Monday, August 12, 2013

Mahalnya nak kawen 0_O"

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN 
>___<

Sabtu lepas suratkhabar Kosmo ada kluarkan topik ni... 
So, Cactus tertarik nak taip sini pasal hantaran zaman sekarang... 
Bab kawen ni mmg Cactus excited sokmo:)


Zaman sekarang semua nak kawen grand-grand... Ye ke? Mungkin ya, mungkin tak semua macam tu... Taste dan pemikiran setiap orang lain-lain, kan...
Bagi Cactus, buat je la perkahwinan tu ala kadar, sekadar nak hebahkan pada semua orang yang kita dah selamat bernikah, dah ada ikatan sah supaya tak timbul fitnah.... 
Tak perlulah hebah sampai melampau-lampau...

Kebanyakan yang nak buat majlis besar-besar akan bagi alasan macam ni:

1. Kawen sekali je seumur hidup... (Yakin ke? Boleh nampak masa depan kawen sekali je? Hidup kat dunia ni pun sekali je seumur hidup, takmo plak buat amalan grand-grand)

2. Alaa anak tunggal/sulung/bongsu kot... (Kenapa anak tunggal selalu jadi mangsa? =.=")

3. Nanti kalau buat kecil-kecilan, apa pulak orang cakap... (Mulut orang sampai bila tak boleh tutup)

4. Besan i orang berada/berpengaruh, malu la buat kecik-kecik... (Lagi sekali sebab malu dgn cakap-cakap orang)

5. Penat besarkan anak-anak ni... Sedangkan kereta pun harga puluh-puluh ribu, inikan pulak anak orang... (Kalau nak banding dengan wang ringgit memang tak ada bandingnya nilai seorang manusia apatah lagi yang membesar dalam keadaan baik semua segi, maka mintaklah hantaran yang sekadar yang patut dan tidak membebankan pihak satu lagi)

Mungkin ada lagi alasan yang Cactus terlepas pandang... Tapi kalau memang mampu sangat-sangat, buatlah besar-besar. Masalah orang sekarang, dah kompem-kompem pihak lelaki tak mampu, sanggup bagi pinjam duit, hutang sana sini demi menjayakan impian perkahwinan... Bukankah lebih bijak lagi baik sekiranya wang yang dilaburkan untuk majlis yang sementara itu digunakan bagi kehidupan rumahtangga selepas itu yang diharapkan kekal hingga hujung nyawa... Kalau awal perkahwinan dah hutang sekeliling pinggang, di manakah sinar kebahagiaan itu?

Oklah, mari kita tengok purata nilai hantaran kalau nak sangat ikut darjat dan kelulusan kat Malaysia ni


Kalau Cactus yang diploma ni nak sangat ikut nilai hantaran taraf pendidikan ni... Maka si lelaki kena ada RM8,000-RM12,000... Hmm... Banyak tu...

Andai gaji lelaki tu dalam area RM1,000-RM2,000, agak-agak berapa lama la si lelaki kena kumpul duit nak sampai at least RM 8,000... 

Kena ikat perut, kena cari kerja overtime ke, kena catu perbelanjaan sendiri... 
Kesian-kesian... Nak bagi duit kat parents (mmg tanggungjawab setiap anak lelaki), bagi duit belanja sekolah adik-adik, beli rumah lagi, bayar kereta lagi... 
Banyak guna duit tu... Haa bayar pinjaman lagi kalau ada ambik... 

Kaum perempuan tak kesian ke kat bakal suami korang? Ke sanggup membujang?

Hah ni la akibat kalau laki kawen lewat... Antara faktor yang bakal mempengaruhi anak anda... Wallahualam...
Maka, nikahla cepat-cepat ye :)




















Apakata tengok nilai hantaran ikut taraf agama pulak...


