dahlia, Dahlia pakai baju ala2 mak datin gtu (ada gaya dah tu)… Pastu Tulip ngan Mawar pun sampai… Mawar memang bergaya abes arr (pemandu pelancong la katakan), Tulip still dgn mulut banyaknya (no wonder u gonna be a lawyer)…Yg “drive” adalah Tulip, si kecik molek tu… Kami pun menuju ke rumah Orkid…



Sesampai je kat umah Orkid, mcm nk roboh umah die… Cian… Dgn mulut Cactus lagi, mulut Tulip lagi dh cukup meretakkan dinding umah Orkid.. Ngeh3… Pastu Cactus ngan selamba ‘katak’nya mintak tapau kueh raya kat Orkid sket, xsangka Orkid bg satu tupperware trus… Sugan mugan I (blushing2)..hahahaha



Then, alang2 Tulip hantor Cactus balik umah, diorg beraya trus umah Cactus… Dikesempatan ini, Cactus nak minta maaf kat korg sbb rumah Cactus ala-ala  rumah bujang je… almaklum xsempat nak shopping barang2 raya utk umah kat Penang(pulau).. Cactus shopping utk umah kat “kebun” je.. huhu… Sory fren…

Tapi raya ni pun still xcukup 7... sorg kat seberang(pulau) (Lavender), sorg lg kat Terengganu (Lily)… P/S: Lily kalu nak nikah, nikah kat Masjid Kristal… berdesup aku datang…hahaha

Raya KETIGA…

Cactus balik pulak ke “kebun” kat Karangan,Kulim Kedah sebab nak wat “open house” esok harinya… Kami memborong bahan-bahan yg perlu utk masak mee kuah “kaw” air tangan mak...

Raya KEEMPAT…

Pagi-pagi lagi kami dh “busy” wat persiapan bahan-bahan utk masak mee kuah udang…  Fuhh mmg happening arr… Petang nke malam baru tetamu datang…

Dah siap sume, kami hidang kat luar di bawah pohon epal hijau… betulla, ni pokok epal hijau... xcaya tengok nih…


Epal baru nak besar, xbesar lg… sapa nk rasa epal kebun abah Cactus, jom ikut Cactus balik sini…Cactus dh edit letak bulat merah kat buah2 epal tu, ntahla korg nmpk ke x...

Ni kami sefamili… mesti korg pelikkan mana hilangnya mama Cactus… mama Cactus keje shift kat airport jadi klu tyme xde pic mama Cactus tu maknanya dia keje la tu… bg family Cactus, Kulim-Penang(pulau) tu mcm dr hostel ke kelas je… klu kengkawan yg dh kenal Cactus pun belum tentu tau di saat dan jam ini, Cactus berada dimn… Call kejap kat penang, kejap kat seberang, kejap kat kulim pastu kejap lg kat penang balik…. Utk famili Cactus, xde yg peliknya… So 7flowers kalu nk meet together2, gtau je… InsyaALLAH berdesup Cactus smpi…

Ni family kakak 1st Cactus… Kolam ikan pun jadi tmpt bergambar… hoho


2 dara pingitan bersama sorg mak dara… hehe…


Cactus dengan lembu kesayangan hamba… Nampak cam “cool” je kan… sebenarnya Cactus ngan kakak Cactus buat2 berani je…. Nampak x anak lembu tu pandang Cactus lain mcm je, kalu kena sondol, beraya kat hospital la Cactus..hoho

Raya KELIMA…

Takyah nak terkejut sgtla… kali ni cactus ada kat penang(pulau) pulak… Janji ngan geng2 hostelite mashoorian kul 9 pg tapi Cactus yg kepenatan wat open house semalam baca mesej kul 10 pg… Bayangkan berapa lama dorg tggu… Sementara nk bersiap ngan mandi manda lagi, kul 10.45 pagi, Cactus pun sampaila kat umah Wani(mashoor)…

Pergh! Jadi alien pulak Cactus kali ni.. diorg sume pakai kasual je, Cactus siap berkurung bagai… adeihh… rupanya kitorg bkn setakat nk beraya je ary ni, nk main boling skali… Yeah geng2 ustazah rock men boling tu.. xcaye ke? Apalagi terpaksa la Cactus pinjam seluar slack adik Wani(naseb muat), baju Cactus pakai baju kurung tu jep cuma tukar kain je…



