Assalamualaikum w.b.t.
Fuhh! Lama gilerr Cactus tak post kat blog ni. Bagi tahun 2013 rasanya ni post pertama kan?! Hoho ^0^
EXAM vs BIRTHDAY
Syukur Alhamdulillah pelatih batch Cactus lulus dengan jayanya dan berjaya sambung sem 4, kami dah nak exam midterm dah pun. Hadiah bagi ulangtahun Cactus yang ke-21 memang terbaek. Hari pertama exam subjek paling susah pulak tu jatuh pada hari jadi Cactus... Wuuu :"(
Masa matrik dulu, kuiz penting jatuh pada besday Cactus gak sampai sorang pun tak ingat.
Tahun lepas jatuh pada hari kelas English, terharu la sebab satu kelas wish. Hoho~
Tahun ni harap-harap Cactus dapat result terbaek sebagai hadiah hari jadi ^ ^
DREAM GUY vs EXIST?
Part cinta serta hati dan perasaan pastinya takkan terlepas dari post Cactus. Hehe... Dulu Cactus aim nak nikah sebelum umur 25 tahun at least lepas grad ni ke(berangan je la). Sekarang Cactus dah malas nak berangan sebab macam mustahil je. Lainla kalau sebenarnya memang dah ada jejaka misteri yang tunggu masa nak on hantar pinangan kan. Hoho..
Kakak Cactus takut Cactus nikah lagi awal dari dia, macam yakin je adik dia ni dah ada cik abang. Pastu Cactus pun menyakatla, "Habislah akak, pilih antara dua je la. Kita buat majlis nikah serentak(jimat kos) atau adik kawen dulu :P" Makin berkobar-kobarla kakak Cactus nak kumpul duit nak nikah tahun depan dengan jejaka pilihan dia. InsyaALLAH.
Seriously I keep and save my love just for my "mate" however when that time(nikah) come in the future, I really hope I can give my love that I keep securely without letting other guy snatch that feeling. And of course I hope that when my "mate" decide to be my husband, he will swear he won't hurt me or betray my love. If I'm being betrayed, I think I can't be fall in love again.
FITNAH vs SENIOR
P/S: BACA NADA BUKAN SINIS. NADA BIASA. POSITIF OK.
Memang tahun ni Cactus dan teman-teman lain diuji dengan berat. Hanya kerana satu kesilapan teman Cactus tapi teman Cactus dah mohon maaf walaupun sebenarnya teman Cactus tu tujukan pada orang lain yang takda kaitan pun dengan kolej kitorang tapi sebab senior kitorang buat kesalahan yang serupa dengan orang lain tu, maka malam gelap itu teman Cactus serta beberapa teman-teman lain yang sedang sibuk buat assignment diserang dengan teguran dari senior. Alasannya bahawa post teman Cactus akan menjejaskan markah orang lain tu ada benarnya. Cactus pun tak sokong post tu. Malam tu jugak teman Cactus dah mohon maaf pada orang lain tu dan padam postserta merta. Tapi lain pulak alasan senior kitorg ni datang serang. Mungkin diorang terasa macam kata pepatah "siapa makan cili akan terasa pedasnya". Mungkin jugak diorang ingat junior-junior diorang nih(batch Cactus) mengadu pada warden sedangkan pada hakikatnya kami langsung tak mengadu apatah lagi sebut tentang senior. Bolehkah diorang ni dikategorikan sebagai perasan? Cactus tak ada di tempat kejadian masa kejadian serangan berlaku, lepas senior dah balik baru Cactus tahu. Kami sangkakan perkara ni dah selesai sebab kawan-kawan Cactus yang tak terlibat serta blur habis dengan apa yang berlaku pun minta maaf berkali-kali pada senior sebab tak nak panjang cerita. Yelah, benda boleh selesai kan.
Sangkaan kami meleset sama sekali, keesokannya keadaan jadi makin parah dengan wujudnya watak tambahan batu api dan penyebar fitnah. Ada seorang senior lelaki yang 'konon'nya muncul sebagai pendamai post sesuatu di wall fbnya dan para penghasut serta pemfitnah galak berkomen disitu. Malah senior lain yang tak tahu cerita sebenar dan percaya 100% dengan teman mereka tanpa siasat hujung pangkal turut meluahkan nasihat,pandangan dan tak kurang juga ada yang komen kasar pastu melalut buat kesimpulan yang takda kena mengena. Selepas senior lelaki itu tau cerita sebenar dari teman Cactus yang post tu, nak tahu apa nasihat dari seorang abang kononnya. Walaupun dia dah tahu teman Cactus serta teman-teman lain yang tak terlibat dah mohon maaf pada senior, tapi ayatnya simple dan amat berat sebelah. Lebih kurang macam nila, "Pergi minta maaf dengan senior face to face. Settle perkara ni." What the? Nak suruh minta maaf berapa juta kali, semalam tu bukan face to face ke? One more, siapa yang start bangkitkan hal ni? Ke nak suruh buat persidangan akhbar jumpa minta maaf depan-depan? Nampak tak permainan diorang disitu? Mujur rakaman suara serangan malam tu tak jelas, kalau tak, memang kalau diorang ungkit lagi(masih ada yang tak puas hati), memang kitorang pasang rakaman suara tu. Tapi bak kata orang no prove, no talk. So, we just shut our mouth.
