Showing posts with label happy. Show all posts
Showing posts with label happy. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

Missing people O_o?!

Assalamualaikum w.b.t.

Akibat keboringan yang melampau sebab cuti semester dan diganggu oleh makhluk-makhluk yg dah lama Cactus kenal tapi tak pernah mention diorang di sini walaupun diorang memainkan role yang penting dalam kehidupan Cactus di matrikulasi semasa semester 2 dulu...

Of course perkenalan kitorang teramatlah singkat. Just 6 month. Tapi ukhuwah selepas matrik tetap terjalin.
They are paparazi for me.

Opps tak dilupakan juga kawan-kawan Cactus masa semester 1. For me, they quite gentleman dan tak senakal & paparazzi kawan-kawan semester 2 =.=" 
Cactus rasa antara para lelaki yang Cactus kenal, geng-geng semester 1 ni je la yang layan Cactus macam pompuan walaupun perangai Cactus sama je mana-mana semester pun. Masa semester 1 ni la, Cactus kehilangan 2 orang classmate sorang laki sorang pompuan yang dapat tawaran SPA jadi MA & nurse. Kitorang sempat kenal tak sampai pun sebulan tapi ukhuwah kitorang bertiga sampai sekarang macam kenal dari kecik je. Padahal berbual dekat FB je pun.

Okey now let's start from Semester 1 my group F2T5B...

Sejujurnya Cactus amat sayangkan diorang, classmate yang nakal,ceria & sporting bagai. Kami tak pernah gaduh. Rapat macam adik-beradik. Pengajar MUET kami terlebih sporting & mungkin terlalu letakkan harapan tinggi pada Cactus. Sehinggalah apabila Cactus terpaksa membuat antara dua pilihan, pilih ijazah atau diploma under KKM. Gara-gara Cactus tolak untuk sambung pelajaran untuk ijazah selepas bersusah payah bergelut di matrikulasi, pengajar yang paling baik bagi Cactus berasa amat kecewa dan tidak dapat terima keputusan Cactus dan beliau menyatakan ketidakpuasan hatinya di laman Facebooknya yang mendapat sambutan komen dari tenaga pengajar lain serta ahli keluarga beliau seperti goreng pisang panas. Semuanya komen negatif dan menganjing keputusan Cactus. Waktu tu Cactus sedang menjalani orientasi di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bharu. Cactus kuatkan hati membaca satu persatu hinaan serta komen negatif terhadap Cactus. Bagi Cactus, tindakan mereka yang dewasa amatlah tidak matang. Apa yang lebih meruntunkan hati Cactus, Cactus cuba untuk memohon maaf dan berbincang personal dengan beiau tapi beliau langsung tak layan Cactus tapi sibuk mengata di Facebook membalas komen-komen teman-temannya. Dan memang sengaja dia ingin tunjukkan pada Cactus semua itu kerana beliau ada tulis disitu semoga pelajar yang diperkatakan ini sedar. Paling menyedihkan semua yang ditulis oleh pengajar tersebut dibaca oleh teman-teman sekelas dan mereka amat tahu post itu memang ditujukan pada Cactus kerana pada masa itu hanya Cactus yang ditawarkan SPA. Mereka jadi serba salah antara pengajar yang dihormati & rakan sekelas. Secara personal mereka mesej kata-kata semangat dan menyuruh Cactus bersabar. Oleh kerana Cactus mahu mengelakkan diri Cactus dari "down" dan melakukan perkara yang tak sepatutnya serta tidak mahu teman-teman Cactus dalam dilema, Cactus terus block Facebook beliau serta keluar dari group kelas kesayangan Cactus. Kata-kata Cactus pada mereka " Persahabatan kita takkan terjejas dengan masalah ni tapi kalau korang nak aku terima teacher macam sebelum ni, memang aku tak mampu buat." Cuma Cactus mampu maafkan dia walaupun dia dengan tenangnya boleh berlakon cakap dekat kawan-kawan kenapa Cactus block dia. Such a good actress. Terang-terang dia post kat wall dia yang semua akan baca dan pastinya orang yang rapat amat mengenali post tu buat siapa sebab kata-katanya amat jelas lagi terang ditujukan pada siapa. Kerana dia seorang membuatkan Cactus ingin melupakan matrik namun kawan-kawan di sana tetap dihati. Tolonglah padamkan kenangan pahit ni. Huhu :'(

Sweet memories of Semester 1

All of us ^_^

Sweet moment :-)
Only us left :'(

Let me introduce one by one ok >_<

Cactus kenalkan dengan yang dua orang dapat tawaran SPA dulu la kan...