Lepas diorg tggu Cactus melantak spageti kat umah Wani, barula kitorg start trip beraya naik bas ke shopping complex Bukit Jambul atau nm glemernya (BJ)… Fuhh lama giler xnaik bas Rapid… Kenangan tul… Riuh mcm pasar di buatnya… Almaklum sume mulut murai…

Sampai je kat BJ, kitorg start berpecah nk shopping2 kejap pastu baru men boling.. Cactus kompem la jalan ngan Asma(kwn kamceng sekepala sama kasar serta mulut byk cam Cactus)… Mula2 Cactus teman dia beli beg silang, pastu dia kena teman Cactus beli komik kat Popular… hamek kau, abes RM40 utk komik… mmg hantaran kawen pun, Cactus nk mintak baucer beli komik… :P kui3

Habis je shopping komik, Cactus ngan Asma lepak kat tempat boling… penuh jejantan Indian je… pekerja lak mat bangla… eleh Cactus kan “kak long kawasan” kononla, Asma tu pulak “mafia pendek”, so ada kitorg kesah~
Setelah hampir berjambang kami dua org tggu, pekerja boling tu pun dh ulang alik berkali-kali kat kami dua org sebab suka suki lepak ctu baca komik, akhirnya tibalah tuan2 puteri lain…




Main boling sorg RM 5.50(sekali kasut), ok arr tu (harga standard)… Kami conquer 3 line (total 11 org), line Cactus je 3 org, lg dua line 4 org… sbnrnya kami sume mmg xreti main boling, takat golek2 gitu je la… tp yg paling hampeh main boling si Asma tu la, dia baling bodo2 je tp at last antara kami 11 org, dia paling top (asyik strike je)… Very lucky la…Cactus dpt tempat ketiga(tu pun sama markah ngan Nad) huhu… kurang Luck la…

Pastu kitorg men game plak… penuh ngan dak2 skola rendah ngan dak2 ntah pape je kat ctu, ada kitorg kesah… Cactus men game tembak2, kalu Cactus main mmg feel abes… rasa cam real je game tu… no wonder budak2 skola tu pndg pelik je kat Cactus… aiyakk… pastu Cactus main game race keta lak, mmg feel abes la… Cactus langgar sume yg ada… best sungguh accident lam game sbb bley idup balik…hahaha

Kwn Cactus dgn kejamnya pggl  Cactus “Ustazah NorBahiyah main game”, baru Cactus sedar penampilan Cactus agakla mcm ustazah2 sikit… eh ingat ustazah xmain game ke? (baru fhm nape budak tu pndg pelik =.=”) naseb men game keta, ikutkan aty, nak men game moto yang senget2 tu…hehehe

Habis shopping utk kali akhir sblm sambung beraya ke umah Atylia(bakal ustazah), kami pun meneruskan perjalanan naik bas ke sana… On the way jalan kaki masuk umah Atylia, asyik bergambar je diorg ni…. Mentang2 Wani ada DSLR… ckp je pose apa yg x amek, lompat2 sume ada… 



Sampai je umah Atylia, mmg Cactus makan sepenuh aty, lapar giler… last mkn spagethi je pg td… Memang kami suma mkn nasi tomato dan mee goreng smpi licin sungguh2 pinggan tu… Pastu sume “kalut” nak balik sebab dh kul 6 lebih… Dh smpi kat bus stop baru Cactus teringat komik2 kecintaan Cactus tertinggal kat umah Atylia, wuuuu… nasib Atylia sedar Cactus tertinggal barang, jadi dia pun delivery komik naik moto… Selamat komik ku… cup cup cup(ciuman utk komik yg terpisah sebentar)
Maghrib baru Cactus smpi umah… Naik bas mmg ginila gamaknya… 

