Showing posts with label friend. Show all posts
Showing posts with label friend. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

AkU yAnG 21 >.<"

Assalamualaikum w.b.t.

Fuhh! Lama gilerr Cactus tak post kat blog ni. Bagi tahun 2013 rasanya ni post pertama kan?! Hoho ^0^


EXAM vs BIRTHDAY

Syukur Alhamdulillah pelatih batch Cactus lulus dengan jayanya dan berjaya sambung sem 4, kami dah nak exam midterm dah pun. Hadiah bagi ulangtahun Cactus yang ke-21 memang terbaek. Hari pertama exam subjek paling susah pulak tu jatuh pada hari jadi Cactus... Wuuu :"( 
Masa matrik dulu, kuiz penting jatuh pada besday Cactus gak sampai sorang pun tak ingat. 
Tahun lepas jatuh pada hari kelas English, terharu la sebab satu kelas wish. Hoho~ 
Tahun ni harap-harap Cactus dapat result terbaek sebagai hadiah hari jadi ^ ^


DREAM GUY vs EXIST?

Part cinta serta hati dan perasaan pastinya takkan terlepas dari post Cactus. Hehe... Dulu Cactus aim nak nikah sebelum umur 25 tahun at least lepas grad ni ke(berangan je la). Sekarang Cactus dah malas nak berangan sebab macam mustahil je. Lainla kalau sebenarnya memang dah ada jejaka misteri yang tunggu masa nak on hantar pinangan kan. Hoho..

Kakak Cactus takut Cactus nikah lagi awal dari dia, macam yakin je adik dia ni dah ada cik abang. Pastu Cactus pun menyakatla, "Habislah akak, pilih antara dua je la. Kita buat majlis nikah serentak(jimat kos) atau adik kawen dulu :P" Makin berkobar-kobarla kakak Cactus nak kumpul duit nak nikah tahun depan dengan jejaka pilihan dia. InsyaALLAH.

Seriously I keep and save my love just for my "mate" however when that time(nikah) come in the future, I really hope I can give my love that I keep securely without letting other guy snatch that feeling. And of course I hope that when my "mate" decide to be my husband, he will swear he won't hurt me or betray my love. If I'm being betrayed, I think I can't be fall in love again.



FITNAH vs SENIOR
P/S: BACA NADA BUKAN SINIS. NADA BIASA. POSITIF OK.

Memang tahun ni Cactus dan teman-teman lain diuji dengan berat. Hanya kerana satu kesilapan teman Cactus tapi teman Cactus dah mohon maaf walaupun sebenarnya teman Cactus tu tujukan pada orang lain yang takda kaitan pun dengan kolej kitorang tapi sebab senior kitorang buat kesalahan yang serupa dengan orang lain tu, maka malam gelap itu teman Cactus serta beberapa teman-teman lain yang sedang sibuk buat assignment diserang dengan teguran dari senior. Alasannya bahawa post teman Cactus akan menjejaskan markah orang lain tu ada benarnya. Cactus pun tak sokong post tu. Malam tu jugak teman Cactus dah mohon maaf pada orang lain tu dan padam postserta merta. Tapi lain pulak alasan senior kitorg ni datang serang. Mungkin diorang terasa macam kata pepatah "siapa makan cili akan terasa pedasnya". Mungkin jugak diorang ingat junior-junior diorang nih(batch Cactus) mengadu pada warden sedangkan pada hakikatnya kami langsung tak mengadu apatah lagi sebut tentang senior. Bolehkah diorang ni dikategorikan sebagai perasan? Cactus tak ada di tempat kejadian masa kejadian serangan berlaku, lepas senior dah balik baru Cactus tahu. Kami sangkakan perkara ni dah selesai sebab kawan-kawan Cactus yang tak terlibat serta blur habis dengan apa yang berlaku pun minta maaf berkali-kali pada senior sebab tak nak panjang cerita. Yelah, benda boleh selesai kan.

