Monday, November 12, 2012
TOP 4...
Tak payah teka pun dah tau la sapa yg p0st lg... Kompem Cactus... Ye saya! Hehe...
Sampaikn kwn2 cactus ckp, blog ni dh mcm blog cactus sorg je... Takpe, ahli 7Flowers len xkisah pun kan... So dari blog yg penuh kisah suka duka kitorg ni bersawang ngan labah2, better cactus post je pape pun... Lgpun admin(dahlia) dah kasi greenlight kat cactus... ;-)
1st topic:
HORMATI RUMAH ALLAH
Cactus tgk berita hari Sabtu(10 nov) psl bdk2 berkhatan & ada 2 beradik bangsa Cina (nonmuslim) dihntr ibu dia utk join berkhatan sekali... Ms tgk wartawan temuramah ibu dia kat masjid tu, ibu dia bertudung & menutup aurat... Yela menghormati masjid iaitu tmpt beribadat org Islam...
TAPI apa yg membuatkan Cactus sedih, org Islam sendiri tak hormat rumah Allah, tmpt ibadat... Kenapa Cactus ckp mcmni, kalaupun kamu tidak menutup aurat di luar tapi adakah dikira hipokrit jika kamu tetap tidak menutup aurat semasa berada di KAWASAN masjid/surau, masa solat pandai pulak pakai telekung... Is that hipokrit atau biadap? Tell me...
For me it is very RUDE manner as a muslim & of course sbg hamba ALLAH... Dahla tak nak ikut perintah Allah tutup aurat(hipokritla konon) lepas tu masuk KAWASAN masjid/surau pun tak mau juga tutup aurat... Please be ashamed even little bit. Tolong ingat sikit dalam minda kalian, masjid/surau tu rumah Allah, tmpt ibadat bukannya rumah kwn korg... (Maaf kasar coz geram sgt) Malu sikit (MALU BANYAK2), org bkn Islam boleh hormat rumah ibadat kita, mengapa kita sbg hamba Allah sombong & bongkak sgt hah? Who are you? Tell me, even if u mak datin ke jwtn atau pgkt plg tinggi pun, kalau tak hormat tmpt suci sndr, buang je la gelaran yg dibangga-bangga sgt tu...
2nd topic:
STOP YOUR UNREALIZED DISCRIMINATION
Mungkin post kali ni akan menyinggung banyak pihak termasuk teman terdekat Cactus even for me, but i just wanna shout out since im not good to debate in verbal, then i just wrote here. I know ramai yg suka "hentam" budak sekolah agama yg dulunya bertudung labuh but then woo free hair, tudung nmpk dada baju ketat, mengandung luar nikah, minah rempit, hati busuk mcm bangkai, talam bermuka-muka, such a great playgirl ever, kejap tutup kejap seksi skett & so on...
Sampaikan ada yg mengeluarkan ayt2 sebegini:
QUESTION: Ingat budak2 tudung labuh tu semua baik ke? Thats why aq tak nak pakai tudung labuh, aq tak nak jadi cam diorg, tunggula sampai aq dah betul2 bersedia...
ANSWER: Sebab bdk2 tudung labuh pun manusia biasa sama mcm org lain, bezanya cara berpakaian & kita tak tahu the main reason diorg start pakai tudung labuh.Lagipun amalan setiap orang,kita tak boleh tentukan melalui luaran atau apa yg kita nampak saja kerana mungkin ada yg beribadah secara senyap. Kita takkan pernah tahu niat serta amalan sebenar mereka melainkan diri mereka & ALLAH je yg tahu. Kalau niat awalnya ada dicemari dgn tujuan lain yg xsepatutnya, maka lama-kelamaan tetap akan terserlah jua keikhlasan dia... Tapi kadang2 ada yang tak tahan diuji, maka mula berubah. One more thing, if you not really ready to wear 'tudung labuh' yes its ok, but please still cover your aurah walaupun dgn selendang/tudung bawal biasa. Its really ok. But never blame others' mistake who makes you not going to change coz it is actually you are the one who not really into it.
Cactus masih ingat salah satu topik dalam AlQuran & Sunnah, mungkin Cactus tak ingat ayat tepatnya tapi yg pasti salah satu perkara yang jatuh hukum Mempersenda Agama ialah mengumpat wanita yang menutup aurat... Untuk penerangan lebih lanjut & padat, byk2lah membaca ye atau buka la balik buku teks PQS.
(sila cari bukti kebenaran statement diatas dgn merujuk pada sumber2 dipercayai jika anda ragu2)
Even me, not a good example for others, i never care what people said coz they never know how much i love tudung labuh. But i still try to improve myself or at least maintain not going far away from ALLAH. Macam sorg kwn Cactus ckp, i think the first time we met, you are gangster... Hahaha such funny words, i never know how to beat people, how can i be a gangster, my friend? But maybe i am a cheeky girl ;) Hahaha (mentang-mentangla Cactus ni bkn gadis melayu terakhir kan)
3rd topic:
FAHAMAN SONGSANG???
Cactus agak risau sebab dengar2 ura dlm kalangan remaja sekolah & IPTA sekarang ada tersebar bermcm2 fahaman songsang dr ajaran agama. Wallahualam sebab Cactus masih belum kenal mn2 teman yg berpegang pd fhmn songsang ni cuma dgr desas desus. Contoh fahaman songsang ni ialah kalau bkn hari "datang bulan" xpayah tutup aurat pun xpa, bley wat suka hati, tapi bila "datang bulan" kena jaga aurat, kena jaga tingkahlaku... Cactus tak berani nak bercakap lebih disini, cuma Cactus amat2 berharap feedback dari sapa2 je yg terbaca post ni, benar ke ada fhmn2 songsang seumpama ni berleluasa sekarang? Just wondering...
4th topic:
BERIKAN SEMANGAT...
Sejak kebelakangan ni feel Cactus utk berkarya mcm zmn sekolah dulu2 tetiba je menerjah ke lubuk jiwa ini TAPI satu masalah la kalau nak buat story ni. Kalau dulu watak-watak lelaki & perempuan, Cactus cuma bygkan sendiri dan ambil dr pemerhatian org sekeliling tapi sekarang disebabkan Cactus dah bergaul & berkawan dengan skop lebih besar, Cactus takut ada watak2 tu mcm similar je ngan diorg. Alaa spoil la camni... Hahahaha... But do i care, my own story so ske atyla nak tulis apapun :P
Lepas ni, mungkin Cactus akan lebih kerap post cni, tp mungkin post cite khayalan terbaru Cactus... hehe
Lets dream with me >wif luv<
Tuesday, January 18, 2011
MIRACLE OF ALLAH TWO SEAS
Saturday, September 11, 2010
selamat hari raya :)

