Wednesday, December 18, 2013

Missing people O_o?!

Assalamualaikum w.b.t.

Akibat keboringan yang melampau sebab cuti semester dan diganggu oleh makhluk-makhluk yg dah lama Cactus kenal tapi tak pernah mention diorang di sini walaupun diorang memainkan role yang penting dalam kehidupan Cactus di matrikulasi semasa semester 2 dulu...

Of course perkenalan kitorang teramatlah singkat. Just 6 month. Tapi ukhuwah selepas matrik tetap terjalin.
They are paparazi for me.

Opps tak dilupakan juga kawan-kawan Cactus masa semester 1. For me, they quite gentleman dan tak senakal & paparazzi kawan-kawan semester 2 =.=" 
Cactus rasa antara para lelaki yang Cactus kenal, geng-geng semester 1 ni je la yang layan Cactus macam pompuan walaupun perangai Cactus sama je mana-mana semester pun. Masa semester 1 ni la, Cactus kehilangan 2 orang classmate sorang laki sorang pompuan yang dapat tawaran SPA jadi MA & nurse. Kitorang sempat kenal tak sampai pun sebulan tapi ukhuwah kitorang bertiga sampai sekarang macam kenal dari kecik je. Padahal berbual dekat FB je pun.

Okey now let's start from Semester 1 my group F2T5B...

Sejujurnya Cactus amat sayangkan diorang, classmate yang nakal,ceria & sporting bagai. Kami tak pernah gaduh. Rapat macam adik-beradik. Pengajar MUET kami terlebih sporting & mungkin terlalu letakkan harapan tinggi pada Cactus. Sehinggalah apabila Cactus terpaksa membuat antara dua pilihan, pilih ijazah atau diploma under KKM. Gara-gara Cactus tolak untuk sambung pelajaran untuk ijazah selepas bersusah payah bergelut di matrikulasi, pengajar yang paling baik bagi Cactus berasa amat kecewa dan tidak dapat terima keputusan Cactus dan beliau menyatakan ketidakpuasan hatinya di laman Facebooknya yang mendapat sambutan komen dari tenaga pengajar lain serta ahli keluarga beliau seperti goreng pisang panas. Semuanya komen negatif dan menganjing keputusan Cactus. Waktu tu Cactus sedang menjalani orientasi di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bharu. Cactus kuatkan hati membaca satu persatu hinaan serta komen negatif terhadap Cactus. Bagi Cactus, tindakan mereka yang dewasa amatlah tidak matang. Apa yang lebih meruntunkan hati Cactus, Cactus cuba untuk memohon maaf dan berbincang personal dengan beiau tapi beliau langsung tak layan Cactus tapi sibuk mengata di Facebook membalas komen-komen teman-temannya. Dan memang sengaja dia ingin tunjukkan pada Cactus semua itu kerana beliau ada tulis disitu semoga pelajar yang diperkatakan ini sedar. Paling menyedihkan semua yang ditulis oleh pengajar tersebut dibaca oleh teman-teman sekelas dan mereka amat tahu post itu memang ditujukan pada Cactus kerana pada masa itu hanya Cactus yang ditawarkan SPA. Mereka jadi serba salah antara pengajar yang dihormati & rakan sekelas. Secara personal mereka mesej kata-kata semangat dan menyuruh Cactus bersabar. Oleh kerana Cactus mahu mengelakkan diri Cactus dari "down" dan melakukan perkara yang tak sepatutnya serta tidak mahu teman-teman Cactus dalam dilema, Cactus terus block Facebook beliau serta keluar dari group kelas kesayangan Cactus. Kata-kata Cactus pada mereka " Persahabatan kita takkan terjejas dengan masalah ni tapi kalau korang nak aku terima teacher macam sebelum ni, memang aku tak mampu buat." Cuma Cactus mampu maafkan dia walaupun dia dengan tenangnya boleh berlakon cakap dekat kawan-kawan kenapa Cactus block dia. Such a good actress. Terang-terang dia post kat wall dia yang semua akan baca dan pastinya orang yang rapat amat mengenali post tu buat siapa sebab kata-katanya amat jelas lagi terang ditujukan pada siapa. Kerana dia seorang membuatkan Cactus ingin melupakan matrik namun kawan-kawan di sana tetap dihati. Tolonglah padamkan kenangan pahit ni. Huhu :'(

Sweet memories of Semester 1

All of us ^_^

Sweet moment :-)
Only us left :'(

Let me introduce one by one ok >_<

Cactus kenalkan dengan yang dua orang dapat tawaran SPA dulu la kan...


# Nama Ayu seayu tuannya
# Orang Aloq Staq, Kedah
# Bukan setakat peramah, kecoh takdak tahap punya sebab tu bleyh geng gila-gila ngan Cactus
# Dia ni hotstuff buakan setakat dalam kalangan para calon suami, bahkan makcik-makcik cukup berkenan nak amek dia buat menantu sebab ramah sangat
# Beliau kini jururawat di Hospital Alor Star, Kedah




# Dia Sham tapi bukan Sham Kamikaze
# Orang Pasir Puteh, Kelantan
# Dia ni nakal + gentleman la kot
# Sekarang dah jadi Medical Assisstant kat Hospital Kuantan


Ni pulak kawan-kawan lain:


# Ni Cik Ieda, kamceng gilerr ngan Cactus
# Asal Jerteh, Terengganu
# manis dan hotstuff gak
# kami banyak kongsi rahsia bersama masa matrik
# Sekarang dia study kat UNiMAS




# Minah ni Ika, Cactus panggil dia Cecikak >_<
# Dia ni sama negeri dengan Cactus iaitu Kulim, Kedah
# stylo, kasar, sempoi, sama gila dengan Cactus
# dia selalu support Cactus & we trust each other
# dia ni kaki buat skandal untuk Cactus, senang kata suka gila menyakat Cactus
# Now she study at UiTM Shah Alam




# Atok ni nama dia Iqbal, tapi kami panggil Keba je
# Orang Pasir Mas, Kelantan
# paling berkaliber dalam kelas sebab lelaki ada tiga je pun, haha
# suka gaduh dengan dia sebab kalau kami gaduh macam gaduh adik-beradik
# antara kami semua rasanya dialah yang macam paling berjaya sebab sambil dia study kat UiTM Melaka, dia juga jadi Assistant Manager di Buloh Mas Ttravel
# Bravolah atok ^_^




# Ni pulak Ezzalia
# Ipoh, Perak mali
# dia sederhana orangnya, tak pendiam dan tak gila sangat tapi peramah jugak
# kami banyak aktif dalam aktiviti kat matrik bersama-sama
# study kat UKM




# Gadis yang kiri tu Cik Norishah
# dia asal dari Baling, Kedah
# pendiam dan sopan je
# calon gadis melayu terakhir
# sekarang study kat USM Kelantan




# Awek manis yang kiri tu namanya Hani tapi pronounciation kami panggil dia Honey
# dia ni orang Gurun, Kedah
# dia spesis Nori, pendiam dan sopan
# calon sesuai untuk jadi gadis melayu terakhir jugak
# Universiti Honey pun sama macam Nori USM tapi kat Penang




# Cute & handsome boy yang tengah tu namanya Syauqie tapi kami panggil Aqie je
# datang dari bandaraya KL
# famous dalam kalangan perempuan kat matrik bukan sekadar rupa dia tapi dia ni aktif sukan dan juga aktiviti lain yang mampu mencairkan hati para gadis
# budak perempuan mana yang sekelas dengan dia dianggap amat bertuah tapi bagi kami biasa je, takde yang special mungkin sebab tengok muka dia hari-hari kot. haha
# gentleman kot, tapi nak kata playboy taklah pulak
# dia ni kalau dengan perempuan yang kasar macam Cactus dengan Ika tu pun dia layan gentle je... Perghh nasib kitorang kuat iman... haha
# sekarang ni dia study kat UMP



Itulah mereka-mereka yang bersamaku di Semester 1 :-)
Tapi yang Cactus still berhubung sampai sekarang Ayu, Sham, Keba, Ika, Idah... Yang lain-lain macam lost contact je...

Apabila tirai Semester 1 dilabuhkan maka Semester 2 menanti. Kami akan bertukar classmate di semester ini. Semuanya risau takut-takut dapat classmate yang dingin. Termasuklah Cactus. Disebabkan jumlah classmate terlampau ramai dalam semester 2 ni sebab campur dengan kak-kak yang matrik 2 tahun join kami, so Cactus rapat dengan certain je, tapi so far hubungan kami sekelas takde masalah.

Gambar praktikum campur  A + B
Ni antara classmate Cactus F5T4B...