# Nama Ayu seayu tuannya
# Orang Aloq Staq, Kedah
# Bukan setakat peramah, kecoh takdak tahap punya sebab tu bleyh geng gila-gila ngan Cactus
# Dia ni hotstuff buakan setakat dalam kalangan para calon suami, bahkan makcik-makcik cukup berkenan nak amek dia buat menantu sebab ramah sangat
# Beliau kini jururawat di Hospital Alor Star, Kedah




# Dia Sham tapi bukan Sham Kamikaze
# Orang Pasir Puteh, Kelantan
# Dia ni nakal + gentleman la kot
# Sekarang dah jadi Medical Assisstant kat Hospital Kuantan


Ni pulak kawan-kawan lain:


# Ni Cik Ieda, kamceng gilerr ngan Cactus
# Asal Jerteh, Terengganu
# manis dan hotstuff gak
# kami banyak kongsi rahsia bersama masa matrik
# Sekarang dia study kat UNiMAS




# Minah ni Ika, Cactus panggil dia Cecikak >_<
# Dia ni sama negeri dengan Cactus iaitu Kulim, Kedah
# stylo, kasar, sempoi, sama gila dengan Cactus
# dia selalu support Cactus & we trust each other
# dia ni kaki buat skandal untuk Cactus, senang kata suka gila menyakat Cactus
# Now she study at UiTM Shah Alam




# Atok ni nama dia Iqbal, tapi kami panggil Keba je
# Orang Pasir Mas, Kelantan
# paling berkaliber dalam kelas sebab lelaki ada tiga je pun, haha
# suka gaduh dengan dia sebab kalau kami gaduh macam gaduh adik-beradik
# antara kami semua rasanya dialah yang macam paling berjaya sebab sambil dia study kat UiTM Melaka, dia juga jadi Assistant Manager di Buloh Mas Ttravel
# Bravolah atok ^_^




# Ni pulak Ezzalia
# Ipoh, Perak mali
# dia sederhana orangnya, tak pendiam dan tak gila sangat tapi peramah jugak
# kami banyak aktif dalam aktiviti kat matrik bersama-sama
# study kat UKM




# Gadis yang kiri tu Cik Norishah
# dia asal dari Baling, Kedah
# pendiam dan sopan je
# calon gadis melayu terakhir
# sekarang study kat USM Kelantan




# Awek manis yang kiri tu namanya Hani tapi pronounciation kami panggil dia Honey
# dia ni orang Gurun, Kedah
# dia spesis Nori, pendiam dan sopan
# calon sesuai untuk jadi gadis melayu terakhir jugak
# Universiti Honey pun sama macam Nori USM tapi kat Penang




# Cute & handsome boy yang tengah tu namanya Syauqie tapi kami panggil Aqie je
# datang dari bandaraya KL
# famous dalam kalangan perempuan kat matrik bukan sekadar rupa dia tapi dia ni aktif sukan dan juga aktiviti lain yang mampu mencairkan hati para gadis
# budak perempuan mana yang sekelas dengan dia dianggap amat bertuah tapi bagi kami biasa je, takde yang special mungkin sebab tengok muka dia hari-hari kot. haha
# gentleman kot, tapi nak kata playboy taklah pulak
# dia ni kalau dengan perempuan yang kasar macam Cactus dengan Ika tu pun dia layan gentle je... Perghh nasib kitorang kuat iman... haha
# sekarang ni dia study kat UMP



Itulah mereka-mereka yang bersamaku di Semester 1 :-)
Tapi yang Cactus still berhubung sampai sekarang Ayu, Sham, Keba, Ika, Idah... Yang lain-lain macam lost contact je...

Apabila tirai Semester 1 dilabuhkan maka Semester 2 menanti. Kami akan bertukar classmate di semester ini. Semuanya risau takut-takut dapat classmate yang dingin. Termasuklah Cactus. Disebabkan jumlah classmate terlampau ramai dalam semester 2 ni sebab campur dengan kak-kak yang matrik 2 tahun join kami, so Cactus rapat dengan certain je, tapi so far hubungan kami sekelas takde masalah.

Gambar praktikum campur  A + B
Ni antara classmate Cactus F5T4B...