Thursday, May 13, 2010
..jodoh..

isu nih..walaupown lambat lg kita nak sampai..
aku rsa..kita patot taw..
dan mula berdoa drpd skarang agar kita dipertemukan dgn ROJUL SOLEH..
mcm biasa..aku dapat artikel nih dr www.tentangcinta.com
HAYATI.. dan RENUNGKAN..^_^
Artikel cinta ini telah disampaikan oleh saudara Adam Huud.
“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.
“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.
Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?
Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?
Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.
Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?
Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!
Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.
Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.
Tuesday, April 13, 2010
ada hikmahnya..
assalamualaikum kawan2 ..
tadi zea ada jalan2 kejap kat iLuvislam.com , pastu terjumpa la satu artikel yg zea rasa best and menarik untuk kita kongsi sama2.. so, macm tulip gak, zea pun copy and paste jer.. mybe ada yg dh tau, dan mybe ade diantara kita belum tau ttg perkara nie.. jom same2 kita baca..
Mengapa solat awal waktu?
Saudara,
Apabila azan dilaungkan maka frekuensi azan akan dirambatkan keserata tempat. Frekuensi azan ini akan menjadikan frekuensi sekitar ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Untuk memahami tentang frekuensi, sila rujuk artikel frekuensi yang saya jelaskan sebelum ini di sini.
Saudara,
Air merupakan salah satu makhluk Allah yang mampu untuk menurunkan frekuensi gelombang otak ke alpha dengan cepat. Kerana itu apabila kita berada di dalam keadaan marah, kita diminta untuk mengambil wudhuk agar kita menjadi tenang.
Begitu juga jika anak menangis. Kita boleh sapukan dengan air sambil meminta izin pada Allah dan berkomunikasi dengan air itu sendiri. Air juga makhluk Allah dan kita meminta bantuan air sepertimana kita meminta pada manusia. Ingatlah semua benda di dunia ini adalah makhluk Allah. Milik Allah.
Juga lagi jika kita berada di dalam keadaan stress akibat kerja yang banyak atau juga stress kerana study (baik untuk mereka yang sedang membuat PhD), minumlah air yang banyak. Air boleh menenangkan stress.
Mohonlah agar diberi ketenangan daripada Allah kerana Allah adalah pemilik kepada air dan diri kita. Mohonlah juga kepada air atas hubungan sesama makhluk iaitu kita dan air.
***
Berbalik kepada solat awal waktu. Apabila azan dilaungkan maka azan tersebut mampu menurunkan frekuensi persekitaran ke tahap theta yang paling rendah (deep theta). Apabila kita mengerja solat ketika ini dan ditambah dengan adanya wudhuk, maka frekuensi fikiran kita akan mampu turun sampai ke tahap theta ataupun sekurang-kurangnya alpha yang paling bawah (deep alpha). Ketika ini pastinya menjadi mudah untuk mencapai tahap khusyuk.
Deep theta + Alpha = theta atau deep alpha
Jika kita solat di tengah atau di akhir waktu, maka tenaga frekuensi azan ini telah berkurangan dan mungkin sudah habis. Maka agak sukar sedikit untuk mencapai tahap theta tersebut.
|
|
Tuesday, March 23, 2010
SIAPA.......KITA SEBENARNYA???????

Kita sebenarnya.......
Lebih gembira menyambut 1hb drpd 1 Muharram.......
Lebih tahu apa itu 14hb drpd 12 Rabiulawal.......
Lebih membesarkan hari Sabtu & Ahad drpd hari Jumaat.......
Lebih khusyuk mendengar lagu drpd mendengar azan.......
Lebih suka lepak+tido+tengok tv drpd solat.......
Lebih tahu tentang artis pujaan kita drpd nama2 Nabi kita.......
Lebih suka menyebut Hello+Hai drpd Assalamualaikum.......
Lebih suka menyanyi drpd berwirid+bertahmid.......
Lebih suka memuji manusia drpd Allah.......
Lebih suka membaca majalah hiburan drpd buku2 agama.......
Lebih suka ke konsert+karaoke drpd ceramah agama.......
Lebih suka memaki+mengumpat orang drpd mengingati kebaikan orang.......
Lebih suka mencarut apabila kita melatah drpd menyebut nama Allah.......
Lebih suka kemungkaran drpd berbuat kebaikan.......
Lebih bangga dengan kejahilan kita drpd bersyukur dengan keimanan kita.......
Lebih cintakan duniawi drpd ukhrawi.......
Tetapi bila ditanya arah tujuan kita.......
Kita pasti menjawab.......
Lebih suka menuju ke syurga drpd neraka.......
Layakkah kita dengan syurga milik ALLAH???????
Marilah kita perbaiki diri sementara kita diberi kesempatan oleh ALLAH.......
Thursday, March 11, 2010
...alahai..*sigh~~
Sunday, March 7, 2010
manusia oh manusia..

Saturday, February 27, 2010
bersihkan hati, muhasabah diri..