# Tyrah
# Orang Kuala Terengganu
# Study kat UKM



# Azrol namanya
# Datang dari Pasir Pputeh, Kelantan
# Study kat Universiti Tenaga Nasional



# ni pulak Farhana
# Orang Kulim, Kedah jugak :-)
# Student at UiTM Puncak Alam



# yang di tengah itu Cik Kyra nama dia
# Jiran cek kat Telok Kumbar, Penang
# Dia study kat UKM



# ni pulak Kak Syafina atau Kak Ina
# dia program 2 tahun
# asal dari Gurun, Kedah
# Kini belajar di UMT



# The only Chinese in our class Tan Ting Sheng
# orang Banting
# study at USM



# yang bajet skema ni nama dia Yusoff tapi kami panggil Ucop je
# dia ni orang Chalok, Terengganu
# ni budak surau, suka buat muka serius even kalau bergurau pun serius macam nak cari gaduh je =.="
# feveret dia suka gila menyakat si Intan
# dia dengan Cactus terpaksa join jadi mentee kelas malam
# sekarang ni belajar kat UTHM
# sampai sekarang Cactus tak boleh beza dia melawak ke serius kalau komen kat FB... haha




# cik adik bergaya sakan ni nama dia Intan Shafinaz tapi kami panggil dia Intan payung
# asal dari Gurun, Kedah
# suara dia nyaring, slanga dia sejibik macam matlutfi
# jangan bagi dia gelak, kalau tak retak dinding dengan lantai
# dia ni boleh dikatakan hantu gelak, memang hobi dia gelak la
# tapi dia ni memang pandai brilliant gila + famous ok
# dia ni ramai gila peminat
# dia ni peramah dan langsung tak sombong even pandai dari orang lain
# dialah mentor Cactus dengan Ucop untuk kelas malam... hehe
# sekarang dia study kat oversea University of Birmingham, UK



# yang kurus ni nama dia Waki
# orang Sungai Petani, Kedah
# kalau ikutkan sebenarnya kami ni jiran kat rumah abah Cactus di Sungai Petani, dia ni siap satu sekolah menengah dengan abang dan kakak Cactus lagi, tapi tak pernah jumpa
# sejak tahu kami dari satu taman, Cactus suka menyakat dia sebab dia pendiam dan senyum je
# dia ni jugak merangkap ketua kelas kitorang, paling rajin dan bertanggungjawab dalam kelas
# antara kawan rapat Cactus kat sana
# tapi rupa-rupanya dia ni bukanlah sependiam yangku sangka, abes je matrik barulah tahu dia ni bukannya nerd pun, pastu nakal jugak rupanya =.="
# dalam FB bukan main talkativenya, realiti tak banyak cakap pun
# sekarang dia study kat UniMAP
# teringat satu scene masa nak abes matrik, kami main tukar-tukar hadiah, kemudian masa hari hadiah Waki bagi hadiah bantal katak pada classmate perempuan kelas Cactus, disebabkan satu kelas tahu Cactus suka gila katak, jadi diorang saja tayang bantal tu. Huhu Wakie jahat. Masa tu Cactus marah gila dekat Wakie sebab dalam banyak-banyak hadiah kenapa dia perlu bagi hadiah berunsur katak pada orang yang tak minat katak
# Lepas setahun, kami sembang bertiga di chat. Lepas tu terbongkar rahsia setahun dulu. Sebenarnya, masa cabut undi beberapa hari sebelum hari tukar hadiah, Wakie tersalah baca nama dekat kertas cabut undi tu. Dia baca macam nama Cactus. Jadi tanpa fikir panjang dia beli bantal katak tu dan simpan rapi dalam almari. Patutla hari-hari sebelum bagi hadiah tu Waki ada cakap dia simpan katak dalam almari. Disebabkan Cactus ni blur, langsung tak syak apa-apa dan tak terjangkau pulak yang bantal katak tu sepatutnya untuk Cactus. Paling mengharukan, Ayo cakap masa Wakie sedar yang dia salah baca nama, dia pergi jumpa semua classmate diam-diam nak tahu sape dapat nama Cactus,  bila dia jumpa, dia pujuk classmate kami tukar nama means Wakie ambik nama Cactus yang kawan lagi sorang ambik nama yang salah baca tu. Tapi kawan Cactus tetap tak mahu tukar. Last-last Wakie pun akurla, bagi je la hadiah yang salah pada orang yang sebenar. Tapi yang kejamnya, satu kelas tahu, kenapa Cactus je tak tahu. Ini memang kes kejam. Sampai sekarang Cactus tuntut katak kat Wakie sebab dia janji nak bagi, last-last untuk tebus kesalahan dia, dia akan postkan gambar katak di FB. Tu je yang mampu kan.





