Monday, January 18, 2010

chocolate CAke..!!!


atas permintaan dahlia yg amat aku SAYANg..(hehe~~)tulip nak berkongsi resepi kek COKLAT tulip yang meletOP tu...huhu~~

bahan-bahan yang korang perlukan..:

* 1 1/4 (satu suku) cawan tepung penaik {tak kesah la..blue key ker...green key ker...}
* 1 cawan serbuk koko
* 1 cawan gula
* 1 cawan mentega/marjerin
* 1 cawan susu cair manis
* 1/2 (setengah) cawan susu pekat manis
* 3 biji telur (guna telur ayam..jgn pepandai nak guna telur itek..!)

cara nak buat kek ni..:

1 . Mula-mula bancuh coklat. Nak bagi jd coklat, korang masukkan serbuk koko, mentega, gula, susu pekat manis dan susu cair manis dalam periuk...lepas tu hidupkan api.. api jangan besar sangat..sederhana dah la...korang kena kacau adunan tadi sampai sebati..@ dengan kata lain.. sampai nampak rupe coklat cair... (pastikan takder ketul-ketul mentega yang tak hancur..)Tutup api bila dah masak...tinggalkan dulu coklat tu..

2 . Korang amek tepung penaik tadi..then tapis untuk mengelakkan menda-menda asing masuk dalam tepung tu..pastu..tinggalkan dulu tepung yang dah ditapis tu..

3 . Next, korang amek 3 biji telur tadi dan pecahkannya dengan penuh berhati-hati.. asingkan telur merah (yang bulat kuning tu) dengan telur putih.. Telur merah tadi, korang masukkan dalam tepung penaik yang dah ditapis tadi...manakala tepung putih tu plak..korang pukul sampai naik (jadi mcm buih..agak2 dah lenguh tangan sampai rs nak tercabut..korang berhenti ar..)

4 . Bila dah siap semua...korang masukkan coklat cair tadi dan telur putih yang dah dipukul ke dalam bekas yang berisi tepung penaik dan telur merah...kacau sampai sebati..(kacau satu arah jer..tu petua mak aku..)

5 . Korang panaskan periuk kukus..lepas 10 minit..korang masukkan kek coklat tadi ke dalam periuk kukus tu...kukus selama 1 jam...bila dah cukup 1 jam..korang dah boleh makan...

~PETUA~
> masa tengah kukus tu..jangan sesekali korang angkat penutup periuk tu..takut bantat...
> masa korang angkat tudung periuk tu (lepas 1 jam)..pastikan wap air dekat tudung periuk tu tak masuk dalam kek coklat..jangan tanya knapa..aku pown tak taw...(^__^)

Selamat menCUBA..dan SemOGA berjayA..!!!!!!

2 comments:

  1. Baguss resepi tu... Tp lg baguss klu aku dpt mkn kek tu trus... Hihihi... Bl2 kt jmpk bwkla kek coklat buatan hg sendiri, key! - cactus

    ReplyDelete
  2. hahaha~~~boleh..boleh...nanti aku buat..(^__~)-tulip

    ReplyDelete