jadi hari nie, zea nak share satu crita yang zea dapat drpd buku Diari Nabi Muhammad S.A.W.. tapi crita nie,dh edit skit.. maksud still sama..
alkisahnya bermula begini..
Di sebuah rumah yang besar lagi mewah, tinggal sepasang suami isteri. Suatu hari, ketika mereka sedang enak menjamu selera, tiba2 datang seorang pengemis ke rumah mereka.. Si isteri yang berhati mulia ini berasa kasihan dengan nasib si pengemis dan berhasrat untuk memberi sedikit makanan kepada si pengemis. Lalu si isteri meminta kebenaran si suami untuk memberi makanan kepada si pengemis.. Namun, ternyata sikap si suami jauh berbeza dengan sikap si isteri.. Si suami naik angin.
* so, the moral of this story:
- jangan lah kita bermegah dengan harta dunia yang kita miliki sekarang, kerana ia hanyalah bersifat sementara..
- ingatlah, walaupun mempunyai harta dunia, setinggi gunung, seluas lautan, tetapi jiwa kosong dengan iman dan
takwa, hidup tidak akan diberkati Allah..
- jangan berkira ataupun berat hati untuk melakukan kabaikan, kerana Allah itu Maha Adil lagi Pemurah, setiap
kebaikan pasti dibalas kebaikan oleh Allah..
SAMA2LAH KITA HAYATI VIDEO DI BAWAH.. Yg baik datangnya dari Allah, dan yang kurang itu daripada kelemahan zea sendiri..
Monday, February 22, 2010
..penangan C.i.N.t.A~~

salam...Saturday, February 20, 2010
..leleh habis..


Wednesday, February 3, 2010
Wajah kita Anugerah Allah!!!
Ana bukan nk merosakkan mood kt bertujuh..tp ana serba salah klu x gtau apa yg ana baca nih dr sebuah artikel yg diambil dr lmn web islam...
Mungkin pas ni kt bley lbih privatekan lg gmbr kita bertujuh...
Terpulang, ana hanya mengikut keputusan majoriti...
Jgn think negatif plak, take it as positive walopun berat nk terima, key...
MUQADDIMAH
Terkdg bila melayari weblog2 rakan,m'jelajah ke dunia alam maya bagi manusia yg memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat weblog sesetgh muslimah, yg bertudung, yg menutup aurat, tidak segan silu pula memaparkan gambar masing2...
Tiadalah terlalu salah utk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun sygnya anda terlupa bhw gambar yg anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
MUSLIMAH & GAMBAR ADA APA DGNNYA???
Tidaklah tujuan saya utk mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah2 anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada org. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetgh mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dr pndgn umum? Muslmahku, dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta org yg melihatnya setiap hari.
Di klgn mereka ada yg bagus, yg menundukkan pandangan selaras firman Allah dlm Surah An-Nur "Katakanlah (Wahai Muhammad) kpd org2 lelaki yg beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (drpd memandang yg haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yg demikian itu lebih suci bg mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya ttg apa yg mereka kerjakan."
Namun, kita harus akui bahawa di kalangan jutaan org itu, ada yg hatinya sakit, ada yg jiwanya perit menanggung kesakita akibat terlihat wajah2 kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, kalau kita lihat gambar bukan main maju lagi. Dulu cuma setakat kamera yg perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjd kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yg sama kerosakan yg dibawanya penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah2 anda yg terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan yg bernama lelaki, yg beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yg sakit jiwanya akan mula mengganggu anda. mula memburu anda dgn SMS, telefon hatta mungkin mendekati anda, dgn tujuan memiliki anda...
Hanya kerana satu kesilapan yg mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bygn realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Namun kdgkala tertipu juga lelaki pd fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lg.Kalau itu mmg tujuan anda, anda tanggunglah sendiri. Tp kalau niat anda cuma berkongsi, dgn tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya hati2 lah!
PENYELESAIANNYA...
Andalah saja yg mampu menyelesaikannya, bukan org lain. Diri anda, andalah yg harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukan kehendak syariat dan ingin menutup pndgn org kpdmu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar2 menutup pndgn org trhdp andakah? Krn weblog2 dan web foto milik anda, seharusnya anda kecil2kan wajah2 anda dgn mengecilkan saiz gambar itu.
Byk cara yg boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah drpd yg tahu. Hindarkanlah aksi2 dan posing2 yg hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dgn rakan muslimah anda, lakukanlah scr tertutup. Elakkan posting yg boleh dilihat oleh segala macam jenis org. Kalau cara lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.
Ingat wajah anda anugerah Allah.
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yg layak sahaja.
Wallahu A'lam...
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan...