# huh pak cik ni nama dia Hasrul tapi kami panggil Ayo
# dia ni orang Gua Musang, Kelantan
# senang cakap kawan lelaki paling rapat dengan Cactus
# masa first time jumpa, dia asyik tersengih-sengih je bukan nak tegur pun, Cactus pun mengutuk dalam hati "Pehal mamat ni?" rupanya Cactus tak cam dia ni classmate Cactus sebab kan baru masuk semester 2. Last-last jadi kamceng, nasibla matrik tak boleh outing sekali laki perempuan, kalau tak kitorang dah buat trip outing beramai-ramai
# hiburan dia kat matrik, gosip pasal Cactus dekat roomate dia dan Waki pun join... huhu
# paling tak boleyh blah dengan jujurnya time gosip boleh pulak mesej "Kami tengah gosip pasal ko ni", jujur bebenor
# sampai sekarang Cactus tak dapat korek rahsia antara Ayo dan Waki, Cactus tahu diorang ada sembunyikan sesuatu sebab memang Ayo tahu satu rahsia besar Cactus secara tak sengaja =.="
# dia ni kaki ponteng kuliah jugak, mangsa tukang cover dia semestinya Cactus takpun crush dia, Kak Fad
# tapi ponteng-ponteng dia, main-main dia, selalu Cactus yang pinjam buku dia nak tiru... hihi
# dia ni nampak je macam takde wawasan tapi budak 4flat ni, siap terpaksa buat pilihan antara USM atau UM
# akhirnya dia pilih study kat UM
# walaupun dia ni rapat dengan Cactus, tapi bila Cactus pakai bergaya dari diri Cactus yang sempoi mesti dia orang pertama gelak guling-guling dan hal itu akan menjadi topik hot gosip dengan roomate-roomatenya
# tak semena-mena kawan dan roomate dia jadi kawan Cactus juga, ni semua gara-gara dia... huhu
# yang paling tak boleh blah, dia ni try pulak nak keneng-kenengkan Cactus dengan kawan dia, Brother Bear(bkn nama sebenar) entah dari mana datang kebetulan pulak kami masuk kelab yang sama pegang jawatan satu unit yang sama, lagi galak la gosip liar yang tak bermotif itu, sekadar hiburan dia je, aishh
# library mungkin tempat belajar bagi sesetengah student tapi tidak bagi Cactus, Ayo dan Wakie. Setiap malam, Cactus dengan semua budak perempuan kelas Cactus akan lepak study dekat library. Sesungguhnya memang  perempuan lain semua study, tapi Cactus jadi pengacau geng-geng budak perempuan ni. Haha Kemudian akan datang pulak group si Wakie, Ayo, Brother Bear dan kadang-kadang Ucop join jugak. Geng-geng lelaki ni semestinya datang bukan untuk study tapi sekadar nak ajak gosip lepas tu kami akan bergabung dua kumpulan keluar dan makan western food depan library. Hahaha





# yang tersenyum riang girang ni namanya Fadhilah tapi kami panggil Kak Fad, Ayo je panggil dia Fad, almaklumla crush dia
# crush Ayo ni orang Kroh, Perak
# sekarang Kak Fad study di UMP
# pada asalnya takdelah nampak sangat yang  Ayo tu suka kat Fad, almaklumla kami berempat (Cactus, K.Fad, Wakie & Ayo) memang rapat. Makan petang sekali, pegi library sekali, sarapan sekali.
# satu hari terjadi satu scene yang tak dijangka akan meng"expose"kan perasaan Ayo pada Kak Fad
# disebabkan Cactus ni buddies Ayo, maka segala luahan dicurahkan pada Cactus
# itulah kali pertama Cactus dapat lihat perubahan dalam diri Ayo yang gila-gila tu, dia jadi tak tentu arah memang macam orang angau la, so Cactus rasa macam tak bestla buddies jadi gitu
# Cactus pun mula merisik-risik isi hati Kak Fad apa pandangan dia tentang Ayo tanpa pecahkan rahsia yang Ayo ada hati dengan Kak Fad serta tanpa pengetahuan Ayo
# disebabkan Kak Fad ni pun buddies Cactus, akhirnya dia mengaku yang sebenarnya dia ada crush juga dekat Ayo tapi dia simpan je sebab kan Cactus rapat dengan Ayo
# bila dapat tahu mereka berdua tak bertepuk sebelah tangan, Cactus dalam dilema nak bagitahu ke tak sebab dalam masa yang sama Cactus memang tak sokong couple dan tak nak jadi punca lahirnya couple
# last-last Cactus slowtalk dengan Kak Fad macam tazkirah kejap dan bagi hint andai kata dia tak bertepuk sebelah tangan, then Cactus pun bagitahu hal sebenar
# lepas tu, Cactus mesej pulak dengan Ayo bagitahu apa yang jadi dan minta maaf sebab buat tindakan sendiri
# mula-mula dia tak percaya, yela umpama mimpi bila orang yang kita suka sebenarnya suka kita jugak, lepas Cactus cakap, cuba mesej tanya sendiri tuan empunya badan
# huhu Cactus bukan setakat jadi cupid diorang malah jadi tukang cover perasaan diorang
# Ayo tu nampak je gila-gila bila bab cinta pengecut jugak, tak pasal-pasal dia reka gosip kami berdua sebab nak kaburkan hubungan dia dengan Kak Fad
# sampai sekarang hanya kami bertiga tahu rahsia ni, classmate lain sampai sekarang ingat Cactus dengan Ayo ada apa-apa... huhu
# sekarang hubungan diorang masih berlandaskan kalau ada jodoh, pasti akan bersatu, sekarang masing-masing tumpu study dulu
# moga ada jodoh di antara mereka, boleh jadi pengapit buddies ^_^ hehe