# Tyrah
# Orang Kuala Terengganu
# Study kat UKM



# Azrol namanya
# Datang dari Pasir Pputeh, Kelantan
# Study kat Universiti Tenaga Nasional



# ni pulak Farhana
# Orang Kulim, Kedah jugak :-)
# Student at UiTM Puncak Alam



# yang di tengah itu Cik Kyra nama dia
# Jiran cek kat Telok Kumbar, Penang
# Dia study kat UKM



# ni pulak Kak Syafina atau Kak Ina
# dia program 2 tahun
# asal dari Gurun, Kedah
# Kini belajar di UMT



# The only Chinese in our class Tan Ting Sheng
# orang Banting
# study at USM



# yang bajet skema ni nama dia Yusoff tapi kami panggil Ucop je
# dia ni orang Chalok, Terengganu
# ni budak surau, suka buat muka serius even kalau bergurau pun serius macam nak cari gaduh je =.="
# feveret dia suka gila menyakat si Intan
# dia dengan Cactus terpaksa join jadi mentee kelas malam
# sekarang ni belajar kat UTHM
# sampai sekarang Cactus tak boleh beza dia melawak ke serius kalau komen kat FB... haha




# cik adik bergaya sakan ni nama dia Intan Shafinaz tapi kami panggil dia Intan payung
# asal dari Gurun, Kedah
# suara dia nyaring, slanga dia sejibik macam matlutfi
# jangan bagi dia gelak, kalau tak retak dinding dengan lantai
# dia ni boleh dikatakan hantu gelak, memang hobi dia gelak la
# tapi dia ni memang pandai brilliant gila + famous ok
# dia ni ramai gila peminat
# dia ni peramah dan langsung tak sombong even pandai dari orang lain
# dialah mentor Cactus dengan Ucop untuk kelas malam... hehe
# sekarang dia study kat oversea University of Birmingham, UK



# yang kurus ni nama dia Waki
# orang Sungai Petani, Kedah
# kalau ikutkan sebenarnya kami ni jiran kat rumah abah Cactus di Sungai Petani, dia ni siap satu sekolah menengah dengan abang dan kakak Cactus lagi, tapi tak pernah jumpa
# sejak tahu kami dari satu taman, Cactus suka menyakat dia sebab dia pendiam dan senyum je
# dia ni jugak merangkap ketua kelas kitorang, paling rajin dan bertanggungjawab dalam kelas
# antara kawan rapat Cactus kat sana
# tapi rupa-rupanya dia ni bukanlah sependiam yangku sangka, abes je matrik barulah tahu dia ni bukannya nerd pun, pastu nakal jugak rupanya =.="
# dalam FB bukan main talkativenya, realiti tak banyak cakap pun
# sekarang dia study kat UniMAP
# teringat satu scene masa nak abes matrik, kami main tukar-tukar hadiah, kemudian masa hari hadiah Waki bagi hadiah bantal katak pada classmate perempuan kelas Cactus, disebabkan satu kelas tahu Cactus suka gila katak, jadi diorang saja tayang bantal tu. Huhu Wakie jahat. Masa tu Cactus marah gila dekat Wakie sebab dalam banyak-banyak hadiah kenapa dia perlu bagi hadiah berunsur katak pada orang yang tak minat katak
# Lepas setahun, kami sembang bertiga di chat. Lepas tu terbongkar rahsia setahun dulu. Sebenarnya, masa cabut undi beberapa hari sebelum hari tukar hadiah, Wakie tersalah baca nama dekat kertas cabut undi tu. Dia baca macam nama Cactus. Jadi tanpa fikir panjang dia beli bantal katak tu dan simpan rapi dalam almari. Patutla hari-hari sebelum bagi hadiah tu Waki ada cakap dia simpan katak dalam almari. Disebabkan Cactus ni blur, langsung tak syak apa-apa dan tak terjangkau pulak yang bantal katak tu sepatutnya untuk Cactus. Paling mengharukan, Ayo cakap masa Wakie sedar yang dia salah baca nama, dia pergi jumpa semua classmate diam-diam nak tahu sape dapat nama Cactus,  bila dia jumpa, dia pujuk classmate kami tukar nama means Wakie ambik nama Cactus yang kawan lagi sorang ambik nama yang salah baca tu. Tapi kawan Cactus tetap tak mahu tukar. Last-last Wakie pun akurla, bagi je la hadiah yang salah pada orang yang sebenar. Tapi yang kejamnya, satu kelas tahu, kenapa Cactus je tak tahu. Ini memang kes kejam. Sampai sekarang Cactus tuntut katak kat Wakie sebab dia janji nak bagi, last-last untuk tebus kesalahan dia, dia akan postkan gambar katak di FB. Tu je yang mampu kan.





