Saturday, February 27, 2010

bersihkan hati, muhasabah diri..

salam maulidur rasul... bersempena kelahiran nabi tercinta kita , Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal 1431 H, bersamaan 26 Februari 2010, marilah kita sama muhasabah diri, lipatgandakan lah amalan kebaikan kita, jadikan tujuh sunah rasullullah sebagai amalan harian kita...dan insyaallah mati kita dlm keadaan khusnul khatimah... aminn...
jadi hari nie, zea nak share satu crita yang zea dapat drpd buku Diari Nabi Muhammad S.A.W..
tapi crita nie,dh edit skit.. maksud still sama..

alkisahnya bermula begini..
Di sebuah rumah yang besar lagi mewah, tinggal sepasang suami isteri. Suatu hari, ketika mereka sedang enak menjamu selera, tiba2 datang seorang pengemis ke rumah mereka.. Si isteri yang berhati mulia ini berasa kasihan dengan nasib si pengemis dan berhasrat untuk memberi sedikit makanan kepada si pengemis. Lalu si isteri meminta kebenaran si suami untuk memberi makanan kepada si pengemis.. Namun, ternyata sikap si suami jauh berbeza dengan sikap si isteri.. Si suami naik angin.

"tak payah, halau je pengemis tu!" kata si suami.

Dengan hati yang berat, si isteri pun menurut perintah suaminya.. Tidak lama selepas peristiwa itu berlaku, syarikat besar milik si suami jatuh bankrup.. Disebabkan sikap mereka yang jauh berbeza, si suami dan isteri tadi seringkali bergaduh dan akirnya mereka bercerai.. Tidak lama kemudian, si isteri tadi berkahwin dengan seorang ahli perniagaan kota. Mereka hidup aman bahagia.. Pada suatu hari, ketika si isteri dan suaminya sedang menjamu selera, tiba2 datang seorang pengemis ke rumah mereka.. Si isteri meminta kebenaran suaminya untuk menghulurkan sedikit makanan buat si pengemis tadi..
" Ya, berilah sedikit makanan kepada si pengemis itu, mesti dia sedang lapar," jawab suaminya..
Sekembalinya si isteri, suaminya berasa hairan apabila melihat si isteri menangis teresak-esak..
"Mengapakah kamu menangis, isteriku?" tanya si suami dengan hati yang bimbang..
" Wahai suamiku, sesungguhnya si pengemis yang singgah di rumah kita sebentar tadi adalah bekas suamiku," jawab si isteri dalam sedu..
" Adakah kamu tahu siapakah suamimu?? akulah pengemis yang dihalaunya dahulu.." jawab si suami..

* so, the moral of this story:
- jangan lah kita bermegah dengan harta dunia yang kita miliki sekarang, kerana ia hanyalah bersifat sementara..
- ingatlah, walaupun mempunyai harta dunia, setinggi gunung, seluas lautan, tetapi jiwa kosong dengan iman dan
takwa, hidup tidak akan diberkati Allah..
- jangan berkira ataupun berat hati untuk melakukan kabaikan, kerana Allah itu Maha Adil lagi Pemurah, setiap
kebaikan pasti dibalas kebaikan oleh Allah..

SAMA2LAH KITA HAYATI VIDEO DI BAWAH.. Yg baik datangnya dari Allah, dan yang kurang itu daripada kelemahan zea sendiri..





No comments:

Post a Comment