Cactus pun tak terlepas dari bahan diorang gara-gara Cactus post trademark femes Johan Maharaja Lawak sekadar gurauan. "INI SEMUA POYO" dan rasanya kalau korang tahu salasilah kes ni pun korang rasa nonsense and poyo abess. Kalau tuan empunya badan yang melenting sorang-sorang, bolehlah diterima kan tapi ada pulak batu api yang memang suka putuskan silaturrahim join komen dan orang yang sama pulak tu cari pasal dengan Cactus(orang yang buat hal dengan Cactus masa sem 2 dulu) serta konco-konco batu apinya. Padan sangatla. Kalau ikut bisikan syaitan memang Cactus balas je semua hinaan serta komplot diorang. Tapi difikirkan balik, kesian sebenarnya diorang ni. Yelah, kalau dalam psikiatrik ada sejenis penyakit psikiatrik yang memang dia rasa pendirian dia je betul, orang lain salah dan takkan boleh ubah pendirian dia. Tak sangka berjangkit juga simptom tu kan.
Paling Cactus terasa dikhianati, ada seorang lagi senior lelaki yang Cactus sangka dia memang faham apa maksud yang Cactus nak sampaikan dalam komen tu, tapi sebaik saja Cactus berterima kasih pada dia sebab tolong jelaskan keadaan, dia dan semua geng perempuan batu api tu keluar komen bertubi-tubi meraikan kemenangan diorang berjaya mem"fool"kan Cactus. Mujur masih ada sisa kesabaran dalam diri ini.
Cactus berharap sangat senior-senior yang terlibat dalam menjadi batu api dan sebar fitnah yang diorang sendiri tak pasti, tolonglah jangan tunjuk sangat kebodohan tu kat fb. Ashame yourself! Mungkin bagi diorang, diorang berjaya mem"fool"kan Cactus serta memburukkan budak-budak batch Cactus dengan labelkan kami "KURANG AJAR, TAK HORMAT SENIOR" namun bagi orang yang menggunakan akal fikiran serta hati yang terang dan waras, pasti malu melihat kebodohan yang telah dilakukan mereka-mereka ini.
Tapi Cactus yakin, bukan semua senior macam mereka-mereka yang terlibat jadi batu api serta pemfitnah ni. Macam setandan pisang, bukan semua busuk. Yang busuk kadang-kadang 3 4 biji je, yang lain pun kena tempias. Dan Cactus nak sangat berterima kasih pada mereka-mereka yang tak mudah percaya pada sebelah pihak. Kami teraniaya, dan pasti semua tahu doa orang yang teraniaya dimakbulkan. Secara jujurnya, Cactus hanya minta satu perkara je dari kejadian ni, Cactus dan kawan-kawan lain harap sangat senior-senior lain yang cuma dengar khabar angin dan masih terbuka hatinya untuk mengetahui kebenaran akan tahu juga kebenaran satu hari nanti.Paling Cactus akan hargai sangat-sangat kalau ada senior yang tanya terus dengan kami kejadian sebenar. Sungguh sedih dan terkilan bila dilabel kurang ajar apabila selama ni kita hormat mereka. Umpama bagi susu dapat tuba. Jadi kami pilih jalan untuk mendiamkan diri kerana diam lebih baik dari berkata-kata. Diam tak bererti kalah. Tak gitu?
SECEBIS HARAPAN DAN PANDANGAN
Cactus tak suka la suasana janggal dengan senior. Bukannya apa, in the future kan nak kerja sekali jugak. Kalau sekarang dah ada dendam kesumat serta salah faham yang tidak diperbetulkan, takkan nanti kalau kerja sepejabat nak masam muka kot. Walaupun luka kat hati kitorang takkan terhapus sampai bila-bila, tapi tu tak bermakna perlu bermusuh atau membenci.
Senior lelaki dua orang tu la yang paling Cactus kecewa sangat-sangat dengan sikap diorang. Kalau perempuan emosional, sukar untuk dinasihati, suka cari pasal. Diorang sebagai lelaki patut berfikiran lebih rasional dan adil. Kalau betul nak jadi pendamai, jadilah pendamai yang amanah, jujur, telus, adil. Bukannya join perempuan yang memang tengah emosi abes tu lepas tu tolong memperhebat lagi api kemarahan. Apa punya pendamai macam tu? Umur BUKAN lambang KEMATANGAN. Just bear that in mind! KEPUTUSAN dalam menyelesaikan sesuatu masalah, barulah akan menunjukkan TAHAP KEMATANGAN seseorang.
Kadang-kadang orang sengaja mencari salah orang lain dan ambil kesempatan memperbesarkan sesuatu isu sebab kepentingan sendiri atau agenda tersendiri. Dendam lama mungkin? Cemburu? Tak puas hati? Mahu perhatian? Who knows what is in people's mind right? Oleh itu, jangan pernah cuba jolok sarang tebuan kalau tak mahu terasa sengatnya. What you give, you will get back. I just want PEACE and HARMONY life with other seniors at least. Kalau yang benci Cactus dan teman-teman Cactus, terpulangla nak PEACE ke WAR. Yang pasti, takda masa nak layan WAR masalah yang boleh setel kejap je. Cukup-cukupla negara tengah alami peperangan menumpaskan penceroboh (pengikut Sultan Kiram) tu, tak payah baik hati sangat nak tambah warna warni peperangan.
Andai ada orang yang Cactus tulis disini, secara sengaja atau tak sengaja terbaca post ini. Fikirlah positif, jangan berfikiran sempit. Ini teguran dari seorang insan yang anda anggap kurang ajar. Andai apa yang Cactus lakukan ini kurang ajar dan menyakiti hati mana-mana individu, Cactus mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tak ada orang yang kenal identiti anda melainkan anda yang expose sendiri.Kalau sendiri buat salah, jangan tuding orang lain, ok.
Sekian, wasalam ^ ^
Salam perpaduan, salam perdamaian dari seorang insan.