" Ya Allah! Sesungguhnya setiap ujian yang Kau berikan kepada hambaMu ini adalah mengikut kemampuan diri mereka " Aku percaya itu. Sesungguhnya aku sangka dugaan yg berat itu adalah semasa f4 dulu... Tapi aku dapat merasakan akan ada badai tsunami yg besar bakal melanda aku dan 6 lagi temanku.
Mengapa setiap perbuatan manusia itu tidak disenangi oleh manusia lain? Salah seorang teman telah mengetahui blog ini dan aku berharap dia tidak cepat melatah untuk menyalahtafsirkan kewujudan blog ini. Bukan niatku dan 6 lagi temanku untuk menyembunyikan perihal blog ini dan bukan untuk dijadikan tontonan atau bacaan umum tapi blog ini bertujuan untuk bercerita mengenai apa saja yang kami ingin kongsikan bersama.
Perlukah hal blog ini diwar-warkan dan segala peristiwa hitam yg berlaku semasa hujung tahun f4 akan berulang kembali?? Adakah blog ini akan menjejaskan mana-mana pihak? Jika ada aku mewakili teman-teman lain memohon maaf. Setulus hatinya aku mengatakan aku sememangnya tidak percayakan lelaki dan jangan disebabkan sifat hasad dengki sesama teman membuatkan aku benci dan tidak percaya insan yang bergelar wanita.
Sejak kejadian tahun lepas aku mula meragui perempuan sepertimana aku meragui para lelaki. Aku sangka teman-temanku bijak menilai dan tidak mudah menjatuhkan hukuman pada org lain tapi mereka telah punahkan segala kepercayaan aku kecai berderai.
Aku terlalu ikhlas dan begitu mempercayai yg teman-temanku tidak pernah terlintas menghukumku sebegitu rupa. Pada malam itu aku benar-benar kecewa dan sedih kerana mereka lebih mementingkan kejelikan melihat kami bersama berbanding ketulusan aku menghulurkan persahabatan dengan mereka.
Jika perkara tahun lepas berulang lagi dan mereka membenciku malah hilang kepercayaan kepadaku. Aku tidak teragak-agak untuk mengatakan aku takkan percayakan perempuan sepertimana mereka telah memusnahkan kepercayaaanku.
Satu saja yang aku ingin katakan kepada mana-mana teman yang tidak menyenangi blog ini, sedangkan teman lama aku yang rapat dengan aku sejak sekolah rendah tidak pernah menghukum aku sepertimana aku dihukum malam itu , kenapa tidak kalian yg baru kukenal 5 tahun ini? Kerana aku tak meminggirkan mereka, aku x membezakan mereka. Aku juga tidak membezakan kalian semua. Semuanya temanku sehinggakan ada diantara kalian telah aku anggap sebagai teman yang rapat dengan aku cuma mungkin org itu tidak sedar.
For Miss W.N.H., aku tak tahu apa reaksimu apabila mengetahui perkara ini tetapi aku mohon maaf kerana hal kami telah menyebabkan kau disalahkan pada malam itu. Terima kasih kerana cuba mendamaikan kami. Aku tau kau pasti banyak terluka tapi jangan risau, masih ada teman yang menyayangimu cuma kadangkala kita tak dapat melihat kasih sayang yang berada di depan mata tapi kita hanya menyedarinya setelah kita kehilangannya.
aku x kisah org lain buat apa kat aku sbb aku dah lali dgn semua tu.. aku hanya mampu bersabar dan bersabar.. x dinafikan semua tu menyakitkan hati bg seorg manusia biasa.. aku tahu sapa aku.. dan yg penting aku syg kwn2 aku walaupon syg nie x terbls..
ReplyDeletesatu lagi.. maaf klu kehadiran aku kat blog nie buat hampa semua x senang.. sory sangat2.. buatlah mcm aku x wujud dan x tau langsung tentang blog nie..
ReplyDelete