Haa kalau ikut taraf agama, baru layak nak bagi hantaran mahal-mahal... Tapi takda/jarang orang buat sebab selalunya wanita solehah/ada ilmu agama serta keluarganya takkan minta hantaran yang tinggi, kerana mereka mementingkan kebahagiaan dan keredhaan ALLAH dalam sesebuah pernikahan...

Mas kawin ke problemnya??? Bohong sangat... Mana ada mahal mas kawen... Ace tengok...


Tengok nilai minima mas kawin, mana ada mahal melainkan nak kawen dengan kerabat...
Sedangkan makan pakai lagi mahal dari mas kawin, takkan kurang dari RM100 tak mampu kot...
Simpan sikit-sikit duit, lama-lama banyakla...


Moh kita buat purata kira-kira bajet kawen kalau nak sederhana laa kelas ekonomi punya... 
Nak ada baju kawen, pelamin, fotographer semua kan...




Tapi kalau ikut garis panduan agama tanpa terikut-ikut dengan adat dan budaya yang tak sepatutnya diikut, belanja kawin tidaklah begitu membebankan sehingga perlu berhutang...


Cactus pun bujang lagi jadi mungkin tak selayaknya nak komen orang-orang yang lebih banyak makan garam... Tapi ini sekadar pendapat dan pandangan serta buah fikiran Cactus sebagai seorang insan yang mungkin suatu hari nanti juga bakal bergelar seorang isteri jika sudah tiba masanya... Kalau Cactus, memang Cactus tak nak susahkan pihak lelaki, biar dipermudahkan pernikahan... Dengan syarat, si suami dapat membahagiakan Cactus dan bakal anak-anak kami di masa hadapan. InsyaALLAH...

# Maaflah sebab selalu cakap pasal kawin-kawin kat blog ni... Bukan apa, kata orang tak bolehlah tunggu jodoh datang bergolek, kena usaha jugak... Ni usaha kecil-kecilan, mana tau jodoh Cactus antara yang pernah baca blog ni ke takpun orang Korea ke... Hahaha just joking... Jadi kenala bagi hint skett ermm macam terlebih hint je =.=" Maaf ye korang...

# Pesanan buat Mr Jodoh yang mungkin berada dimana-mana disudut dunia ini, if you find me one day & very sure that I am the right girl to be your wife, never tell me about your feeling BUT meet directly my father and tell your wish... That would make me more happy and of course I love surprise... Not knowing who you are and still keep this love specially for you, such an adventure for me to go through... I"ll always right here waiting for you ;)

# Terlalu banyak kata-kata negatif yang cuba menjatuhkan prinsip Cactus... Mungkin Cactus nampak nakal dan kadang-kadang terlalu naif, tapi Cactus masih cuba mempertahankan hati ini dari dicerobohi anasir luar yang bernama lelaki... Andai cinta ini berjaya dicuri oleh lelaki lain selain jodoh Cactus, bagi Cactus itu suatu pengkhianatan dan kelalaian Cactus... Orang lain boleh anggap ini suatu propa atau gurauan, tapi bagi Cactus ia umpama satu nyawa yang perlu dipelihara sebaiknya...

# Lelaki tolonglah tolong sangat-sangat fikirlah masa depan korang... Jangan banyak sangat enjoy kat dunia ni, seimbangkan duniawi dan ukhrawi... Janganlah rosakkan anak dara orang, bimbing dan lindunglah diorang umpama korang jaga orang yang tersayang...

# Para gadis dan wanita, Cactus bukanlah seorang yang layak untuk nasihat korang kalau dari sudut pendidikan agama tapi sebagai seorang saudara seIslam, Cactus harap sangat korang jagalah peliharalah hati dan perasaan seorang... Jangan jadi murah... I beg you girls... Sama-sama kita doakan kebaikan satu sama lain, bukan condemn orang okey  ^_^

P/S: Harap-harap tahun depan dapat banyak jemputan kawin dari kawan-kawan... Selamat mendirikan masjid semua... Jemput Cactus tau, nak makan... :P


"Barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama' bainakuma fikhair"