# huh pak cik ni nama dia Hasrul tapi kami panggil Ayo
# dia ni orang Gua Musang, Kelantan
# senang cakap kawan lelaki paling rapat dengan Cactus
# masa first time jumpa, dia asyik tersengih-sengih je bukan nak tegur pun, Cactus pun mengutuk dalam hati "Pehal mamat ni?" rupanya Cactus tak cam dia ni classmate Cactus sebab kan baru masuk semester 2. Last-last jadi kamceng, nasibla matrik tak boleh outing sekali laki perempuan, kalau tak kitorang dah buat trip outing beramai-ramai
# hiburan dia kat matrik, gosip pasal Cactus dekat roomate dia dan Waki pun join... huhu
# paling tak boleyh blah dengan jujurnya time gosip boleh pulak mesej "Kami tengah gosip pasal ko ni", jujur bebenor
# sampai sekarang Cactus tak dapat korek rahsia antara Ayo dan Waki, Cactus tahu diorang ada sembunyikan sesuatu sebab memang Ayo tahu satu rahsia besar Cactus secara tak sengaja =.="
# dia ni kaki ponteng kuliah jugak, mangsa tukang cover dia semestinya Cactus takpun crush dia, Kak Fad
# tapi ponteng-ponteng dia, main-main dia, selalu Cactus yang pinjam buku dia nak tiru... hihi
# dia ni nampak je macam takde wawasan tapi budak 4flat ni, siap terpaksa buat pilihan antara USM atau UM
# akhirnya dia pilih study kat UM
# walaupun dia ni rapat dengan Cactus, tapi bila Cactus pakai bergaya dari diri Cactus yang sempoi mesti dia orang pertama gelak guling-guling dan hal itu akan menjadi topik hot gosip dengan roomate-roomatenya
# tak semena-mena kawan dan roomate dia jadi kawan Cactus juga, ni semua gara-gara dia... huhu
# yang paling tak boleh blah, dia ni try pulak nak keneng-kenengkan Cactus dengan kawan dia, Brother Bear(bkn nama sebenar) entah dari mana datang kebetulan pulak kami masuk kelab yang sama pegang jawatan satu unit yang sama, lagi galak la gosip liar yang tak bermotif itu, sekadar hiburan dia je, aishh
# library mungkin tempat belajar bagi sesetengah student tapi tidak bagi Cactus, Ayo dan Wakie. Setiap malam, Cactus dengan semua budak perempuan kelas Cactus akan lepak study dekat library. Sesungguhnya memang  perempuan lain semua study, tapi Cactus jadi pengacau geng-geng budak perempuan ni. Haha Kemudian akan datang pulak group si Wakie, Ayo, Brother Bear dan kadang-kadang Ucop join jugak. Geng-geng lelaki ni semestinya datang bukan untuk study tapi sekadar nak ajak gosip lepas tu kami akan bergabung dua kumpulan keluar dan makan western food depan library. Hahaha