Pastu kakak Cactus yg tggl kat Balik Pulau tu ajak kuar mkn kat Nasi Ayam Mis.Ai depan umah Telok Kumbar, Cactus pun join… Lepas mkn, kami sefamilia jln2 di tepi pantai kat depan Queensbay(QB).. Cuci mata sungguh… Byk kapel lepak ctu, xkurang jugak famili2 yg siap pasang khemah wat barbeku… Mat2 moto pun berkenan sungguh tepi pantai tu.. rasa mcm nk tlg jualkn je moto diorg… ngeh3


Mlm tu juga, abah call bgtau mak cik Cactus(adik abah) sefamili dr KL nk dtg umah, kul 12 mlm insyaALLAH smpila depan umah Teluk Kumbar tu… Nasibla abah Cactus x ikut km jln2 tepi pantai, jadi dptla abah siap sedia kat umah… Mama Cactus keja shift malam… Sblm kul 12 mlm, Cactus balik umah, siap2 bentang tempat tido kat diorg… Tak lama pastu diorg smpi… lepas salam2 sume, Cactus masuk tido trus… Ngantuk gilerr arr dr pg nonstop berjalan…


TERNGIANG KEJAP…

Lepas sembang2 pasal kenduri kawen Najmiya, tergosip pulak pasal Cactus yg dr dulu excited sgt nak kawen tp still bujang;

Kwn: Hang pakai cincin tu mana ada laki berani dekat. Mesti depa ingat hang dah kapel ke tunang ke…

Me: Kalau hati dah berkenan, makwe orang pun sanggup rampas… Selagi xjadi bini org, berusahalah… Apa kes mengalah sebelum berjuang… Lelaki nak buat pakwe memang senang je nak cari, lelaki nak buat suami? Ada? Berapa ramai laki kat dunia ni yg sanggup jumpa mak bapa pompuan yg dia berkenan tu dan lamar terus? Satu dlm sejuta tu…Lam novel ada la…

Motifnya..hmm.. motifnya, xyahla risau sgt pasal jodoh cactus, korang tu setel hal korang dulu...Cactus tak sampai tahap terdesak lagi, kalu terdesak dah lama Cactus sapu je pak cik tua pun :P

Raya KEENAM…

Pagi2 lagi, sepupu-sepupu Cactus dh terjun dalam kolam renang…Bukannya Cactus xmo join tapi Cactus xpandai berenang.. huhu.. takat tampan tangan dalam kolam pura2 berenang bolehla… sob3… Cactus pandang je la kolam renang tu tanpa mampu berbuat apa2… wuuu :’(

Kalu bertandang ke umah Cactus di Penang, bawakla baju spare kot2 nak terjun kolam… Untunglaa kalu korg tau berenang… Dun wori, bley pakai tshirt biasa je, peraturan kolam cni xketat sgt…

Tghari tu barula kakak Cactus yg Balik Pulau dtg mkn tghr… Lepas mkn tghr mak cik Cactus sefamilia pun bertolak balik…

Senyummm :D

Me & Saeidah(cousin)


Raya KETUJUH…

Patutnya hari ni kenduri kawen kawan mashoor kitorg(Najmiya), dialah org 1st kawen utk batch kitorg… memang Cactus excited sgt2 nk pegi kenduri dia... tapi dia buat kenduri malam.. tmpt pulak jauh di penghujung pulau sblh sana(umpama hujung utara nk ke hujung timur pulau) … 

Hah! Si baju biru tu la kawan kitorg, Najmiya tapi xde pulak gmbr husband dia... Low profile sgguh. Mcm xcaya je dia dh kawen...

Cactus dlm dilema nk pegi ke tak sbb esoknya kakak Cactus yg JB pulak nak balik… Last2 Cactus tanya Dahlia, Dahlia pun xpergi, Cactus pun tak jadi la nak pegi… Takpelah, Cactus doakan jodoh Najmiya dengan suaminya berkekalan hingga akhir hayat.. Aaminnn. Maka Cactus pun follow mama Cactus ke Kulim.