Sangkaan kami meleset sama sekali, keesokannya keadaan jadi makin parah dengan wujudnya watak tambahan batu api dan penyebar fitnah. Ada seorang senior lelaki yang 'konon'nya muncul sebagai pendamai post sesuatu di wall fbnya dan para penghasut serta pemfitnah galak berkomen disitu. Malah senior lain yang tak tahu cerita sebenar dan percaya 100% dengan teman mereka tanpa siasat hujung pangkal turut meluahkan nasihat,pandangan dan tak kurang juga ada yang komen kasar pastu melalut buat kesimpulan yang takda kena mengena. Selepas senior lelaki itu tau cerita sebenar dari teman Cactus yang post tu, nak tahu apa nasihat dari seorang abang kononnya. Walaupun dia dah tahu teman Cactus serta teman-teman lain yang tak terlibat dah mohon maaf pada senior, tapi ayatnya simple dan amat berat sebelah. Lebih kurang macam nila, "Pergi minta maaf dengan senior face to face. Settle perkara ni." What the? Nak suruh minta maaf berapa juta kali, semalam tu bukan face to face ke? One more, siapa yang start bangkitkan hal ni? Ke nak suruh buat persidangan akhbar jumpa minta maaf depan-depan? Nampak tak permainan diorang disitu? Mujur rakaman suara serangan malam tu tak jelas, kalau tak, memang kalau diorang ungkit lagi(masih ada yang tak puas hati), memang kitorang pasang rakaman suara tu. Tapi bak kata orang no prove, no talk. So, we just shut our mouth.

Cactus pun tak terlepas dari bahan diorang gara-gara Cactus post trademark femes Johan Maharaja Lawak sekadar gurauan. "INI SEMUA POYO" dan rasanya kalau korang tahu salasilah kes ni pun korang rasa  nonsense and poyo abess. Kalau tuan empunya badan yang melenting sorang-sorang, bolehlah diterima kan tapi ada pulak batu api yang memang suka putuskan silaturrahim join komen dan orang yang sama pulak tu cari pasal dengan Cactus(orang yang buat hal dengan Cactus masa sem 2 dulu) serta konco-konco batu apinya. Padan sangatla. Kalau ikut bisikan syaitan memang Cactus balas je semua hinaan serta komplot diorang. Tapi difikirkan balik, kesian sebenarnya diorang ni. Yelah, kalau dalam psikiatrik ada sejenis penyakit psikiatrik yang memang dia rasa pendirian dia je betul, orang lain salah dan takkan boleh ubah pendirian dia. Tak sangka berjangkit juga simptom tu kan.

Paling Cactus terasa dikhianati, ada seorang lagi senior lelaki yang Cactus sangka dia memang faham apa maksud yang Cactus nak sampaikan dalam komen tu, tapi sebaik saja Cactus berterima kasih pada dia sebab tolong jelaskan keadaan, dia dan semua geng perempuan batu api tu keluar komen bertubi-tubi meraikan kemenangan diorang berjaya mem"fool"kan Cactus. Mujur masih ada sisa kesabaran dalam diri ini. 
Cactus berharap sangat senior-senior yang terlibat dalam menjadi batu api dan sebar fitnah yang diorang sendiri tak pasti, tolonglah jangan tunjuk sangat kebodohan tu kat fb. Ashame yourself! Mungkin bagi diorang, diorang berjaya mem"fool"kan Cactus serta memburukkan budak-budak batch Cactus dengan labelkan kami "KURANG AJAR, TAK HORMAT SENIOR" namun bagi orang yang menggunakan akal fikiran serta hati yang terang dan waras, pasti malu melihat kebodohan yang telah dilakukan mereka-mereka ini. 

Tapi Cactus yakin, bukan semua senior macam mereka-mereka yang terlibat jadi batu api serta pemfitnah ni.  Macam setandan pisang, bukan semua busuk. Yang busuk kadang-kadang 3 4 biji je, yang lain pun kena tempias. Dan Cactus nak sangat berterima kasih pada mereka-mereka yang tak mudah percaya pada sebelah pihak. Kami teraniaya, dan pasti semua tahu doa orang yang teraniaya dimakbulkan. Secara jujurnya, Cactus hanya minta satu perkara je dari kejadian ni, Cactus dan kawan-kawan lain harap sangat senior-senior lain yang cuma dengar khabar angin dan masih terbuka hatinya untuk mengetahui kebenaran akan tahu juga kebenaran satu hari nanti.Paling Cactus akan hargai sangat-sangat kalau ada senior yang tanya terus dengan kami kejadian sebenar. Sungguh sedih dan terkilan bila dilabel kurang ajar apabila selama ni kita hormat mereka. Umpama bagi susu dapat tuba. Jadi kami pilih jalan untuk mendiamkan diri kerana diam lebih baik dari berkata-kata. Diam tak bererti kalah. Tak gitu?