BILALAH REUNION? KENA TUNGGU DIORANG SEMUA HABIS STUDY IJAZAH DULU LAH GAMAKNYA ^_^

FAKTA: takda sorang pun antara diorang diatas termasuk best buddies Cactus tahu kewujudan blog ni.
Just keep it as secret from them because without telling to each other we can feel that friendship.












Saturday, November 9, 2013

CoRaT cOrEt KeRiNdUaN ^__^




Assalamualaikum w.b.t.

I miss this blog so much, since i'm too busy with my clinical then, now is my free time to post something here ^___^ 
(Actually sekarang ni tengah study week... hoho)



I'M BACK TO SCHOOL~ Weee

Macam-macam berlaku sebaik sahaja Cactus jejakkan semula kaki ke kolej tercinta selepas tamat menjalani klinikal. Fuhh banyak perubahan walaupun baru tinggalkan kolej 4 bulan. Seriously zaman belajar lebih menyeronokkan dari zaman pekerjaan sebab zaman belajar Cactus boleh layan Runningman ngan cerita Korea berepisod tapi kalau masa klinikal, satu episod pun tak gerak =.=" 

Terlalu penat... Pheww



BARAKALLAH PQAH XD

Our highschool friend merangkap hostelite friend plus my partner in Busana Muslimah finally get engaged and gonna get married this December. I was really happy for her & of course other Flowers share this happiness right?  Syukur Alhamdulillah jodoh Pqah sampai lebih awal berbanding teman lain :)



REMAJA KAPEL?!

Although I'm really curious about my own soulmate but I felt quite afraid to get married. You know why? Sejak kebelakangan ni, banyak video remaja yang kapel tersebar meluas lepas satu, satu yang kecoh. Cactus amat takut apabila terbayangkan bagaimana pula zaman anak-anak Cactus nanti? Mampukah Cactus serta suami mendidik anak kami menjadi soleh dan solehah dengan godaan arus dunia moden kini? Mampukah? Memang fitrah manusia ingin berpasangan namun nikah kawin bukan hanya sekadar itu saja tapi melibatkan zuriat. Sediakah kalian untuk menghadapi cabaran selepas nikah? Ingat! Zuriat adalah amanah ALLAH, jangan nak nikah sebab suka-suka je atau sebab hati dah cinta.



CINTA atau SAHABAT?

Satu lagi Cactus nak kupas sini, segalanya tentang hati dan perasaan. Setiap orang pasti ada kisah cinta tersendiri samada "crush"/cinta sebelah pihak, cinta berbalas, cinta terhalang, cinta tiga segi dan macam-macam jenis cinta lagi. Tapi di sini Cactus nak kupas tentang cinta tiga segi antara "cinta" dan "sahabat". Kalau korang, agak-agak korang pilih cinta atau persahabatan? Macamana kalau orang yang korang suka memang suka kat korang tapi kawan rapat korang pun suka pada dia dan selalu luah perasaan kat korang. Dan macamana pulak kalau orang yang korang suka tu suka kat korang tapi masa yang sama kapel dengan kawan rapat korang dan tak sanggup beritahu kebenaran kat kawan rapat tu? How was that? I'm sure ramai yang mengalami situasi sama.

For girls especially sebab situasi ni selalu jadi dekat perempuan yang amat emosional serta lembut hatinya. Sebagai perempuan kita kenalah ada pendirian sendiri. Mana satu lebih penting? Sahabat yang tiada galang gantinya atau kekasih yang mungkin berubah hatinya. Sebab lelaki ni dicipta hatinya boleh berbahagi kasih, so watch out you girls. Jangan sebab lelaki, putus persahabatan. Make wise decision.

Then for you guys, sebagai imam dalam keluarga korang patut lebih matang dalam membuat keputusan atau pilihan. Tegas dalam membuat keputusan. Jangan kerana perasaan belas kasihan atau takut menjadikan anda lelaki yang tidak bertanggungjawab. Sungguh merumitkan jika dua orang gadis yang berteman rapat terpaksa berkongsi kasih dengan lelaki yang sama melainkan dengan kerelaan mereka. Yakinkah saudara mampu berbahagi kasih seadil-adilnya? Kalau rukun Islam pun tak lepas, solat tak cukup, tanggungjawab sebagai suami tak tahu, hak bersama suami isteri pun tak tahu, mampu ke?



DUGAAN SINGLE (-___-)"

Ingat tak lagi prinsip Cactus? Because of that principle i'm still single until now. 
Should i be happy or worried? hahaha >___<

Lepas kira punya kira punya kira classmate Cactus kat kolej. Purata budak single yang memang takda skandal mahupun calon untuk dibuat suami adalah kurang dari 10 orang dari 52 orang dalam kelas. O_0 Gulp! Salah seorang yang tercalon dalam single itu adalah CACTUS!!! Wohooo~ 

Menurut nasihat terapis kitorg, kalau tak cari masa belajar memang membujangla sapa yang takde calon tu. Sebabnya bila dah mula kerja memang kompem takda masa nak cari calon melainkan macam novel jumpa tengah jalan terlanggar belakang kereta pastu paksa kawen (Oh! I Love You Mr Arrogant) 



MENCARI atau MENANTI?

Cactus dah pujuk beribu kali dekat parents Cactus tolonglah tolonglah carikan jodoh untuk Cactus sebab Cactus memang FAIL giler bab cari jodoh ni. Almaklumla kasar gini, memang lelaki fikir 1000X nak buat bini. Huhu :'(  

Luar kasar dalam jiwang beb XP

Simple answer from my parents: Cari sendiri. 

Dushh kena batang hidung. 
Huwaa macamana nak cari, semua lelaki yang aku kenal dah berpunya. Tinggal tunggu Cactus jadi pengapit atau tukang cuci pinggan kenduri diorang je.

Nasihat kawan-kawan lelaki Cactus yang dah ada calon bini tinggal nak nikah je: Jodoh tak perlu dicari, pasti ianya akan muncul jua. Tunggu je orang masuk meminang kau takpun kau je pegi pinang laki. 

Memangla tapi... ok just let go my dream to meet my soulmate & get busy with my work. Bak kata orang kalau nak tahu siapa jodoh kita, cuba tny dia " Nak kemana?" Then, kalau dia jwb " Tak kemana", dialah jodoh kita. Sebab kalau jodoh tak kemana :P 

Just kidding... Hehe



I'll hope you will be alright outside there wherever and whoever you are ;)

Friday, September 6, 2013

Mianhe... Sorry for everything :')

Assalamualaikum w.b.t.

First of all Cactus nak minta maaf sgt2 pada Dahlia sebab lupa wish pd hari jadi beliau... 
"Seriusly sblm tu aq mmg igt giler2 birthday hang. Ntah kenapa hari kejadian pulak aq bleyh totallly lost..." Really very sorry...


And of course this is for u... Just for u ^__^


Hope u will get what u wish for...

==========================================================

# MAAF kerna Cactus sememangnya JAHAT orangnya #


Sesungguhnya pilihan Cactus untuk sentiasa banyakkan bersendirian mungkin yang paling tepat kerana sakit hati yang perlu dihadapi satu sama lain sekiranya kita berteman dengan lebih rapat. Bukankah Cactus pernah beri amaran jangan mendekati Cactus jika diri anda bukanlah seorang yang menerima diri orang lain seadanya serta tidak sedia untuk menerima kekurangan orang lain. Amaran itu kerana Cactus sememangnya seorang yang kejam malah keras hati. Never play with me because without you realised i'm starting to hurt you more than you imagined. 

Kenapa Cactus jadi sebegini kejam? Sebab... Nak tau sebabnya... Sebab Cactus amat menghargai nilai sebuah persahabatan namun malangnya ada yang cuba menodai kepercayaan serta pembelaan Cactus terhadap persahabatan yang telah dibina. I told you i'd got sixth sense if you actually just acting in front of me or actually using me. But you think i'm just talking nonsense, now i think you are suffering with me, right? It doesn't matter if you have many persons behind you that trust you, i never blame them because they don't know me, they just trust you and your angelic words.

Kamu nak cakap apa? Cactus jahat? Cactus tak berhati perut? Cactus berkira? Cactus demand? Cactus ... (any negative thought you would describe me in your heart opss or actually in your lovely diary)? Okey lets think how great my devil behavior towards you. Want to know why you feel that things towards me? Want to know or you don't even have guts to read this till the end, huh? Because i'm very bad person so i'm gonna told you why.

Every time i'm making friends with others, i'll behave towards you based on how you behave towards me or in the other words i'm being your mirror that reflects your own behavior. If you act with me, with my pleasure i'm going to follow your flow until you will never endure with me? Why? I'm just act as how you act to me? Means if you unable to endure with my attitude, that is actually your real attitude that you never realised.  If you are really a good person, then you will never feel very bad making friend with me because i'm being your mirror, right? How can you sick with yourself, such a funny person you are...