Raya KELAPAN…

Pagi2 lagi kami sefamilia bangun bersiap-siap nak hantar Kak Ayu naik bas pukul 10.15 pagi…  stesen bas Kulim tu kecik je, so tmpt parking pun terhad… Van cute abah Cactus dpt parking, tggl keta cute Kak Ina je xdpt parking… Cactus ngan Kak Ayu pun jaga la satu petak kosong ni… pastu depan keta Kak Ina ada satu keta… Kami lambai bg isyarat masuk kat Kak Ina tapi keta depan tu slh fhm ingat Cactus yg pakai beg selipang ni penjaga parking, so dia “kalut” la park masuk.. pastu Kak Ayu tunjuk tanda keta belakang, kesian keta tu dgn malunya bergerak keluar.. Maafla kami xsengaja nak malukan.. Ampun ya pak…

Cactus pun lambai melambai kakak Cactus berlalu pergi… Sempat lagi ‘pose’ sbnrnya.. hehe~ Pastu barula kami pegi sarapan roti canai mamak… Kak Ina ngan abg ipar Cactus serta mak Cactus balik penang… Cactus, abah ngan mama stay kat Kulim sebab mama nak pegi kenduri kawen anak kawan dia kat Nibong Tebal… Kitorg pun tukar baju kurung dan pegi makan kenduri… J

Raya KESEMBILAN…

Mama Cactus balik Penang sorg2 tghri mcm tu sebab Cactus dah janji nk jalan2 raya ngan Wan Su(rumate KSKBJB) ngan Tikah(klasmate KSKBJB) ke rumah Husna(pesakit kental KSKBJB…haha) di Sg Petani raya kesepuluh(esoknya la)… Lagipun mama Cactus keje shift petang… Cactus tinggal ngan abah Cactus je la…

Raya KESEPULUH…

Cactus pegi umah Wan Su(my baby anje kiko) kat Kulim kul 1 ptg, xlama pastu tikah & hubbynya tiba. Pastu apalagi, kitorg melantakla bihun mantopp mak Wan Su... Ohoho...


 Ni depan umah wan su, tgok mak wan su join kitorg kan nmpk cam 4 dara pingitan tu,,,hehehe

Dlm kul 3ptg gtu barula kitorg bertolak ke Sg. Petani utk ke rumah Husna... Ntah hapela yg dimasak mek sorg tu dr pg smpi ptg xhabis2 masak lg...ahahaha(mcm perdana menteri nk dtg plak gayanya) Kitorg yg "baik" ni saja gelabah biawak kan si Husna tu, ternyata mmg jd biawak hidup sungguh, sbb busy masak pnye pasal smpi xsempat mandi...hoho(maap una maap)Sesampai disana mulalah gosip kami (sok sek sok sek.. nak tahu apa dia? biarlah rahsia...muahahaha) Thanx dasyat utk drebar ksygn Pn Tikah iaitu cik abg Dunhillnya... hehe~


Wow! sedondon tu~

3 sweety fruity gurlz

Fon bleyh cakap tu... Perak-perak(bahasa utara)

Happy family tree :)


Taraa! Henpon baru nih..ahakksss

Yg penting upin ipin kat belakang tuh.. hehe



RAYA KESEBELAS...

Pagi-pagi lagi Cactus dah mimpi sesuatu.. Cactus mimpi yang kolej Cactus ada buat penyingkiran macam AF atau MasterChef tu.. Guess what, org yg tersingkir adalah Cactus... sedey gilerr la.. huhu tapi yg kejamnya klasmate Cactus hepi je (dak bujang lapok tu paling hepi Cactus tersingkir,sebok je masuk mimpi org :P)...huh! kejam gilerr tapi yg lg pelik nape classmate Cactus bercampur ngan kwn2 highskul??? ahaha.. Lagu yg mengiringi penyingkiran Cactus adalah lagu... ace teka.. lagu feveret Cactus yg di videokan oleh sportshoes comel iaitu lagu "Untuk Dia"... hoho

Namun dlm kegembiraan pasti ada terselit kedukaan. Hari ni famili kami terima berita mengejutkan dari Johor, mak cik Cactus di Kluang meninggal dunia dalam pukul 9 malam... Innalillahhiwainnailaihirajiun. Al Fatihah buat rohnya...


END OF STORY…

Syukur Alhamduillah setelah line wat hal byk kali sgt2, akhirnya siap jugak nukilan Cactus untuk kali ni. Nilah sebab musababnya Cactus tak online lama agak-agak dalam seminggu lebih la… Busy gilerr + line hampeh  + too many things happen...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
+
SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 55