Assalamualaikum wbt...
Mungkin ramai yang dh muak dengan post2 cactus kan... tapi hari ni cactus ingin bertarbiyyah bersama kwn2 semua... Hari ni, cactus telah bersengketa dengan beberapa pelatih lelaki yang satu kos dgn cactus... Mereka menyimpulkan cactus sebagai seorang yang hipokrit dan bercakap besar melalui post2 di fb grup yang cactus anggap utk bergurau...
Namun manusia kan mudah lupa, cactus lupa bahawa kami baru 3 minggu menuntut di sini dan belum mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat... Cactus buat kesalahan plg besar apabila bergurau dengan mereka seperti cactus bergurau kasar dgn kawan2 perempuan yang lain dan kawan2 lelaki yg rapat dengan cactus... Oleh itu, cactus telah dilabel dan dicop sebegitu...
Kini apabila ALLAH dah menyedarkan cactus lebih awal untuk lebih berhati2, cactus amat bersyukur walaupun pedih dan perlu mengorbankan ego utk minta maaf secara terbuka... Sebelum segala-galanya menjadi parah, cactus menghentikan segalanya . Mungkin hari2 berikutnya, mereka akan terus pndg serong dan serong pada cactus atas krisis tersebut tapi cactus yakin ALLAH akan menunjukkan kebenaran yang x tampak dek mata kasar.
Terlalu banyak tanggapan negatif mereka pada cactus yang cactus terpaksa telan dgn pahitnya. Apatahlagi bila krisis ini turut diketahui rakan sekuliah lain... Kini dan bermula hari ini, cactus perlu pekakkan telinga dan tebalkan muka untuk hadapi hari2 yang penuh dgn tanggapan negatif mereka.
Oleh itu, cactus nasihatkan pada teman2 lain. Kalau xbetul2 kenal dengan seseorang, jangan sekali2 menjatuhkan hukum atau melabel orang itu dengan negatifnya. Kita patut anggap positif pada setiap orang yang kita kenali walaupun pada hakikatnya kelihatan negatif... :)
Mungkin ini satu hukum karma kerana cactus pernah terpesong dr prinsip ini untuk seketika dan kini cactus mula menyesal kerana pernah bertanggapan negatif pd org lain. Astaghfirullahalazim...
Thursday, July 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment