Friday, December 14, 2012

SiSa hIdUp 8 MiNgGu!!!


Assalamualaikum w.b.t.


Cactus tak dapat nak meneruskan niat untuk tulis novel atas sebab-sebab tertentu... So kali ni Cactus cuma nak kongsi satu mimpi, mimpi umpama realiti.

Semalam Cactus mimpi yang Cactus baru dapat tahu bahawa Cactus ada satu penyakit degenerative disease tahap akhir yang membawa pada kematian. Jangka hayat sementara sistem badan Cactus masih boleh berfungsi macam biasa cuma tinggal lagi 8 minggu... Maksudnya lepas 8 minggu,dgn izin ALLAH Cactus akan pergi meninggalkan dunia ini.

Tak dapat Cactus gambarkan perasaan Cactus waktu tu. Bergenang air mata tapi tak dapat menitis, hati sebak,perasaan bercampur baur. Cactus terbayang wajah mama, abah & famili tersyg. Cactus terbayang pembelajaran Cactus kat kolej, kawan-kawan,impian yang belum tercapai. Macam mana Cactus nak jalani hidup selama 8 minggu? Bagaimana Cactus harus isi masa 8 minggu itu? Cactus jadi buntu.

Selepas itu Cactus bangun dari tidur untuk tunaikan solat Subuh. Sampaikan waktu Cactus dah berada di dunia realiti punmasih terasa mimpi tadi umpama suatu kebenaran. Hingga kini Cactus tak tenang memikirkan mimpi tu. Memang mimpi tu mainan tidur, gangguan syaitan kata orang. Tapi macam mana Cactus nak buang perasaan ni?

Baru kini Cactus faham perasaan kalau kita semua tahu tarikh mati masing-masing. Bukan sekadar tahu melalui lisan tapi kini Cactus dapat merasainya melalui hati. Sebab itu ALLAH rahsiakan kematian kita semua. Mungkin ada yang dapat tahu tarikh kematian sendiri berdasarkan diagnosis kesihatan seperti penyakit kanser, HIV, degenerative disease mcm cerita "One Litre Of Tears"... Tapi tetap ajal maut dengan izin  ALLAH... Kita hanya mampu berikhtiar. Bersediakah kita?

#Masih terasa nyawa ini hanya tinggal 8 minggu :"( 
Syukur ALHAMDULILLAH hanya mimpi. Mungkin amaran dari ALLAH agar tak terus lalai.
ASTAGHFIRULLAHALAZIM... Hanya ALLAH pemilik yang HAK.

No comments:

Post a Comment