Wednesday, June 19, 2013

Corat Coret C.A.C.T.U.S.

ASSALAMUALAIKUM w.b.t.

Guess who?


Yeah! Of course its me again and again... Hehe ;P


JOONG KOOK DAH DATANG??? Kpop lagi =.="

Ingat tak post sebelum ni Cactus ada bagitau yang Kookie nak datang Malaysia bulan Jun. Akhirnya dia dah  jejakkan kaki di Malaysia. Macam tak percaya pulak tengok dia kat  TV2 even iklan utk RM ngan konsert dia pendek je tapi dapat gak dengar dia sebut Apa Khabar... Hoho


Even Cactus suka post tentang Korea dan Joong Kook or artis-artis ke, nampak penuh keduniaan kan tapi Cactus masih sedar batas-batas sebagai seorang muslimah. Minat macamana pun taklah sampai fanatik sampai lupa diri. Memang teringin nak jumpa depan-depan tapi apa motifnya. Dahlah jauh, kena bayar lagi, pastu bukan dapat pahala pun. So tengok Youtube je la. Zaman moden kan.


So cute of him. Hihi... Harap-harap lepas ni Runningman pulak datang Malaysia. Bukan apa, mana-mana tempat Runningman pergi mesti jadi terkenal. Promosi Malaysia, kan bagus tu. Lagipun game tarik nametag tu macam adaptasi dari game kita main masa kecik-kecik dulu tu, yang "Ice Water" tu. Bezanya dia tambah ada nametag. 

Tapi Cactus tengok ramai jugak yang negatif dengan kegilaan RM sekarang ni. Tapi bukan semua peminat Runningman lalai. Dalam setandan pisang tak semua busuk. 

Apa-apa je jenis rancangan yang kita tengok, pastikan yang baik jadikan teladan yang buruk jadi sempadan. 
Jangan telan semuanya ye. ;)


Segelintir lelaki Malaysia nampaknya tak suka perempuan-perempuan Malaysia ni gilakan lelaki Kpop. Kalau jodoh tak ke mana, logiknya minat macamana pun kompem nanti nak kawen, lelaki Malaysia jugak yang masuk meminang perempuan Malaysia ni melainkan dia memang ada kenalan Korea. 

Tak payahla susah-susah nak tiru artis Kpop sebab nak dicintai, just be yourself. Takkan dah kahwin nanti, sampai ke tua nak ikut gaya Kpop kot. Macam buang tebiat je. 

Jadi seorang yang menjaga penampilan secara sederhana pun dah mencukupi, banyak-banyakkan pakai baju Melayu... nampak sejuk je mata memandang (tu kalau Cactus la kan... haha :P)


KENDURI KAWEN

Dalam bulan 6 ni je, Cactus dah pergi dua majlis kenduri kawen sepupu Cactus di Pahang dan Johor. InsyaALLAH tahun depan ada lagi kenduri kawen rasanya. Tumpang gembira untuk diorang. 

Moga diberkati ALLAH. Mak cik sedara yang dah lama tak jumpa agak terkejut sebab makin putih katanya. Almaklumla tengok aje la Cactus zaman sekolah dulu, memang burn habis. Ada jugak yang ingat Cactus baru belasan tahun. Hoho syukur Alhamdulillah dan terima kasih. Terharu Cactus. 

Oleh kerana salah faham itu, tak ada sapa yang bertanyakan Cactus tentang soal kawen sebab ingat muda remaja lagi. 

Fuhh selamat. XD

P/S: Jangan muntah depan lappy anda ye. Hehehe


Walaupun macam tu confirm la teringin nak kawen, yela asyik jadi ahli rombongan nikah kawen orang je.

Hmm ciri-ciri lelaki idaman Cactus ek? 

Antaranya macam yang kat atas tu la... Solat tu tiang agama, kalau tiang goyah macamana nak bina masjid. Tak gitu?

= Selagi belum akad, Selagi itu ada jarak di antara kita =

Mungkin kita semua dah bertemu jodoh kita atau mungkin juga belum bertemu lagi, tapi yakinlah bila tiba masa yang sesuai pasti kita akan bersatu. Sesungguhnya perancangan ALLAH yang terbaik.


4 TIPS MEMINANG... SELAMAT MEMILIH >___<



Kalau dalam situasi Cactus cara yang ke-3 tu memang takkan jadi kot. Haha... 

Almaklumlah abah Cactus ni tak suka jodoh-jodohkan anak-anak dia, melainkan orang yang masuk meminang. Tu pun kena soal jawab dulu la. Normal la kan. 

Ingat senang-senang je nak ambik anak dara orang. Sedangkan barang kat kedai pun kena bayar kat kaunter pastu kalau pasaraya tu siap ada bodyguard jaga takut ada barang kena curi. Inikan pulak manusia, mestilah lagi berharga.



Kalau ikutkan Cactus, Cactus tak suka bertunang lama-lama, banyak dugaan dan rintangan masa bertunang. Kalau paling lama pun dalam 6 bulan cukupla. Memang family kitorg tak suka kalau bertunang lama-lama. Lagi cepat nikah lagi bagus. Cactus rasa korang pun mesti macam tu kan. Majoriti tak suka bertunang lama.


JODOH VS NIKAH


Pastu baru-baru ni, abah Cactus bagi ceramah serta nasihat. Almaklumla takut anak dara dia ni ada "pakwe" or someone special. Asal tengok cerita cinta je ada part angau, mula la kena ceramah tentang bahaya angau pulak. 
"Yes abah, adik faham memang angau tu bahaya. Jangan risau, adik sedang menjaga hati ini sebaik mungkin. InsyaALLAH."

Cactus memegang prinsip setia dan sabar menanti walau siapapun dia. Moga dia tak tersesat jalan dalam menemui Cactus. Kalau dah tersesat, cepat-cepatlah kembali ke pangkal jalan. :)



Selalunya ayat orang tua kita akan cakap " Belajar sampai habis, baru fikir nikah kawen"
Cactus rasa mesti lepas dah grad ada sambungan ayat ni lagi, 
"Kerja dulu, dah stabil baru kawen". Tapi ayat ni more to guys kot. Sebab lelaki yang kena tanggung isteri kan. Takkan suami nak tumpang kereta ngan rumah isteri kot. So pada yang excited sangat nak kahwin, checklist dulu diri sendiri sebelum buat keputusan.



Moga suatu hari impian ini akan tercapai jua buat kita semua. Banyakkanlah berdoa untuk jodoh yang baik.

NO couple-couple. NO teman tapi mesra sebab mustahil bagi lelaki dan perempuan untuk jadi kawan baik atau teman tapi mesra kerana pasti akan ada salah seorang yang akan ada perasaan lebih dari teman. 

So berkawan tu jangan rapat sangat. Mungkin sekarang belum ada perasaan tu, takut-takut salah seorang dah jadi hak orang lain baru sedar ada suatu perasaan yang tersembunyi di lipatan hati. Merana nanti. 

Trust me, biar berapa kali kita cuba menidakkan namun kadang-kadang sebenarnya kita bohong pada diri sendiri. Hanya iman di dada menjadi benteng dan pelindung hati serta diri.



Kalau dah temui jodoh yang tepat, jangan pulak sia-siakan dia, ok?!

Jangan menanti jodoh datang bergolek tanpa usaha. Perlu ada usaha diiringi doa kemudian tawakal dengan ketentuanNya. 

Selamat beramal :D


P/S: 7Flowers, bila nak panggil Cactus makan kenduri ni. Cactus tahu mesti ada antara korang dah rancang nak kawen lepas grad. Tak gitu? Hehehe

Cactus say Sayonara for now.