Assalamualaikum w.b.t.
Sejak dua menjak ni, asal buka siaran TV ceramah ke talkshow ke semuanya akan bincang topik isteri solehah, pernikahan diredhai Allah dan segala yang berkaitan dengan bagaimana membentuk suasana rumahtangga bahagia...
Sehingga terdetik suatu kesedaran dalam jiwa Cactus, mungkin inilah hikmahnya Cactus single sehingga kini. Mungkin Allah nak Cactus belajar dan belajar dan belajar segala ilmu agama dan betul-betul bersedia bila tiba saatnya nanti. Dan mungkin juga "si dia" juga sedang mendalami ilmu agama, who knows?
Cactus tak pernah idam langsung untuk bergandingan dengan lelaki yang alim sangat-sangat, cuma rasa suka sejuk hati je tengok lelaki-lelaki sebegitu dan berasa andainya suatu hari Cactus ada nak lelaki, bahagianya jika anak Cactus juga seorang tahfiz yang mempunyai pelbagai kemahiran. Cukuplah andai calon suami itu sekufu dengan Cactus, sederhana saja orangnya, ada humor sket, pendengar yang baik tapi tidakla jahil. Kalau jahil sangat, macamana dia nak jadi seorang anak, suami dan ayah yang baik.
Sejujurnya, Cactus memang tak nak langsung cari jodoh untuk diri Cactus sendiri, apatahlagi orang keneng-kenengkan. Cactus nak serahkan pada abah Cactus untuk pilih calon menantunya sendiri. Tapi parents Cactus serahkan semula pada Cactus, diorang cuma part screening ikut garispanduan AlQuran dan hadis iaitu harta, paras rupa, keturunan dan agama. Tapi pokok pangkalnya pilihlah agama.
Orang lain nak kawen, Cactus pulak seriau... Tau tak seriau tu apa? Macam ngeri gitu. Sebab majoriti yang nak menikah zaman sekarang ni usia semua muda-muda macam zaman tok nenek moyang kita dulu, tapi dalam majoriti tu berapa persen yang dah siapkan ilmu agamanya dalam menempuhi bahtera pernikahan? Berapa persen? Berapa ramai yang dh siapkan mental fizikal untuk hadapi perselisihan sesama pasangan? Berapa ramai? Berapa ramai yang tak boleh bertolak ansur sesama pasangan? Berapa ramai? Jangan ingat cinta boleh cover semua masalah yang mendatang, cinta boleh berbolak balik sebab hati kita Allah yang pegang, bila-bila masa ja hati pasangan kita boleh pudar cinta, beraliharah, atau makin kuat cinta. Bila-bila masa saja ok.
Satu lagi bab anak, bab paling sensitif. Berapa ramai buat family planning dengan sumber pendapatan yang ada? Berapa ramai yang nak anak, tapi Allah uji tak dapat anak? Berapa ramai Allah uji dapat anak kelainan upaya? Berapa ramai Allah uji anak mati dalam kandungan? Berapa ramai sebelum nikah, dah prepare mental untuk hadapi segala kemungkinan ni? Berapa ramai pasangan bergaduh suami isteri, keluarga masuk campur bila datangnya ujian ni?
Bukannya Cactus nak menakut-nakutkan atau meruntuhkan semangat orang yang nak berumah tangga, cuma Cactus nak ingatkan ada aspek yang lebih penting dari majlis kenduri kendara dalam menuju alam perkahwinan. Teori kita boleh pelajari dan dalami walaupun masih bujang atau usia muda, praktikalnya akan dizahirkan bila dah menikah nanti. Tapi dunia sekarang terbalik, praktikal dulu, teori sikit-sikit dahla. Sebab tu the main root is Ad-din (agama). Bukan kita perlu jadi ustazah tapi bukan juga kita perlu jadi jahil dan mudah diperkotakkatikkan oleh syaitan.
Pada lelaki, tolonglah pilih calon isteri betul-betul. Kesilapan korang pilih isteri, menantu untuk ibubapa korang dan ibu untuk anak-anak korang akan merosakkan generasi masa hadapan. Pada perempuan, tolonglah pilih lelaki yang boleh pimpin korang ke syurga, kalau dari awal dah boleh menjerumuskan korang ke lembah dosa, lepas kawen wallahualam susah nak taat setia dengan suami begini.