# yang tersenyum riang girang ni namanya Fadhilah tapi kami panggil Kak Fad, Ayo je panggil dia Fad, almaklumla crush dia
# crush Ayo ni orang Kroh, Perak
# sekarang Kak Fad study di UMP
# pada asalnya takdelah nampak sangat yang  Ayo tu suka kat Fad, almaklumla kami berempat (Cactus, K.Fad, Wakie & Ayo) memang rapat. Makan petang sekali, pegi library sekali, sarapan sekali.
# satu hari terjadi satu scene yang tak dijangka akan meng"expose"kan perasaan Ayo pada Kak Fad
# disebabkan Cactus ni buddies Ayo, maka segala luahan dicurahkan pada Cactus
# itulah kali pertama Cactus dapat lihat perubahan dalam diri Ayo yang gila-gila tu, dia jadi tak tentu arah memang macam orang angau la, so Cactus rasa macam tak bestla buddies jadi gitu
# Cactus pun mula merisik-risik isi hati Kak Fad apa pandangan dia tentang Ayo tanpa pecahkan rahsia yang Ayo ada hati dengan Kak Fad serta tanpa pengetahuan Ayo
# disebabkan Kak Fad ni pun buddies Cactus, akhirnya dia mengaku yang sebenarnya dia ada crush juga dekat Ayo tapi dia simpan je sebab kan Cactus rapat dengan Ayo
# bila dapat tahu mereka berdua tak bertepuk sebelah tangan, Cactus dalam dilema nak bagitahu ke tak sebab dalam masa yang sama Cactus memang tak sokong couple dan tak nak jadi punca lahirnya couple
# last-last Cactus slowtalk dengan Kak Fad macam tazkirah kejap dan bagi hint andai kata dia tak bertepuk sebelah tangan, then Cactus pun bagitahu hal sebenar
# lepas tu, Cactus mesej pulak dengan Ayo bagitahu apa yang jadi dan minta maaf sebab buat tindakan sendiri
# mula-mula dia tak percaya, yela umpama mimpi bila orang yang kita suka sebenarnya suka kita jugak, lepas Cactus cakap, cuba mesej tanya sendiri tuan empunya badan
# huhu Cactus bukan setakat jadi cupid diorang malah jadi tukang cover perasaan diorang
# Ayo tu nampak je gila-gila bila bab cinta pengecut jugak, tak pasal-pasal dia reka gosip kami berdua sebab nak kaburkan hubungan dia dengan Kak Fad
# sampai sekarang hanya kami bertiga tahu rahsia ni, classmate lain sampai sekarang ingat Cactus dengan Ayo ada apa-apa... huhu
# sekarang hubungan diorang masih berlandaskan kalau ada jodoh, pasti akan bersatu, sekarang masing-masing tumpu study dulu
# moga ada jodoh di antara mereka, boleh jadi pengapit buddies ^_^ hehe


BILALAH REUNION? KENA TUNGGU DIORANG SEMUA HABIS STUDY IJAZAH DULU LAH GAMAKNYA ^_^

FAKTA: takda sorang pun antara diorang diatas termasuk best buddies Cactus tahu kewujudan blog ni.
Just keep it as secret from them because without telling to each other we can feel that friendship.












Thursday, April 25, 2013

Chit Chat Cactus (0_0)

Assalamualaikum w.b.t.
Hola hola korang ^ ^

MasyaALLAH... Pejam celik pejam celik dah nak hujung sem 4. Cepat sungguh masa berlalu kan. Rasa macam baru je masuk kolej. Mesti Cactus akan rindu sangat suasana belajar, gurau dengan kawan-kawan. Sebab kalau dekat rumah atau dengan family, Cactus ni taklah se"gila" macam dengan kawan-kawan. Sebab tu Cactus boleh dapat anugerah anak obedient :P haha

AMBANG SEM 5

Bila kitorang masuk sem 5, kitorang akan start pra kerja (dah tak belajar dah). Pastu masa sem ni jugakla kitorang kena isi borang mintak posting kerja nanti. Lepas tu kitorang pun adala dengar ura-ura antara perkara yang kena isi kat borang tu, sama ada bertunang atau kahwin atau bujang. Khabar angin cakapla, kalau sekadar bertunang je, tak kukuhla alasan nak mintak kerja tempat pilihan kita tu tapi kalau kahwin, InsyaALLAH la dipertimbangkan. Kawan-kawan Cactus yang memang tak nak merantau jauh mula memikirkan patut ke kahwin balik cuti sem ni? hahaha XD

Kalau ikut parents diorang confirmla nak suruh habis belajar baru nikah kan. Biasala tu. Tapi bila sebut pasal nikah kawen ni, serius tak sabar nak tengok sorang-sorang teman seperjuangan Cactus bina masjid. Lebih-lebih lagi budak-budak lelaki yang selalu kena kacau ngan Cactus hahaha kesian kena bertahan dapat classmate cam Cactus kan >.<"

JODOH KAWEN

Oh! Sebut pulak pasal jodoh, kawen ni. Hari-hari akhir Cactus klinikal kat hospital psikitarik ni, ada sorang terapis ni borak-borak ngan Cactus dan sorang lagi kawan Cactus pasal cintan cintun la. Dia dengan isteri dia sama-sama belajar OT(cam Cactus belajar skunk) dan diorang sekelas la. Tapi time belajar, terapis lelaki ni pernah bercinta dengan dua tiga orang budak pompuan kelas dia pastu break. Elok-elok grad je, dia nikah dengan isteri dia sekarang (tak pernah bercinta). Pastu pesanan akhir dia "tak payahla bercinta dengan kawan sekelas, kalau nak, habis belajar terus nikah" Macam dia dengan  isteri dia, mana ada kapel-kapel. Moralnya di sini, tak perlulah couple-couple bagai, berkenan masuk je pinang pastu nikah (nasihat terapis). Tak ke rugi bercinta ramai-ramai. Dahla isteri dia classmate dia jugak, nasib isteri dia memahami. Kalau reunion tu camne agaknya kan?

OT RANK 7 DI DUNIA!

2013 BEST & WORST JOBS <<< click here

Bidang OT memang amat-amat tidak terkenal apatah lagi dimartabat di Malaysia tapi bila keluar dari negara Malaysia, OT amat famous dan disanjung. Mungkin sebab bidang OT ni masih baru kat Malaysia. Cactus harap satu hari nanti, akan ada orang yang akan menaikkan nama profesyen OT. Cactus bukanlah nak sangat disanjung-sanjung bidang OT ni macam kat oversea cuma at the very least, orang dah tahu apa itu OT atau OcT. Macam kalau kita sebut doktor ngan nurse, semua orang nampak apa diorang buat. Macam tu la maksud Cactus. 

Mana taknya, orang kerja dalam hospital pun tak kenal OT tu apa, yang diorang tahu Operation Theater. Ada pulak yang salah faham kami ni Fisioterapi. So, harap-harap lepas ni ada pendedahan lebih banyak pasal bidang OT ni. Walaupun kalau diikutkan, kat dunia ni terlalu banyak term-term nama pekerjaan yang kita tak tahu apa tugas dia. At least warga kesihatan sendiri patut tahu bidang-bidang yang ada dalam kesihatan pun dah kira bagus. Ni doktor pun konfius OT dengan Fisio, camne?

HAPPY BIRTHDAY sPaRtA kOoK ^_^



Hari ni (25 April) hari jadi yang ke 37 untuk Kookie. Makin tua makin "hot" pulak si Joong Kook ni. hehe Bulan Jun ni pulak dia nak datang Malaysia... Finally he knows Malaysia existance XD

Welcome to my lovely hometown

Kim Joong Kook(KJK) cakap dia nak kahwin lagi beberapa tahun, tapi nampak macam dia tengah dilamun cinta dengan seseorang je "Go  Ahra" (tengok Runningman ep 139 kalau tak silap). Hope he will get married very soon.


GOOD THINGS HAPPENED TO ME >__<

---> dapat berbaik-baik dengan beberapa senior
---> dapat kawan baru time klinikal ^ ^
---> dah lepas klinikal psikiatrik, amat best XD
---> lulus exam mid sem, ALHAMDULILLAH
---> gonna go to Pesta Buku Sabtu nih (27 April)... 
      komik oiii komik!!!





Saturday, November 19, 2011

CLeAn hATi, fiLTeR iMaN

Adelah sebuah cerita.

Terdapat 3 org sahabat yang berlainan kos di sebuah universiti.

A- Kos agama (seperti syariah, Al-Quran Sunnah, Usuluddin), B- kos engine dan C-kos sains kemanusiaan.

Suatu hari, Si B mengajak sahabat2 baiknya itu pergi makan. Semasa nak makan..

A : Jom bace doa dlu.
B : Ko la bce doa A, ko kan kos agama.
c: Aah! Setuju...lalu A pun bacalah doa.

Begitulah yang berlaku seterusnya. Setiap perkara yang dibuat semestinya Si A yag kena ketuai, atas dasar A 'KOS AGAMA'.

Sampai satu ketika, di sebuah restoran, semasa buka puasa..

A: Ok sekarang B ko pulak yang bace.
B: Tak nak la..ko la..ko kan kos agama..lebih afdhal. Tak pun ko la (B tunjuk C)
C: Eh! Asal aku pilak?? Ko la A. Ko kn kos agama. Takkan tak bolah kott^^

Lalu jawab si A : (Sambil tersenyum ^_^) tak pe la.. biar la aku yang bace, dekat akhirat nanti aku je yang akan dihisab kan?? ok jerr..^^
B & C : Errr...