Even so, still i'm being cheated with these kind of good actor. Fine, its ok. Use your outer good looking and positive angelic appearance to others. And don't worry darling because i'm just going to pursue how much good you are to my friends as usual before i know who you are and you may take all of my friends further away from me. I'll never said any bad things about you to them because without you realised, you are the only person who revealed yourself to them. Happy right because i'm not the person that gonna ruin you but it was yourself.

Since before, i only be a bad characters among others because may be it is true i am a really bad person. Owh i think i'm more improved to be a bad person than before. However, you know yourself, if you never had bad thought in our friendship so you do not have to worry. Because if you are really my friend, you will trust me more than others who you newly known. If you are not trusting me, how sad i am to be. How lonely i am. 


Broken friendship will broke my heart into pieces... 
Traitors in friendship will really killed me...
True friendship will cure my broken heart... 
ALLAH will protect me from being killed by these traitors...


# Now i think i quite understand with what my friend ever told me about "it's better to be alone than with certain friends because you might be hurted". Or actually you know that someone talking back behind me, dear friend? Thanks for that useful advice ^__^


# For being myself and hurting you, my friend, i'm really sorry but thankful to you because you accept me as who i am that is why i'm really greatful to have you as my friends (7Flowers and others than 7Flowers out there... you should know that you are the person i'm feeling thankful with if you trust me to be your friend. Just i want to beg to you my friends, i can let "those" person hurt me 100 times and makes me look bad 1000 times but please you never betray in our friendship or it totally killed me. 
I really mean it.)

Monday, August 12, 2013

Mahalnya nak kawen 0_O"

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN 
>___<

Sabtu lepas suratkhabar Kosmo ada kluarkan topik ni... 
So, Cactus tertarik nak taip sini pasal hantaran zaman sekarang... 
Bab kawen ni mmg Cactus excited sokmo:)


Zaman sekarang semua nak kawen grand-grand... Ye ke? Mungkin ya, mungkin tak semua macam tu... Taste dan pemikiran setiap orang lain-lain, kan...
Bagi Cactus, buat je la perkahwinan tu ala kadar, sekadar nak hebahkan pada semua orang yang kita dah selamat bernikah, dah ada ikatan sah supaya tak timbul fitnah.... 
Tak perlulah hebah sampai melampau-lampau...

Kebanyakan yang nak buat majlis besar-besar akan bagi alasan macam ni:

1. Kawen sekali je seumur hidup... (Yakin ke? Boleh nampak masa depan kawen sekali je? Hidup kat dunia ni pun sekali je seumur hidup, takmo plak buat amalan grand-grand)

2. Alaa anak tunggal/sulung/bongsu kot... (Kenapa anak tunggal selalu jadi mangsa? =.=")

3. Nanti kalau buat kecil-kecilan, apa pulak orang cakap... (Mulut orang sampai bila tak boleh tutup)

4. Besan i orang berada/berpengaruh, malu la buat kecik-kecik... (Lagi sekali sebab malu dgn cakap-cakap orang)

5. Penat besarkan anak-anak ni... Sedangkan kereta pun harga puluh-puluh ribu, inikan pulak anak orang... (Kalau nak banding dengan wang ringgit memang tak ada bandingnya nilai seorang manusia apatah lagi yang membesar dalam keadaan baik semua segi, maka mintaklah hantaran yang sekadar yang patut dan tidak membebankan pihak satu lagi)

Mungkin ada lagi alasan yang Cactus terlepas pandang... Tapi kalau memang mampu sangat-sangat, buatlah besar-besar. Masalah orang sekarang, dah kompem-kompem pihak lelaki tak mampu, sanggup bagi pinjam duit, hutang sana sini demi menjayakan impian perkahwinan... Bukankah lebih bijak lagi baik sekiranya wang yang dilaburkan untuk majlis yang sementara itu digunakan bagi kehidupan rumahtangga selepas itu yang diharapkan kekal hingga hujung nyawa... Kalau awal perkahwinan dah hutang sekeliling pinggang, di manakah sinar kebahagiaan itu?

Oklah, mari kita tengok purata nilai hantaran kalau nak sangat ikut darjat dan kelulusan kat Malaysia ni


Kalau Cactus yang diploma ni nak sangat ikut nilai hantaran taraf pendidikan ni... Maka si lelaki kena ada RM8,000-RM12,000... Hmm... Banyak tu...

Andai gaji lelaki tu dalam area RM1,000-RM2,000, agak-agak berapa lama la si lelaki kena kumpul duit nak sampai at least RM 8,000... 