Cactus selalu dapat tips-tips dan nasihat percuma rumahtangga dari makcik-makcik, korang pun rajin-rajinla bergaul dengar super-super senior pangkat mak-mak kita kalau nak dalami ilmu perkahwinan ni. Almaklumla kalau bergaul dengan makcik-makcik, banyak story gossip boleh dengar... hahaha
Hmm nak berangan kejap boleh tak? Penat serius dari awal post tadi... Kehkehkeh... Cactus pun perempuan yang suka berangan apa, macamla korang tak pernah. Bohong sangat. hahaha
Cactus ni simple je sebenarnya, oleh itu angan-angan dan impian Cactus pun of course la simple giler tapi ermm cuma pelik je... Hihihi
MEMINANG: Ermm lelaki tak payah datang (dok kat rumah diam-diam, fon kan ada, kol la tanya terima ke x), wakil lelaki datang bawak gambar sudah... Alaa macam zaman oldschool dulu-dulu. Kalu boleh, tak nakla buat majlis just macam family datang ziarah rumah macam hari raya bagi cincin tanda siap. Kan senang, dalam masa beberapa minit tanpa persiapan yang renyah(complicated) dah selamat booking. Cactus pun pakai baju Tshirt nak pi jogging je (hahaha macam kejam sangat je pakai baju Tshirt :P) Nasibla, sape suruh pilih Cactus jadi bini. hahaha (ok, ayat minta single 10 tahun lagi mungkin =.=")
NIKAH: Akad nikah, macam biasa laki yang neves, Cactus akan cool je duduk balik tirai sambil makan choki choki lekat kat gigi. hahahaha Tapi jap! Penang ada tanya soalan ke kat pengantin pompuan, klu ada peluh jugak Cactus. Lepas dah selesai akad, aucakkk encik suami datang selak tirai nak sarung cincin. Cactus pun tersiput-siput malu. wakakaka Pastu mata bertentang mata, ohh ni ke suami aku...
Hantaran kalau boleh jangan bagi makanan banyak sangat, nanti orang yang bawak hantaran makan tinggal tangkai je kat pengantin. Jadi bagila hadiah yang boleh guna lepas kawen, bubuh je atas dulang tu... Letakla katil, almari, tempat sidai baju, rak kasut,piring astro... wakakaka memang wedding yang tak boleh dilupakan >_<
MAJLIS WALIMATULURUS: Ni part paling daebakk! Tetamu yang datang akan berfikir sepuluh kali untuk menghadiri majlis Cactus, sebab di fikiran mereka akan berlegar soalan begini " Ni majlis kesyukuran ke, kenduri arwah? Salah rumah kot" Cactus memang TAK NAK pelamin, so kalau calon suami Cactus tu sampai merajuk sangat nak pelamin, sila buat pelamin masa sambut menantu nanti ye sayang. hahaha Mungkin ada photobooth je la kot untuk tangkap gambar kenangan dengan family, kawan-kawan.
PHOTOSHOOT OUTDOOR: Ish malu nak cakap. Ni sape-sape baca, memang tak sanggupla nak tangkap gambar gini melainkan memang calon suami Cactus ni cinta mati takda tahap kat Cactus, mungkin dia rela je. hahaha Antara kostum atau attire yang Cactus nak pakai sangat-sangat masa tangkap gambar outdoor, Cactus dan pasangan pakai baju sekolah menengah(pinjamla baju sepupu ke anak sedara ke) pastu buat macam gmbr dramatis sket... so sweet :3 Ada lagi, ermm Cactus nak suami Cactus pakai kostum katak lepas tu Cactus pakai kostum puteri, of course la Cactus puteri kan, pastu taraaa suami Cactus bertukar jadi manusia(diri dia la kan =.=") hahahahaha hanya suami yang gila-gila je sanggup buat kerja gila gini. hoho
HONEYMOON: Masjid kristal. Kalau takmo bawak Cactus pegi Masjid Kristal, alternatif lain bawak Cactus round satu dunia ziarah setiap monumen masjid dalam Masjid Kristal tu. haa mana lagi senang? hahahaha (ayat ugutan tanpa pilihan) Oh impian tu macam normal sangatkan, sebenarnya impian honeymoon Cactus yang sebenar-benarnya adalah hiking serta panjat gunung Kinabalu dengan suami. Mungkin Gunung Kinabalu tu macam dasyat sangat, Gunung Ledang ke Jerai ke... Cactus pernah daki Gunung Jerai, takkan suami cactus tak larat kot... hehehe Ok lepas hiking tu kitorang akan camping dan main segala sukan lasak seperti flying fox, titi gantung, bungee jumping, banana boat... Wahhh excitednya >_<
Tapi Cactus tak pandai berenang, so hopefully suami Cactus pandai berenang untuk selamatkan Cactus =.=" huhuhu
Okey kesimpulannya, memang angan-angan tu macam sukar atau mustahil jadi kenyataan. Berangan je la kan, mana ada lelaki yang sanggup buat semua tu, sebab Cactus ni pelik je Cactus sanggup buat semua tu :P hihihi unik apa pelik? Berani korang sengih-sengih kerang busuk. Mana korang nak jumpa kawan pelik macam Cactus ni? Ace gtau? hahaha
# Dahla banyak sangat mengarut, busy btulla Flowers yang lain, dengan boringnya post Cactus lagi...
# Saranghae