DI HARI LAINNYA...*****

A : Jom dgr tazkirah!!!
B: Erm.. Takpe la. Ko je la pergi. Ko kan kos agama. Ak ni kalau tak gi pun tak pe, budak biasa je.
C : Betol gak tu. Lagipun aku nk buat assigment aku ni..hehehe. Lebih afdhal kalau ko je gi. Lagipun ada kaitan ngan kos ko kan?? Hehehe

Jawab si A: Erm..bolah aku cakap sikit? (sambil snyum^_^).

Kenapa korang selalu kaitkan aku dengan kos yang aku ambil? Adakah di hari akhirat nanti ALLAH menilai kita melalui kos yang kita ambil? Cara korang bercakap seolah-olah orang yang ambik kos agama sahaja yang akan dihisab.

Maksudnya orang kos agama macam aku ni sajerlah yang akan masuk syurga. Btol tak?

Ye la..sume perkara baik aku kene buat disebabkan aku kos AGAMA. Bukan ke korang juga perlu berusaha untuk kumpul pahala?

(sambil tersenyum dia sambung kembali) Aku ambik kos ni pun bukan sebab aku pakar dalam agama. Cume aku tak berapa pandai dalam ilmu-ilmu agama ni, sebab tu aku apply kos ni.

Aku bukan nak salahkan korang walaupun korang bukan KOS AGAMA. Sebab mane-mane kos pun yang kite ambil, kesungguhan kite terhadap Islam yang aakan dinilai oleh ALLAH.

Tidak semestinya kos selain dari kos agama tidak diredhai ALLAH. Asalkan kite buat kerana ALLAH, pasti ALLAH jua akan redha dengan kite.

Ingatlah sahabat, kita adalah MUSLIM. Dan ini tanggungjawab kite sebagai hamba ALLAH. Ada jugak orang yang ambik kos agama tapi masih kurang ilmunya, ada jugak org ambik kos lain selain agama tapi banyk ilmuny. Tapi bukanlah itu yang dinilai oleh ALLAH tetapi sejauh mane kesungguhan kita dalam menggapai redha dan cinta ALLAH..^^ (simple tapi sangat terkene)

B menitiskan airmata. C pula tunduk malu..
Dan A ingin berlalu pergi ke tempat tazkirah...

B & C : Nanti!! Tunggu kami! Mulai hari ni kami akan cuba dan berusaha menjadi Muslim yang baik. Terima kasih atas peringatan. :-)

~ALHAMDULILLAH~TERIMA KASIH YA ALLAH..^^

* Kisah benar. Inilah realiti kehidupan kita kan. Mentaliti kebanyakkan orang. Semoga dapat diambil ikhtibar untuk muhasabah dan mujahadah kita bersama. InsyaAllah..

Sunday, May 1, 2011

kenangan terindah ~

emmm.. yummy!!


syoknya kalu kita bleh mkn agi.. huhu...


mmndgkn korang nk jumpa2, so kena la post kat zea, stu kotak exactly cam nie sbg tnda 'memujuk diriku ini'..


haha2.. plawok3..

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

hello everyone..yeess!! today date is so COOL..many people decided to get married on this date..last year 09/09/09..this year 10/10/10.. next year 11/11/11 <--- ehem, so special for someone i love..hehe~ now i would like to present you all..good things happen today..as i know some..if you guys want to add more, feel free okey!

-NEWLY WED-
:: my relative one..at Bayan Baru today..at last, i can eat nasi minyak..if i have to wait for you all... haishhh~~ too long journey to go.... they 'akad' in the morning and bersanding in the afternoon.. ^^ i heard tok kadi meng'akad'kan 6 pasangan hari nie dlm masjid yang sama.. WOW aka word of wonder! DAEBAK!!
:: and to DR Sheikh Muzaphar n isteri tersayang Dr Harlina...
~~ ucapan moga kekal abadi selamanya...moga dapat anak anak yang chumel aje.. ><

-FB-
yaaaa~~ abang aku wat facebook plak...aduhh~~ gler kowt.. i shout KIM HEECHUL super junior wat facebook!! sabo jelah...nak update sal dya at twitter pun..every hour tweet..mampus SJ translator wehh..~~~ oppa, just layan twitter dah ler ek..dun layan FB,bukannyer best pun..and u hve too many friend requestlah oppa...aigoo~~ [-___-]''

-BIRTHDAY-
today is WU CHUN or WU ZUN birthday...so cool my gege~~ ehehe... chaiyok FAHRENHEIT!! once u all got into my life, i will never forget you all even i have somebody that i love more~~ ><

p/s: feel free to add dear friends..or maybe i hv some words to say..pe kata kita delete jew blog niey? tak meriah pun..kita plak asyik busy jew... amacam? dah nk demam da blog dibuatnya..agagaga~~ aku REDHA! aku wat sambil twitter-ing so merapu lagi..mianHAE!