Kena ikat perut, kena cari kerja overtime ke, kena catu perbelanjaan sendiri... 
Kesian-kesian... Nak bagi duit kat parents (mmg tanggungjawab setiap anak lelaki), bagi duit belanja sekolah adik-adik, beli rumah lagi, bayar kereta lagi... 
Banyak guna duit tu... Haa bayar pinjaman lagi kalau ada ambik... 

Kaum perempuan tak kesian ke kat bakal suami korang? Ke sanggup membujang?

Hah ni la akibat kalau laki kawen lewat... Antara faktor yang bakal mempengaruhi anak anda... Wallahualam...
Maka, nikahla cepat-cepat ye :)




















Apakata tengok nilai hantaran ikut taraf agama pulak...


Haa kalau ikut taraf agama, baru layak nak bagi hantaran mahal-mahal... Tapi takda/jarang orang buat sebab selalunya wanita solehah/ada ilmu agama serta keluarganya takkan minta hantaran yang tinggi, kerana mereka mementingkan kebahagiaan dan keredhaan ALLAH dalam sesebuah pernikahan...

Mas kawin ke problemnya??? Bohong sangat... Mana ada mahal mas kawen... Ace tengok...


Tengok nilai minima mas kawin, mana ada mahal melainkan nak kawen dengan kerabat...
Sedangkan makan pakai lagi mahal dari mas kawin, takkan kurang dari RM100 tak mampu kot...
Simpan sikit-sikit duit, lama-lama banyakla...


Moh kita buat purata kira-kira bajet kawen kalau nak sederhana laa kelas ekonomi punya... 
Nak ada baju kawen, pelamin, fotographer semua kan...




Tapi kalau ikut garis panduan agama tanpa terikut-ikut dengan adat dan budaya yang tak sepatutnya diikut, belanja kawin tidaklah begitu membebankan sehingga perlu berhutang...


Cactus pun bujang lagi jadi mungkin tak selayaknya nak komen orang-orang yang lebih banyak makan garam... Tapi ini sekadar pendapat dan pandangan serta buah fikiran Cactus sebagai seorang insan yang mungkin suatu hari nanti juga bakal bergelar seorang isteri jika sudah tiba masanya... Kalau Cactus, memang Cactus tak nak susahkan pihak lelaki, biar dipermudahkan pernikahan... Dengan syarat, si suami dapat membahagiakan Cactus dan bakal anak-anak kami di masa hadapan. InsyaALLAH...

# Maaflah sebab selalu cakap pasal kawin-kawin kat blog ni... Bukan apa, kata orang tak bolehlah tunggu jodoh datang bergolek, kena usaha jugak... Ni usaha kecil-kecilan, mana tau jodoh Cactus antara yang pernah baca blog ni ke takpun orang Korea ke... Hahaha just joking... Jadi kenala bagi hint skett ermm macam terlebih hint je =.=" Maaf ye korang...

# Pesanan buat Mr Jodoh yang mungkin berada dimana-mana disudut dunia ini, if you find me one day & very sure that I am the right girl to be your wife, never tell me about your feeling BUT meet directly my father and tell your wish... That would make me more happy and of course I love surprise... Not knowing who you are and still keep this love specially for you, such an adventure for me to go through... I"ll always right here waiting for you ;)

# Terlalu banyak kata-kata negatif yang cuba menjatuhkan prinsip Cactus... Mungkin Cactus nampak nakal dan kadang-kadang terlalu naif, tapi Cactus masih cuba mempertahankan hati ini dari dicerobohi anasir luar yang bernama lelaki... Andai cinta ini berjaya dicuri oleh lelaki lain selain jodoh Cactus, bagi Cactus itu suatu pengkhianatan dan kelalaian Cactus... Orang lain boleh anggap ini suatu propa atau gurauan, tapi bagi Cactus ia umpama satu nyawa yang perlu dipelihara sebaiknya...

# Lelaki tolonglah tolong sangat-sangat fikirlah masa depan korang... Jangan banyak sangat enjoy kat dunia ni, seimbangkan duniawi dan ukhrawi... Janganlah rosakkan anak dara orang, bimbing dan lindunglah diorang umpama korang jaga orang yang tersayang...

# Para gadis dan wanita, Cactus bukanlah seorang yang layak untuk nasihat korang kalau dari sudut pendidikan agama tapi sebagai seorang saudara seIslam, Cactus harap sangat korang jagalah peliharalah hati dan perasaan seorang... Jangan jadi murah... I beg you girls... Sama-sama kita doakan kebaikan satu sama lain, bukan condemn orang okey  ^_^

P/S: Harap-harap tahun depan dapat banyak jemputan kawin dari kawan-kawan... Selamat mendirikan masjid semua... Jemput Cactus tau, nak makan... :P


"Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama' bainakuma fikhair"