SECEBIS HARAPAN DAN PANDANGAN

Cactus tak suka la suasana janggal dengan senior. Bukannya apa, in the future kan nak kerja sekali jugak. Kalau sekarang dah ada dendam kesumat serta salah faham yang tidak diperbetulkan, takkan nanti kalau kerja sepejabat nak masam muka kot. Walaupun luka kat hati kitorang takkan terhapus sampai bila-bila, tapi tu tak bermakna perlu bermusuh atau membenci.

Senior lelaki dua orang tu la yang paling Cactus kecewa sangat-sangat dengan sikap diorang. Kalau perempuan emosional, sukar untuk dinasihati, suka cari pasal. Diorang sebagai lelaki patut berfikiran lebih rasional dan adil. Kalau betul nak jadi pendamai, jadilah pendamai yang amanah, jujur, telus, adil. Bukannya join perempuan yang memang tengah emosi abes tu lepas tu tolong memperhebat lagi api kemarahan. Apa punya pendamai macam tu? Umur BUKAN lambang KEMATANGAN. Just bear that in mind! KEPUTUSAN dalam menyelesaikan sesuatu masalah, barulah akan menunjukkan TAHAP KEMATANGAN seseorang.

Kadang-kadang orang sengaja mencari salah orang lain dan ambil kesempatan memperbesarkan sesuatu isu sebab kepentingan sendiri atau agenda tersendiri. Dendam lama mungkin? Cemburu? Tak puas hati? Mahu perhatian? Who knows what is in people's mind right? Oleh itu, jangan pernah cuba jolok sarang tebuan kalau tak mahu terasa sengatnya. What you give, you will get back. I just want PEACE and HARMONY life with other seniors at least. Kalau yang benci Cactus dan teman-teman Cactus, terpulangla nak PEACE ke WAR. Yang pasti, takda masa nak layan WAR masalah yang boleh setel kejap je. Cukup-cukupla negara tengah alami peperangan menumpaskan penceroboh (pengikut Sultan  Kiram) tu, tak payah baik hati sangat nak tambah warna warni peperangan.

Andai ada orang yang Cactus tulis disini, secara sengaja atau tak sengaja terbaca post ini. Fikirlah positif, jangan berfikiran sempit. Ini teguran dari seorang insan yang anda anggap kurang ajar. Andai apa yang Cactus lakukan ini kurang ajar dan menyakiti hati mana-mana individu, Cactus mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tak ada orang yang kenal identiti anda melainkan anda yang expose sendiri.Kalau sendiri buat salah, jangan tuding orang lain, ok.

Sekian, wasalam ^ ^
Salam perpaduan, salam perdamaian dari seorang insan.






Thursday, August 30, 2012

KECOH RAYA CACTUS 2012


Assalamualaikum w.b.t.

Yeah! Cactus kembali dgn kisah beraya sakan… Hoho~

Sehari sebelum hari raya…

Cactus sampai kat Stesen Bas Kulim ngan Wan Su (rumate tercinta) dalam pukul 9.13pagi camtu… Gilerla perjalanan yg sepatutnya cuma 8j je jadi  10j 15min gara-gara “jem” raya… Papepun asal sempat smpi umah sblm pagi raya, syukurlah J

Ni video menyambut kepulangan cactus ke kg. halaman… kakak cactus smpi stgh jam awl, dia punye keje la merakam video ni… rasa cam artis plak..hoho…

Pastu cactus & my sis yg baru tiba dr JB ke tandas utk cuci muka ala P. Ramlee sbb kitorg nk pegi shopping raya last minit.. Kalau x bagitau, takkan ada org tau km dua org xmandi..hehe


Tgok van putih cute blkg tu… Tu kenderaan feveret abah cactus… Almaklum bley angkut mknn lembu sekali on the way balik “kebun”.. hehe.. Hah! Beg plastik pink bunga2 tu lak baju raya utk abah cactus yg dibeli di Larkin…


Ni kakak cactus yg duduk JB gak tu… saje pose kat baju tu, padahal dia ada dh baju raya… Kak Ayu ni plg “keding” antara kami adik beradik sbb tu dia suke pggl cactus “gemuk”… huh =.=”


Eh! Ni bkn “pampers” utk cactus ye.. ni kitorg shopping “pampers” utk icha (anak sedara cactus yg Penang).. almaklumla icha pun nak “pampers” raya juga…tapi malangnya “pampers” promotion sume dh abes… isk3


MALAM raya…

Nilah Icha atau nm penuhnya Nur Afina Alisya… Cactus tolong kakak Cactus yg sulung (Kak Ina) buat Almond London, si kecik Icha ni pun tlg gak, tlg men”comot”kn… (teringat Cactus masa kecik2 dulu kacau mama Cactus wat Almond London.. sejibik..haha.. bgus2, Icha ikut jejak acik)


Nilah family Cactus… Belakang dari kiri: Mama(my biological mom), Abah(my biological father), Mak(my step mom) Depan dari kiri: Aku(single), Kak Ina (my first sister-married) & Kak Ayu (my 2nd sister-single)
Sepatutnya Cactus ada abang plg sulung tapi tahun ni dia xbalik beraya, almaklum dh kawen… gilir2 la balik umah mertua plak…


HARI raya 1ST

Pagi raya, cactus pakai jubah lama je, selendang tu je baru beli smlmnya.. Kak Ayu la yg dandan Cactus ni, harapkan Cactus tobat tak berfesyen la…


Wee… Abah pakai baju yg cactus hadiahkan… psgn anak beranak plg ideal raya ni…hoho~ korg ade?

Mak & abah yg romantis di pagi raya…muahahaha~ jgn jeles aaaa…

Lepas beraya di kebun, kami pun bertolak untuk beraya di rumah tok ayah di Permatang Pauh, Penang.


Ni sepupu sepapat tiri Cactus… sbnrnya ramai, tp ni je hantu bergambar.. pantang ada kamera, adala diorg…


Tok ngan tok yah tiri Cactus… Cactus dah xde atuk ngan nenek belah mama ngan abah, tapi Cactus ada diorg…


Ni semua sedara mara tiri Cactus… meriah giler la… mcm nk pecah rumah tok yah… hoho

Ni video asal yg dirakam secara tak sengaja (Kak Ayu tertekan video rakam) di waktu maghrib depan rumah tok yah… video ttg penampakan langsuir… kitorg dh try positif thinking tp mmg “benda” tu la… 1st sedara mara km xda yg pakai baju putih, pastu plg penting sume yg berbaju kurung pakai tudung tp lam video tu, “benda” tu berambut panjang paras dada… Wallahualam…

But then my cousin yg tau komputer & kamera tell something dan inilah hasil edit serta kajiannya >>> ghost on eid mubarak


Raya KEDUA…

Hari raya kedua Cactus beraya kat Penang(pulau) pulak sebab nak beraya ngan 7Flowers… Weyh ni kisah pasal korg lak… Haha akhirnya… Sepatutnya Cactus ada kat umah Dahlia pukul 9.30 pg tapi Cactus terlajak tido pulak lepas solat Subuh(konon2 tido kejap je) maka Cactus smpi umah Dahlia pukul 10.30 pagi camtu… Sempatla Cactus melantak sarapan pagi kat umah Dahlia, Dahlia pakai baju ala2 mak datin gtu (ada gaya dah tu)… Pastu Tulip ngan Mawar pun sampai… Mawar memang bergaya abes arr (pemandu pelancong la katakan), Tulip still dgn mulut banyaknya (no wonder u gonna be a lawyer)…Yg “drive” adalah Tulip, si kecik molek tu… Kami pun menuju ke rumah Orkid…



Sesampai je kat umah Orkid, mcm nk roboh umah die… Cian… Dgn mulut Cactus lagi, mulut Tulip lagi dh cukup meretakkan dinding umah Orkid.. Ngeh3… Pastu Cactus ngan selamba ‘katak’nya mintak tapau kueh raya kat Orkid sket, xsangka Orkid bg satu tupperware trus… Sugan mugan I (blushing2)..hahahaha



Then, alang2 Tulip hantor Cactus balik umah, diorg beraya trus umah Cactus… Dikesempatan ini, Cactus nak minta maaf kat korg sbb rumah Cactus ala-ala  rumah bujang je… almaklum xsempat nak shopping barang2 raya utk umah kat Penang(pulau).. Cactus shopping utk umah kat “kebun” je.. huhu… Sory fren…

Tapi raya ni pun still xcukup 7... sorg kat seberang(pulau) (Lavender), sorg lg kat Terengganu (Lily)… P/S: Lily kalu nak nikah, nikah kat Masjid Kristal… berdesup aku datang…hahaha

Raya KETIGA…

Cactus balik pulak ke “kebun” kat Karangan,Kulim Kedah sebab nak wat “open house” esok harinya… Kami memborong bahan-bahan yg perlu utk masak mee kuah “kaw” air tangan mak...

Raya KEEMPAT…

Pagi-pagi lagi kami dh “busy” wat persiapan bahan-bahan utk masak mee kuah udang…  Fuhh mmg happening arr… Petang nke malam baru tetamu datang…

Dah siap sume, kami hidang kat luar di bawah pohon epal hijau… betulla, ni pokok epal hijau... xcaya tengok nih…


Epal baru nak besar, xbesar lg… sapa nk rasa epal kebun abah Cactus, jom ikut Cactus balik sini…Cactus dh edit letak bulat merah kat buah2 epal tu, ntahla korg nmpk ke x...

Ni kami sefamili… mesti korg pelikkan mana hilangnya mama Cactus… mama Cactus keje shift kat airport jadi klu tyme xde pic mama Cactus tu maknanya dia keje la tu… bg family Cactus, Kulim-Penang(pulau) tu mcm dr hostel ke kelas je… klu kengkawan yg dh kenal Cactus pun belum tentu tau di saat dan jam ini, Cactus berada dimn… Call kejap kat penang, kejap kat seberang, kejap kat kulim pastu kejap lg kat penang balik…. Utk famili Cactus, xde yg peliknya… So 7flowers kalu nk meet together2, gtau je… InsyaALLAH berdesup Cactus smpi…

Ni family kakak 1st Cactus… Kolam ikan pun jadi tmpt bergambar… hoho


2 dara pingitan bersama sorg mak dara… hehe…


Cactus dengan lembu kesayangan hamba… Nampak cam “cool” je kan… sebenarnya Cactus ngan kakak Cactus buat2 berani je…. Nampak x anak lembu tu pandang Cactus lain mcm je, kalu kena sondol, beraya kat hospital la Cactus..hoho

Raya KELIMA…

Takyah nak terkejut sgtla… kali ni cactus ada kat penang(pulau) pulak… Janji ngan geng2 hostelite mashoorian kul 9 pg tapi Cactus yg kepenatan wat open house semalam baca mesej kul 10 pg… Bayangkan berapa lama dorg tggu… Sementara nk bersiap ngan mandi manda lagi, kul 10.45 pagi, Cactus pun sampaila kat umah Wani(mashoor)…

Pergh! Jadi alien pulak Cactus kali ni.. diorg sume pakai kasual je, Cactus siap berkurung bagai… adeihh… rupanya kitorg bkn setakat nk beraya je ary ni, nk main boling skali… Yeah geng2 ustazah rock men boling tu.. xcaye ke? Apalagi terpaksa la Cactus pinjam seluar slack adik Wani(naseb muat), baju Cactus pakai baju kurung tu jep cuma tukar kain je…



