Saturday, August 2, 2014

Raya Sudah Mari 0_O"

Assalamualaikum w.b.t.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN 
pada yang mengenali diri Cactus secara langsung atau tak langsung...

Cactus tak update langsung pasal raya kat Facebook sebab takut friend FB meluat pulak.
So, Cactus nak story semua kat blog bersama Flowers sebab hanya dengan kawan rapat je kita boleh buat macam-macam...
Lagipun dekat blog, kalau tak suka atau tak menarik orang takkan ikut perkembangan blog tu, 
jadi takda masalah nak cerita kat sini sebab blog ni tak ramai yang baca pun...


BERMULANYA DI MALAM RAYA...

Seperti tahun-tahun yang lepas kami semua akan berkumpul di kebun abah melainkan abang sekeluarga yang menetap jauh di  Johor sana. Sungguh terasa bezanya, makin dewasa makin jadi suri rumah gamaknya.Pagi-pagi di Ramadhan terakhir kami dah mulakan persiapan ketupat palas, rendang, kuah kacang bagai. Cactus ambik bahagian goreng kacang macam pungguk rindukan bulan tercongok depan kuali, hancurkan kacang dan tumbuk hampas nyok(kelapa) yang dah digoreng untuk buat kerisik sendiri. Kalau baca macam simple, tapi sape yang pernah buat secara manualnya pastikan akan tahu berapa lama masa yang diambil. Mengantuk tau buat benda sama ja, lama pulak tu. Kakak-kakak Cactus awal dah chopp nak buat ketupat palas. Para ibu-ibu pulak semestinya tukang masak-masak. Abah dengan abang ipar main peranan pegi balik kedai. Disebabkan persediaan yang awal, buka puasa dah macam baru lepas balik sembahyang raya. Kmai dah rasmi semua ketupat rendang tu.


1 SYAWAL yang MULIA...

Raya tahun ni, mama kena kerja masa raya pertama dengan raya kedua. Sebelum Subuh lagi mama dah bertolak ke airport. Maka berayalah kami tanpa mama.


Ni mak dengan abah... Selalu bertiga hari ni berdua je... 
Nak edit letak gambar mama sebelah tak reti... hehe


Ni Kak Ina dengan suami serta anak-anaknya ^_^



Cactus dan Kak Ayu (bakal cikgu Kemahiran Hidup ni)


Abah dengan sifat ketenteraannya dan 
Cactus yang tak berapa nak disiplin macam tentera... hoho



Jeng! Jeng! Kami satu famili... 
(abang ipar tukang tangkap gambar)





 Lepas bermaaf-maafan, kami pun ziarah jiran-jiran tetangga di kampung. 
Lepas solat Zohor kami pun bergerak ke destinasi wajib, iaitu rumah tok ayah (tok tiri Cactus la). 
Malam tu menu utama kami ikan keli dan arnab panggang. Ratah macam tu saja, fuhh macam nak meletup perut makan banyak-banyak. Sedap ooo arnab panggang. 


Mak sedara, sepupu perempuan dengan kakak Cactus tak sentuh langsung arnab tu sebab diorang bayang betapa comel dan gebunya arnab itu, Cactus dengan sepupu lelaki lain je yang makan dengan yummy yum yum nya (tak sempat nak bayang kecomelan arnab tu)... hahaha





2 SYAWAL yang PANJANG...


Disebabkan tengah hari nanti kami nak cilok beraya jauh nun Utara sana, maka pagi-pagi lagi geng-geng anak dara ambik kontrak basuh segala pinggan mangkuk, periuk belanga jamuan malam semalam. Memang ada talent untuk keja part time untuk kenduri kawen pulak gamaknya. Disebabkan Cactus ni addicted basuh pinggan, kakak Cactus plak perfectionist maka kami yang uruskan bahagian basuh membasuh, sepupu lain pulak tukang kutip dan susun ke tempat asal.

Tengah hari itu, kami pun memulakan perjalanan ke Sungai Petani 
untuk bertemu ex highschooler kakakku >_<

Kami teruskan perjalanan jauh ke Aloq Staq iaitu rumah future brother in law Cactus...
Mamu mari, kakak Cactus dah dapat gelaran Mami Surie dah...
Tak lama lagi la tu...