Sunday, May 16, 2010

First Day Kuliah and Tutorial~

Salam sumer....

Dlm kecbukan sempat jua cactus mengutus berita dr matrik.. Hehe.. Hari ni hr first kuliah ngan tutorial... Pensyarah sume sporting morting n kwn sekuliah pun baikk punye... Tp utk pertama kalinya, xberapa tegur sgtla ngan dak laki,, sama2 masih segan lagi,, tgkla dlm dua tiga hari ni~

Ms kuliah maths cactus kena wat pengiraan kat dpn dewan.. Adess terkejut dan terpinga2... Tp cactus pegi dgn fikiran kosong.. tup2 jwpn salah,, Hehe malu siot tp releks la, bljr dr kesalahan.. Haha...

Pastu time nk pinjam buku kat pensyarah, tersilap pensyarah plak.. Terpinga2 pensyarah tu fikir bl la dia nk bg pinjam buku.. Nasibla pensyarah tu jenis hepi2... Takla rasa malu sgt... Hihi~
Sng ckp, byk gak mende gila2 yg cactus buat tp dont worry cactus kan muka tebal sket n heran apa org nk gelak... Huhu...

Dahla prnh skali tu tgh jln dgn bergayanya smbl galas beg pastu beg terpelanting.. Tergelak org yg nmpk tu.. Cactus yg termalu pun turut sama join gelak utk diri sendiri.. Wakaka~ Byk la cite2 menarik yg xdpt nk dkupas dcni...

Senang cakap matrik ni best la... Byk permainan dan kemudahan kat cni,, Yg penting ada gym, ada golf, ada kayak, ada boling n sume jns game elit.. Skuash ada, basikal racing utk round ptg2 atau utk game pun ada... Smpi xtau nk main yg mana satu.. Sume menarik belaka~

Bilik tv plak setiap blok satu tv... Tp astro xde la klu nk tgok astro pegi kat kafeteria.. Hrga mknn murah2 belaka... Mcm2 ada.. Nk beli ngan x je... Mjlh ngan suratkhabar pun mcm2 ada jual... Sng kata everything is here la..

Masa mula2 tu mmg rasa besar giler kwsn ni n rasa penat sgt tp dah slalu sgt round sampai dh rasa biasa je... Tak rasa cam jauh walaupun pd hakikatnya jauh,,Huaa~ Okeh thats all my story, Our fren here sume in good condition...

~ Undur diri ~

Thursday, April 29, 2010

..???

result maktab dah keluar..
dan ALHAMDULILLAH...aku dgn leeya dapat..
interview 5/5/10

em...sory korang..aku tak taw sapa lg FLOWERS yg dapat..
skarang dalam mood bulu-roma-berdiri-tegak *hahahaha~~
biasalah...
tak penah pegi interview...
lain la leeya..PETIK jari jer...lalalalala~~
apapown..semoga dipermudahkan...
amiiin..~~

p/s : asal korang tak post apa2..?? aku ok la.. dun worry..^_^

Wednesday, December 16, 2009

alhamdulillah.....

HOORAY...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
DAH BEBAS...!!!
TAKYAH PAKAI BAJU SEKOLAH LAGI..!!!!!
TAPI SDEY JGAK....
TINGGAL KAWAN...
TINGGAL CIKGU...
BUT..
I BELIEVE THAT WE'LL MEET 1 DAY..!!
AMIIN...

SKARANG TIBALAH MASA NAK NAIKKAN BIL LETRIK RUMAH..!! huhu~~
semoga MISIku terlaksana..!!
*abah,maafkan anakmu ini..~~huhu~~

Wednesday, September 16, 2009

MERDEKA...!!!!!!!!!

hohoho~~~~~~~~
akhirnya..~~~tepat jam 12.30 tadi..kitorang telah selamat abeh periksa..~~
baru sronok nak raya..~~~haha~~~stuju ak?~~
lagi 1..HYUN dah selaamt dari VIRUS H1N1..!! gud news to SS501's fans..especially LEEYA
(i mean DAHlia)...
nanti raya jemput datang rumah...
thanx leeya 4 da kad raya...