Lepas diorg tggu Cactus melantak spageti kat umah Wani, barula kitorg start trip beraya naik bas ke shopping complex Bukit Jambul atau nm glemernya (BJ)… Fuhh lama giler xnaik bas Rapid… Kenangan tul… Riuh mcm pasar di buatnya… Almaklum sume mulut murai…

Sampai je kat BJ, kitorg start berpecah nk shopping2 kejap pastu baru men boling.. Cactus kompem la jalan ngan Asma(kwn kamceng sekepala sama kasar serta mulut byk cam Cactus)… Mula2 Cactus teman dia beli beg silang, pastu dia kena teman Cactus beli komik kat Popular… hamek kau, abes RM40 utk komik… mmg hantaran kawen pun, Cactus nk mintak baucer beli komik… :P kui3

Habis je shopping komik, Cactus ngan Asma lepak kat tempat boling… penuh jejantan Indian je… pekerja lak mat bangla… eleh Cactus kan “kak long kawasan” kononla, Asma tu pulak “mafia pendek”, so ada kitorg kesah~
Setelah hampir berjambang kami dua org tggu, pekerja boling tu pun dh ulang alik berkali-kali kat kami dua org sebab suka suki lepak ctu baca komik, akhirnya tibalah tuan2 puteri lain…




Main boling sorg RM 5.50(sekali kasut), ok arr tu (harga standard)… Kami conquer 3 line (total 11 org), line Cactus je 3 org, lg dua line 4 org… sbnrnya kami sume mmg xreti main boling, takat golek2 gitu je la… tp yg paling hampeh main boling si Asma tu la, dia baling bodo2 je tp at last antara kami 11 org, dia paling top (asyik strike je)… Very lucky la…Cactus dpt tempat ketiga(tu pun sama markah ngan Nad) huhu… kurang Luck la…

Pastu kitorg men game plak… penuh ngan dak2 skola rendah ngan dak2 ntah pape je kat ctu, ada kitorg kesah… Cactus men game tembak2, kalu Cactus main mmg feel abes… rasa cam real je game tu… no wonder budak2 skola tu pndg pelik je kat Cactus… aiyakk… pastu Cactus main game race keta lak, mmg feel abes la… Cactus langgar sume yg ada… best sungguh accident lam game sbb bley idup balik…hahaha

Kwn Cactus dgn kejamnya pggl  Cactus “Ustazah NorBahiyah main game”, baru Cactus sedar penampilan Cactus agakla mcm ustazah2 sikit… eh ingat ustazah xmain game ke? (baru fhm nape budak tu pndg pelik =.=”) naseb men game keta, ikutkan aty, nak men game moto yang senget2 tu…hehehe

Habis shopping utk kali akhir sblm sambung beraya ke umah Atylia(bakal ustazah), kami pun meneruskan perjalanan naik bas ke sana… On the way jalan kaki masuk umah Atylia, asyik bergambar je diorg ni…. Mentang2 Wani ada DSLR… ckp je pose apa yg x amek, lompat2 sume ada… 



Sampai je umah Atylia, mmg Cactus makan sepenuh aty, lapar giler… last mkn spagethi je pg td… Memang kami suma mkn nasi tomato dan mee goreng smpi licin sungguh2 pinggan tu… Pastu sume “kalut” nak balik sebab dh kul 6 lebih… Dh smpi kat bus stop baru Cactus teringat komik2 kecintaan Cactus tertinggal kat umah Atylia, wuuuu… nasib Atylia sedar Cactus tertinggal barang, jadi dia pun delivery komik naik moto… Selamat komik ku… cup cup cup(ciuman utk komik yg terpisah sebentar)
Maghrib baru Cactus smpi umah… Naik bas mmg ginila gamaknya… 

Pastu kakak Cactus yg tggl kat Balik Pulau tu ajak kuar mkn kat Nasi Ayam Mis.Ai depan umah Telok Kumbar, Cactus pun join… Lepas mkn, kami sefamilia jln2 di tepi pantai kat depan Queensbay(QB).. Cuci mata sungguh… Byk kapel lepak ctu, xkurang jugak famili2 yg siap pasang khemah wat barbeku… Mat2 moto pun berkenan sungguh tepi pantai tu.. rasa mcm nk tlg jualkn je moto diorg… ngeh3