Sebelum maghrib kami bergerak pulang ke Penang. 
Rehat bersama Kit Kat di hentian Gurun.
Kami tersangkut 'jam' di susur keluar Gurun gara-gara kemalangan 6 buah kereta sederet kat laluan kecemasan.
Sampai je kat rumah tok ayah hantar sepupu-sepupu. Maka malam itu juga, kami pulang ke Penang di sebelah island sebab esoknya Kak Ina nak buat openhouse.


3 SYAWAL yang HAVOC...


Niat asal nak tolong-tolong Kak Ina buat persiapan untuk rumah terbuka lepas tu nak beraya di rumah Dahlia. Tiba-tiba, Orkid pun datang beraya kat Balik Pulau digabung pulak Tulip ajak beraya dekat Seberang Perai Selatan, apalagi kami bertiga (Dahlia, Cactus, Orkid) terus melencong beraya ke rumah Lavender dan Wan Nur Husniyah(geng Mashoor jugak). Tulip dah memang lama melepak kat rumah Wan. Sebelum pergi tu, sempatla Orkid dengan Dahlia makan kat 'openhouse' kakak Cactus.
Sayangnya Mawar keja, Lily pulak praktikal. Diorang dua je tak dapat join.


Tulip memang riuh macam dulu, thats why she deserve to be lawyer. Sambil makan sambil gosip, maka tercetuslah geng sendu aka single. Sendu macam tak tragis sangat nama tu. hehe 
Setelah di listkan , yang layak masuk geng sendu hanya Tulip, Cactus dan Dahlia. Terharu, i'm not alone rupanya :')
Yang lain tak berapa nak available sangat.
Sebelum ke rumah Wan, kita tangkap gambaq berkeping-keping sat.

Kek batik Lavender takkan ku lupakan :P



Trademark Dahlia bila tengok Orkid drive, "Aku kagum giler dengan semua orang yang boleh drive"

Kami pun terkejut Wan simpan lagi katak yang aku gilakan sangat zaman hostel dulu. hoho

Cactus pun kagum giler sebab Orkid ambik bidang automotif, siap praktikal kat bengkel keta. Perghh perempuan repair keta tu, memang tabik spring la...

Selalu kalau yang minat bidang gini berpenampilan tomboi, tapi our Orkid ala-ala perempuan Melayu terakhir, yang paling hebat tak tersenarai geng sendu pun. Kekeke (jangan marah aaa)

Orkid cakap, bidang dia umpama 'syurga' lelaki. Tunjuk ja nak yang mana buat suami. Orkid la cakap. hahaha



Malam tu, kami berempat (Cactus, Orkid, Dahlia, Wan) niat nak beraya umah Pek Ka (ex geng Mashoor). Rupanya kami langkah kanan, kebetulan kenduri kawen pak sedara dia malam tu. 

Kami pun beratur makan kambing golek. Sedap sangat. Yumm yumm... Makan roti John lagi.
Sampai tak larat nak makan nasi kenduri.

Elok je kami selesai makan, tiba-tiba blackout.
Maka makanlah tetamu lain macam candle light dinner seketika. hehehe



4 SYAWAL yang SINGKAT...


 Jiran blok merangkap ex geng Mashoor, Ika ajak Cactus makan lontong kat rumah dia. Tiba-tiba petang tu, Shett telefon cakap diorang semua dah ada kat rumah Ika. Apalagi walaupun dah cukup korum, Cactus menyempit juga sebab nak beraya umah Mekna pulak. hehe
Meh nak intro sikit:
Dari kiri - Wani(ketua rombongan), me, Shett, Jatt, Yana dan Tylia

 Taraa... selfie mendongak(langut) ke langit skett



Mekna merangkap tuan rumah, yang paling kecik molek tu.

Lepas tu, kami melencong kejap kat Bukit Jambul (BJ) Complex.


Setakat ini sajalah perkembangan raya Cactus dengan family, Flowers dan exMashoor semua.
Terima kasihla pada yang sudi drive keta bawa Cactus beraya (Kak Pina, Kak Ayu, Orkid dan Wani) ^_^

No comments:

Post a Comment