Thursday, May 7, 2015

Lempaq Pi Belakang Nuh...

Assalamualaikum w.b.t. 
Dear flowers & future bees


Tiba-tiba Cactus amatlah merindui zaman kolej. 
Ya! Zaman remajaku.
Teman gaduh Cactus tinggal abah Cactus je, 
orang lain cakap kami pasangan anak beranak yg amat sweet 
tapi diorg tak tahu kami jugak pasangan 'argue'...
Thanks abah ^_^


Tiba-tiba bila Cactus tengok kawan-kawan kolej dah bekerjaya, 
happy dengan hiudp masing-masing terimbau detik perit dulu.
Masa zaman matrikulasi dulu, classmate Cactus yang lelaki ke perempuan semua result hebat-hebat,
makanya takda kerisauan bagi Cactus untuk diorang survive sampai grad.


Tapi bila masuk kolej kesihatan ni, 
ada nampak naik turun setiap orang.
Masihkah korang ingat F4? 
Kawan-kawan Cactus yang terpaksa repeat sem ke Sg Buloh?
Ok ni secret ONLY between us in this blog,
Cactus sebenarnya risau sangat bila ramai classmate kena repeat sem.
Dalam kerisauan Cactus pada diri Cactus yang kena repeat paper, tapi lebih ganda-ganda risaunya Cactus dengan kawan-kawan lain.
Tapi apakan daya, akhirnya abg long, faiz, aliff F4 (hahaha kelakar plak nak taip F4) tetap repeat sem.


Then, for next sem, Cactus risaukan prestasi 3 lagi F4 yang tinggal.
Diorang slumber badak je, Cactus yang risau lebih.
Asal Cactus dengar je berita buruk pasal diorang bertiga ni aduhh! pleasela katakan ini semua dusta.
Kalau betul pun, jangan la effect pelajaran diorang.
Cactus tak heran dengan gosip diorang ke skandal diorang ke apa, Cactus lebih risaukan exam diorang.


Sebenarnya Ccactus memang tak pernah hafal no ic/no id pelajar sesiapapun, 
tapi cara Cactus nak tahu perkembangan diorang bertiga adalah melalui roomate dan toiletmate Cactus.
Yela diorang tiga ni bukannya peramah sangat nak sembang dengan macam yang diorang sembang dengan roomate atau toiletmate Cactus.
Kongsi result? Lagi la hampeh tak bagitau.
Bukan tak yakin dengan kebijaksanaan diorang tapi kontroversi yang menghimpit makhluk bertiga tu yang boleh menyebabkan diorang terminate atau repeat tu yang lebih merisaukan.


Kata orang, kalau kita doakan kebaikan orang tanpa pengetahuan dia, 
doa kita akan dimakbulkan,
So, since kepergian teman-teman yang repeat sem tu, 
Cactus selitkanla secebis doa seorang sahabat setiap kali lepas solat.
Alhamdulillah dengan segala rintangan pahit jerih yang diorang lalui dan berkat doa ibubapa diorang jugak, akhirnya diorang bertiga grad bersama-sama kami yang lain.
I'm so happy for them ^_^


Okey ni kalau roomate atau toiletmate Cactus baca, 
confirm kecik hati.
Untuk diorang dengan rakan sekelas mestilah Cactus doakan jugak kejayaan bersama satu kelas, 
tambahan lagi diorang lagi hebat dari Cactus so tumpukan lebih la sikit, alaa sikit je pada makhluk tiga orang tu...
Lagipun kan yang penting doa ibubapa kita semua.
Kan kan kan...
Setakat doa Cactus ni, takyahla nak amek hati.


Kalau korang ada risaukan seseorang atau teman korang, 
tryla doa secara diam-diam dan ikhlas.
Ingat! Langsung tak boleh bagitau sesiapapun sepanjang tempoh berdoa tu.
InshaaAllah makbul.
Cactus berani kongsi sekarang sebab diorang pun dah selamat kerja, 
mungkin lepas ni diorang akan berumah tangga pulak.
Hopefully diorang sudila menjemput Cactus ke majlis diorang,
kalau tak jemput, kita tengok gambar je la.
Tragis giler ayat, choii sangat XP


BTW Flowers, congrats pada yang dah grad dan dah start kerja.
I'm waiting for good news you know good news like bees...
Hahahaha

Friday, February 6, 2015

Emo Frog :')



Assalamualaikum w.b.t.
Hey geng :)

Sorry, post kali ni quite emo.
Kata org instinct pompuan ni kdg2 btul.
Aku tak tahu kenapa tiba-tiba datang satu perasaan yang orang-orang rapat kat sekeliling akan menjauh...


Antara beberapa sebab yg aku kaji:

1. My 2nd a.k.a last sister akan kawen next month (means I'm the only single in family)

2. Adik2 junior pun dh ramai kawen. Alhamdulillah, rakan sekelas pun sama.

3. Kwn2 terdekat a.k.a best buddies seems had their own progress (senang ckp bila2 je akn dipetik sang putera untuk bina mahligai impian)


Tetapi sbnrnya bukan sbb tu. Bkn jugak sbb cemburu atau aku sendiri tak sabar nak kawen. Not at all.
Semua org ingat akulah yg paling excited nak kawen sbb aku makhluk yg paling byk ckp tentang kawen. Of course aku ada cita2 tu tapi tu bukan penyebab aku tetiba emo.


Perasaan sedih emo yg aku rasa ni umpama perasaan seorang ibu/ayah yg amat amat rapat dgn anaknya perlu serahkan anak kesayangan diorang pada orang lain(menantu). Tu la perasaan yg sukar digambarkan.


Dulu aku tengok orang akad nikah nanges2, aku langsung tak sedih.
Tapi semakin ramai kawan2 aku yg nmpknya bakal membawa berita gembira mungkin tahun ni atau tahun depan atau tahun depan lagi dan perasaan emo tu tiba2 dtg sendiri tanpa diundang.


Astaghfirullahalazim... 
Korang belum tunang atau kawen pun aku dah dpt rasa kesedihan tu, tak terbayang bila hari tu tiba. Jangan halang aku nangis, sebab tu tangisan kebahagiaan seorg sahabat utk sahabatnya.


Korang tolong jangan ada rasa kesian kat aku kalau korang nak share berita gembira especially kalau nak kawen.
Sebab aku akan lebih sedih dan kecewa kalau akulah orang terakhir tahu.


Aku doakan semua urusan baik korang dipermudahkan. 
Aaminnn.