Mlm tu juga, abah call bgtau mak cik Cactus(adik abah) sefamili dr KL nk dtg umah, kul 12 mlm insyaALLAH smpila depan umah Teluk Kumbar tu… Nasibla abah Cactus x ikut km jln2 tepi pantai, jadi dptla abah siap sedia kat umah… Mama Cactus keja shift malam… Sblm kul 12 mlm, Cactus balik umah, siap2 bentang tempat tido kat diorg… Tak lama pastu diorg smpi… lepas salam2 sume, Cactus masuk tido trus… Ngantuk gilerr arr dr pg nonstop berjalan…


TERNGIANG KEJAP…

Lepas sembang2 pasal kenduri kawen Najmiya, tergosip pulak pasal Cactus yg dr dulu excited sgt nak kawen tp still bujang;

Kwn: Hang pakai cincin tu mana ada laki berani dekat. Mesti depa ingat hang dah kapel ke tunang ke…

Me: Kalau hati dah berkenan, makwe orang pun sanggup rampas… Selagi xjadi bini org, berusahalah… Apa kes mengalah sebelum berjuang… Lelaki nak buat pakwe memang senang je nak cari, lelaki nak buat suami? Ada? Berapa ramai laki kat dunia ni yg sanggup jumpa mak bapa pompuan yg dia berkenan tu dan lamar terus? Satu dlm sejuta tu…Lam novel ada la…

Motifnya..hmm.. motifnya, xyahla risau sgt pasal jodoh cactus, korang tu setel hal korang dulu...Cactus tak sampai tahap terdesak lagi, kalu terdesak dah lama Cactus sapu je pak cik tua pun :P

Raya KEENAM…

Pagi2 lagi, sepupu-sepupu Cactus dh terjun dalam kolam renang…Bukannya Cactus xmo join tapi Cactus xpandai berenang.. huhu.. takat tampan tangan dalam kolam pura2 berenang bolehla… sob3… Cactus pandang je la kolam renang tu tanpa mampu berbuat apa2… wuuu :’(

Kalu bertandang ke umah Cactus di Penang, bawakla baju spare kot2 nak terjun kolam… Untunglaa kalu korg tau berenang… Dun wori, bley pakai tshirt biasa je, peraturan kolam cni xketat sgt…

Tghari tu barula kakak Cactus yg Balik Pulau dtg mkn tghr… Lepas mkn tghr mak cik Cactus sefamilia pun bertolak balik…

Senyummm :D

Me & Saeidah(cousin)


Raya KETUJUH…

Patutnya hari ni kenduri kawen kawan mashoor kitorg(Najmiya), dialah org 1st kawen utk batch kitorg… memang Cactus excited sgt2 nk pegi kenduri dia... tapi dia buat kenduri malam.. tmpt pulak jauh di penghujung pulau sblh sana(umpama hujung utara nk ke hujung timur pulau) … 

Hah! Si baju biru tu la kawan kitorg, Najmiya tapi xde pulak gmbr husband dia... Low profile sgguh. Mcm xcaya je dia dh kawen...

Cactus dlm dilema nk pegi ke tak sbb esoknya kakak Cactus yg JB pulak nak balik… Last2 Cactus tanya Dahlia, Dahlia pun xpergi, Cactus pun tak jadi la nak pegi… Takpelah, Cactus doakan jodoh Najmiya dengan suaminya berkekalan hingga akhir hayat.. Aaminnn. Maka Cactus pun follow mama Cactus ke Kulim.


Raya KELAPAN…

Pagi2 lagi kami sefamilia bangun bersiap-siap nak hantar Kak Ayu naik bas pukul 10.15 pagi…  stesen bas Kulim tu kecik je, so tmpt parking pun terhad… Van cute abah Cactus dpt parking, tggl keta cute Kak Ina je xdpt parking… Cactus ngan Kak Ayu pun jaga la satu petak kosong ni… pastu depan keta Kak Ina ada satu keta… Kami lambai bg isyarat masuk kat Kak Ina tapi keta depan tu slh fhm ingat Cactus yg pakai beg selipang ni penjaga parking, so dia “kalut” la park masuk.. pastu Kak Ayu tunjuk tanda keta belakang, kesian keta tu dgn malunya bergerak keluar.. Maafla kami xsengaja nak malukan.. Ampun ya pak…

Cactus pun lambai melambai kakak Cactus berlalu pergi… Sempat lagi ‘pose’ sbnrnya.. hehe~ Pastu barula kami pegi sarapan roti canai mamak… Kak Ina ngan abg ipar Cactus serta mak Cactus balik penang… Cactus, abah ngan mama stay kat Kulim sebab mama nak pegi kenduri kawen anak kawan dia kat Nibong Tebal… Kitorg pun tukar baju kurung dan pegi makan kenduri… J

Raya KESEMBILAN…

Mama Cactus balik Penang sorg2 tghri mcm tu sebab Cactus dah janji nk jalan2 raya ngan Wan Su(rumate KSKBJB) ngan Tikah(klasmate KSKBJB) ke rumah Husna(pesakit kental KSKBJB…haha) di Sg Petani raya kesepuluh(esoknya la)… Lagipun mama Cactus keje shift petang… Cactus tinggal ngan abah Cactus je la…

Raya KESEPULUH…

Cactus pegi umah Wan Su(my baby anje kiko) kat Kulim kul 1 ptg, xlama pastu tikah & hubbynya tiba. Pastu apalagi, kitorg melantakla bihun mantopp mak Wan Su... Ohoho...


 Ni depan umah wan su, tgok mak wan su join kitorg kan nmpk cam 4 dara pingitan tu,,,hehehe

Dlm kul 3ptg gtu barula kitorg bertolak ke Sg. Petani utk ke rumah Husna... Ntah hapela yg dimasak mek sorg tu dr pg smpi ptg xhabis2 masak lg...ahahaha(mcm perdana menteri nk dtg plak gayanya) Kitorg yg "baik" ni saja gelabah biawak kan si Husna tu, ternyata mmg jd biawak hidup sungguh, sbb busy masak pnye pasal smpi xsempat mandi...hoho(maap una maap)Sesampai disana mulalah gosip kami (sok sek sok sek.. nak tahu apa dia? biarlah rahsia...muahahaha) Thanx dasyat utk drebar ksygn Pn Tikah iaitu cik abg Dunhillnya... hehe~


Wow! sedondon tu~

3 sweety fruity gurlz

Fon bleyh cakap tu... Perak-perak(bahasa utara)

Happy family tree :)


Taraa! Henpon baru nih..ahakksss

Yg penting upin ipin kat belakang tuh.. hehe



RAYA KESEBELAS...

Pagi-pagi lagi Cactus dah mimpi sesuatu.. Cactus mimpi yang kolej Cactus ada buat penyingkiran macam AF atau MasterChef tu.. Guess what, org yg tersingkir adalah Cactus... sedey gilerr la.. huhu tapi yg kejamnya klasmate Cactus hepi je (dak bujang lapok tu paling hepi Cactus tersingkir,sebok je masuk mimpi org :P)...huh! kejam gilerr tapi yg lg pelik nape classmate Cactus bercampur ngan kwn2 highskul??? ahaha.. Lagu yg mengiringi penyingkiran Cactus adalah lagu... ace teka.. lagu feveret Cactus yg di videokan oleh sportshoes comel iaitu lagu "Untuk Dia"... hoho

Namun dlm kegembiraan pasti ada terselit kedukaan. Hari ni famili kami terima berita mengejutkan dari Johor, mak cik Cactus di Kluang meninggal dunia dalam pukul 9 malam... Innalillahhiwainnailaihirajiun. Al Fatihah buat rohnya...


END OF STORY…

Syukur Alhamduillah setelah line wat hal byk kali sgt2, akhirnya siap jugak nukilan Cactus untuk kali ni. Nilah sebab musababnya Cactus tak online lama agak-agak dalam seminggu lebih la… Busy gilerr + line hampeh  + too many things happen...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
+
SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 55